Ebook Anda Dicuri? Selamatkan dengan Sistem e-Protetc!! - Diyakini Fully Protector!
Powered by MaxBlogPress  

Bagaimana Membeli Secara Online

27 11 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pernahkah anda membeli-belah secara online? Saya pasti rata-rata pembaca blog dan usahawan internet pernah membeli-belah secara online, tetapi bagaimana dengan rakan-rakan kita yang lain?

Sebenarnya masih ramai lagi yang takut-takut untuk membeli-belah secara online mahupun hanya sekadar membayar bil. Teringat semasa ayah meminta saya membayarkan bil telefon bimbit beliau awal tahun ini. Saya terus ke meja komputer, dan kemudian membuat pembayaran melalui Maybank2u.com.my. Selang beberapa minit, saya sudah pun selesai membuat pembayaran. :-)

Kemudian saya memberikan penyata pembayaran (print) kepada beliau. Dari riak wajahnya nampak berkerut. Saya pun jelaskan kepada beliau bahawa saya membuat pembayaran melalui perbankan internet.

Soalan pertama yang keluar dari mulut ayah saya ialah :

“selamat ker?”, “kalau duit kena curi macam mana?”, “boleh percaya ker?”

Saya pasti soalan yang sama juga ditanya oleh mereka yang masih takut menggunakan perbankkan internet. Baru-baru ini WangCyber dan Sham telah mengeluarkan report “Panduan Membeli Belah Secara Online Di Malaysia”. Jika anda tergolong dari mereka yang masih takut-takut, cubalah belajar menggunakannya. InsyaAllah selamat.

Panduan Membeli Secara Online

Sila klik link ini untuk download : “Panduan Membeli Belah Secara Online Di Malaysia”

Anda digalakkan untuk mengedarkan Ebook PERCUMA ini kepada sesiapa sahaja dan adalah lebih baik jika anda mengedarkan kepada subcriber blog/web anda. Semoga dengan kesedaran ini nanti, bidang perniagaan internet akan lebih mendapat perhatian dari pelbagai pihak dan tidak mustahil menjadi industri utama satu hari nanti.

p/s : sebarkan, jangan tak sebar…. :-)

Wassalam.

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb

Actions

Informations

2 responses to “Bagaimana Membeli Secara Online”

28 11 2007
ali (11:08:42) :

dulu saya pun takut juga nak berurus niaga secara online. tapi sekarang syukurlah, banyak urusniaga saya telah lakukan menggunakan online. beli barang, buku, bayar bill, transfer wang dan sebagainya. semoga e-bisnes lebih berkembang pesat supaya ia dapat membantu ramai orang.

5 12 2007
titan (10:20:30) :

Ehm..berani buat, berani tanggung la. Sebelum tu, penuhkan ilmu di dada. Check dulu kekredibilitian buyer atau seller kalau tanak rugi. kalau tak..anytime kene tipu. So, hati-hatila ketika di e-bay atau lelong..

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>