Panduan Jana Pendapatan Dari Resell Rights Terbongkar! Dapatkan Sekarang Juga!!
Powered by MaxBlogPress  

Kesilapan Menabung & Panduan Menabung Wang

28 11 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

TabungSaya suka bercerita mengenai tabungan atau simpanan ini. Walaupun ramai yang mempunyai tabungan sendiri, tetapi tidak semua yang berjaya melakukan tabungan atau simpanan dengan baik. Malah, tidak hairan jika anda mempunyai rakan yang “langsung tiada simpanan” walaupun sudah bekerja beberapa tahun.

 Saya sering terdengan rungutan seperti :-

“Gaji bulanan saya hanya cukup untuk perbelanjaan sebulan sahaja. Boleh dikatakan setiap bulan gaji saya habis digunakan. Mulanya memang saya ada asingkan untuk simpanan, tetapi bila tiba hujung bulan, ia terpaksa digunakan semula. bil-bil pun masih banyak lagi yang tertunggak….”

Jika ini masalah anda, apa yang patut anda lakukan?

Sebenarnya anda tidak perlu memaksa diri semata-mata untuk menabung dan menyimpan wang. Sebaik-baiknya anda lakukannya dengan ikhlas dan berperingkat. Jika anda benar-benar sukar untuk menabung, mulakan dengan jumlah yang kecil seperti RM50 sebulan. Setelah beberapa bulan anda berjaya menabung RM50, tingkatkan lagi jumlah tabungan menjadi RM100 sebulan sehinggalah ke angka yang anda rasakan jumlah itu sudah cukup untuk tabungan setiap bulan.

Sebaik-baiknya jadikan tabungan anda itu sebagai “perbelanjaan” yang perlu anda bayar pada setiap bulan. Setidak-tidaknya anda “terasa” wang tersebut sudah dibelanjakan (tiada di dalam poket) dan secara tidak langsung anda akan mula berjimat cermat menggunakan baki yang tinggal.

Kesilapan Menabung

Kesalahan yang sering dilakukan ialah dengan membelanjakan wang gaji yang diperolehi terlebih dahulu dan menyimpan sekiranya masih berbaki! Cara ini adalah salah dan tidak akan mendatangkan keuntungan kepada diri anda. Hasrat anda untuk menyimpan mungkin tidak tercapai. Jadi, cuba anda tukar dengan berpandukan beberapa tips mudah dibawah :-

1. Mulakan dengan tabungan sebelum anda membuat sebarang perbelanjaan pada setiap kali memperolehi gaji. Anggap tabungan sebagai “perbelanjaan wajib” sepertimana anda membayar pinjaman kereta setiap bulan.

2. Simpan syilling yang anda terima setiap kali berbelanja (ini cara favorite saya). Percayakah anda dengan cara ini anda mampu menyimpan sehingga beberapa ratus ringgit dalam masa setahun!

3. Buat potongan tetap seperti auto debit, arahan tetap bank untuk memotong wang gaji anda setiap bulan terus ke akaun bank anda yang tidak menggunakan kad atm sebagai cara pengeluaran seperti Tabung Haji. Setidak-tidaknya anda akan berasa “malas” untuk beratur dan mengeluarkan wang. :-)

Semoga dengan beberapa tips mudah ini, sedikit sebanyak anda sudah boleh memulakan tabungan sendiri. Bak kata pepatah “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”. Apa yang penting ialah kuatkan semangat dan tanamkan sikap disiplin dalam diri.

InsyaAllah, anda akan mula tersenyum setelah melihat jumlah tabungan anda meningkat setiap bulan.

Wassalam.

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb

Actions

Informations

6 responses to “Kesilapan Menabung & Panduan Menabung Wang”

29 11 2007
katakmerah (01:18:49) :

Betul. Berjimat itu penting biarpun 1 sen. Cukup tahun. Mesti lebih RM50 kan? At least lepasla bayar bil air rumah untuk 1-2 bulan..

29 11 2007
shueqry (16:06:51) :

Salam En Dlie, tak sangka saya berjumpa dengan blog yang bagus infonya!

3 tips ini berguna untuk saya amalkan, terima kasih

tq :)

Shueqry

29 11 2007
En Dlie (16:50:37) :

Wasalam shueqry,

Memang tujuan saya untuk memberikan info pengurusan kewangan kepada rakyat Malaysia terutamanya rakan-rakan online.

Terima kasih atas sokongan anda.

19 12 2007
Pengurusan Kewangan Peribadi | Perniagaan Internet | Motivasi » Salam AidilAdha | Formula Kewangan Sihat Siri - 2 (09:52:26) :

[…] boleh baca artikel saya Kesilapan Menabung & Panduan Menabung Wang […]

27 05 2008
mencurt (13:46:51) :

terima kasih di atas tips yg telah di berikan, saya sudah tahu di mana punca kegagalan saya menyimpan wang selama ini,saya harap selepas ini saya berjaya melakukan nya.

tq
mencurt

24 06 2008
adlina bt adnan (12:45:56) :

saya seorang yang boros.sukarnya untuk saya menimpan wang setiap bulan walau RM10.mujurlah ada suami.kalau harapkan gaji saya,memang tak berduitlah kami sekeluarga.tolonglah tawar leboh tip

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>