Ketahui Teknik Menghadapi Krisis Kewangan Dengan Panduan Percuma! Klik Disini Untuk Dapatkannya Sekarang!
Powered by MaxBlogPress  

Asas Kewangan | Formula Kewangan Sihat Siri - 1

18 12 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pejam celik, pejam celik kita dah pun berada di penghujung tahun 2007. Masa berlalu begitu pantas. Terasa sekejap sangat. Masa inilah kita mula melihat semula matlamat-matlamat yang telah kita laksanakan sepanjang tahun 2007. Bagaimana dengan matlamat anda? Adakah 100% telah dicapai atau masih lagi belum bermula? :-)

Bercerita mengenai matlamat ini, antara matlamat atau azam yam paling popular ialah menguruskan kewangan peribadi dengan lebih baik. Betul tak? Formula yang akan saya berikan atau dedahkan ini insyaAllah berguna untuk anda. Anda boleh menilai cara pengurusan kewangan anda melalui formula yang akan saya terangkan.

Formula 1 : Utamakan perbelanjaan penting

Tidak ramai yang mengambil berat mengenai perkara ini. Rata-rata ramai di antara kita membeli mengikut nafsu tanpa memikirkan keutamaan barang tersebut. Perbelanjaan penting merujuk kepada barang keperluan asas yang perlu dibeli. Keperluan asas ini berbeza mengikut individu dan keluarga.

Ada sesetengah dari anda menganggap telefon bimbit merupakan keperluan asas, ada juga yang menganggap komputer merupakan keperluan asas. Oleh itu, anda harus mengenalpasti terlebih dahulu keperluan asas diri anda. Tanya pada diri anda adakah itu merupakan keperluan yang utama dan penting atau tidak…?

Formula 2 : Mendisiplinkan diri sendiri

Jika sebelum ini apa yang anda azamkan masih tidak tercapai, maka anda sepatutnya berusaha untuk mendisiplinkan diri untuk mencapai azam tersebut. Contohnya jika anda mahu mempunyai simpanan RM10,000 dalam masa setahun, maka anda harus berdisiplin menyimpan setiap bulan tidak kurang dari RM830 sebulan.

Untuk membolehkan anda menyimpan RM830 sebulan, anda boleh menggunakan perkhidmatan potongan gaji, auto debit dan interbank. Tiada alasan untuk anda tidak mencapai azam tersebut kecuali beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan seperti kemalangan, bencana alam dan keperluan mendesak.

Formula 3 : Bertanggungjawab terhadap duit anda.

Anda sudah berpenat lelah, bekerja 8 jam sehari (tidak termasuk overtime). Sewajarnya wang gaji yang anda perolehi memang hak anda, tetapi ramai yang tersalah anggap. ”

“Salah anggap bagaimana? Kan duit tu hak saya, saya boleh buat apa saja yang saya suka..”

Benar kata anda. Tetapi anda harus bertanggungjawab menguruskan wang gaji yang anda perolehi dengan baik. Kalau tidak, pasti setiap hujung bulan anda sudah pokai… Anda sendiri yang rugi dan bermakna anda tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

bersambung post yang akan datang…

Sekian.
Wassalam.

Hah..? Rahsia Teknik Mudah….?

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb

Actions

Informations

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>