Kemunculan Blog Pengurusan Kewangan dan Perniagaan Internet
26 11 2007Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, akhirnya setelah saya berusaha untuk beberapa hari, dapat jua saya menghasilkan blog ini iaitu http://petuajimatduit.com yang menjurus kepada pengurusan kewangan dan perniagaan internet. Fokus utama blog ini ialah lebih kepada perancangan dan pengurusan kewangan. Saya ucapkan terima kasih kepada saudara smartzul atas tunjuk ajar yang diberikan melalui kit blogger beliau. Jika tidak, mungkin agak sukar untuk saya menghasilkan blog ini.
Walaupun saya bermula agak lewat (iaitu penghujung tahun 2007), namun strategi saya yang utama melalui blog ini akan bermula pada tahun 2008 secara rasminya. Saya akan lebih menumpukan kepada kaedah, tips, teknik dan sistem berkaitan pengurusan kewangan. Walaubagaimanapun, saya juga akan menyentuh serba sedikit mengenai perniagaan internet dari masa ke semasa mengikut kesesuaian masa dan keadaan.
Itulah serba sedikit gambaran mengenai fungsi utama kewujudan blog ini. Anda amat digalakkan untuk “bookmark” atau “subcribe rss/feed” agar lebih mudah untuk anda mendapatkan segala perkembangan blog ini dan tips serta teknik pengurusan kewangan peribadi.
InsyaAllah, saya akan cuba berusaha untuk mencurahkan segala pengetahuan yang saya miliki untuk sama-sama belajar bersama anda bagi memperbaiki dan memulihkan kedudukan kewangan anda atau lebih tepat lagi memastikan kedudukan kewangan anda sentiasa kukuh dan mantap.
Oklah, rasanya sudah cukup untuk kali ini. Semoga anda sentiasa melayari blog ini dan ambillah apa yang bermanafaat pada anda dan gunakanlah ilmu kewangan ini dengan sebaik yang mungkin. Terima kasih.
p/s : tak sabar rasanya nak post topik kewangan hari-hari…..
Wassalam.
Menjejaki kebebasan kewangan,






























blog yang menarik perhatian saya..untuk pngthuan anda..saya seorang yang boros berbelanja..selepas membuka blog anda saya harap saya boleh berjimat cermat demi masa depan saya….
Welcome larnz..
Harap2 mcm tu la.. Selalulah masuk blog ni yer.