Pelaburan di dalam Unit Amanah
29 11 2007![]()
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini agak lewat saya menulis. Maklumlah, blog baru. Jadi tugas saya banyak kepada penambahbaikan theme, script, url link dan bermacam-macam lagi. Walauapapun saya tetap mencari peluang untuk menulis.
Melabur dengan Unit Amanah
========================
Topik hari ini berkenaan pelaburan di dalam Unit Amanah. Tidak ramai yang tahu secara langsung mengenai pelaburan Unit Amanah ini.
Biar saya terangkan serba sedikit mengenainya…
Unit Amanah merupakan satu instrumen pelaburan bagi tempoh sederhana dan panjang iaitu sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas (sekiranya modal kecil) agar keuntungan yang diperolehi berbaloi dan biasanya ia melebihi keuntungan dari ASB.
Seperti mana ASB, Unit Amanah juga mempunyai harga bagi setiap unit. Jika 1 unit ASB = RM1.00 (tetap), tetapi 1 unit amanah sentiasa berubah-ubah mengikut pasaran saham dan sekuriti semasa berdasarkan ke mana unit amanah itu dilaburkan.
Pengurus dana mengumpul wang daripada orang ramai dan melaburkan wang ke dalam saham atau sekuriti yang dibenarkan bagi pihak pelabur mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Kebiasaanya, pelabur boleh mula melabur serendah RM500 hingga RM1,000 dan pelaburan tambahan sebanyak RM100 sahaja.
Keuntungan diperolehi dengan 2 cara iaitu :-
1. Perkembangan modal : Nilai unit meningkat. Contoh pengiraaan untung adalah seperti berikut :-
Beli unit amanah PIADF sebanyak RM10,000 pada Mei 2007. Seunit berharga RM0.2500. Oleh itu jumlah unit yang diperolehi 40,000 unit. kemudian jual pada Oktober 2007 dengan harga seunit ialah RM0.2895.
40,000 unit x RM0.2895 = RM11,580
RM11,580 - RM10,000 (modal) = RM1,580 (untung 15.8%)Keuntungan yang anda perolehi adalah 15.8% dalam masa tidak sampai setahun (Mac ‘07 - Okt ‘07). Ini adalah contoh sahaja. Harga bergantung kepada pasaran semasa.
2. Pendapatan dividen. Dividen biasanya diberikan dalam bentuk unit. Contohnya adalah seperti berikut :
Bank mengumumkan pengagihan dividen dalam bentuk unit. Setiap 100 unit akan mendapat 2 unit. Katakan anda mempunyai 40,000 unit. Oleh itu kiraan adalah seperti di bawah :
40,000 unit / 100 unit = 400
400 x 2 = 800 unitIni bermakna anda memperolehi 800 unit tambahan menjadikan unit milik anda sebanyak 40,800 unit.
Contoh pengiraan di atas adalah contoh secara kasar. Saya akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai unit amanah ini pada masa akan datang.
Sekarang, anda sudah pun tahu serba sedikit mengenai unit amanah dan bagaimana Unit Amanah ini boleh membuat keuntungan. Tambahan pula, pulangan yang diberikan biasanya melebih 10% setahun dan ada sesetengah unit amanah memberikan pulangan sebanyak 20% setahun.
Wassalam.
p/s : rugi jika anda tidak belajar melabur di dalam Unit Amanah.
Menjejaki kebebasan kewangan,

Categories : Pelaburan, Tips Menyimpan, Unit Amanah
Saya suka bercerita mengenai 















KOMEN SEMASA