Salam AidilAdha | Formula Kewangan Sihat Siri - 2
19 12 2007Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sempena kedatangan Hari Raya AidilAdha esok iaitu 20/12/2007, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua pengunjung setia blog ini. Semoga kehadirannya membawa rahmat kepada kita.
…bersambung post sebelum ini.
Jika anda belum membaca Formula Kewangan Sihat Siri - 1, sila klik disini.
Formula 4 : Tambah dan tingkatkan ilmu.
Untuk mencapai kewangan sihat anda perlu mendalami ilmu pengurusan kewangan serta tahu apa matlamat yang ingin anda capai. Memiliki ilmu pengurusan kewangan sedikit sebanyak anda dapat memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada sebelum ini. InsyaAllah sistem pengurusan kewangan anda akan bertambah baik dari sekarang!
Satu cara yang mudah untuk menambah ilmu ialah dengan banyakkan membaca buku-buku pengurusan kewangan. Contoh buku terbaik ialah Lahirnya Seorang Jutawan, Jutawan Dari Planet Jupiter, Supaya Poket Tidak Kosong Lagi dan Duit Banyak Bertambah Banyak. Buku-buku ini ada boleh dapati di kedai buku MPH.
Atau anda juga boleh melayari blog PetuaJimatDuit.com ini setiap hari untuk mendapatkan tips-tips kewangan. Tak perlu bayar. Percuma je.
Formula 5 : Rekodkan perbelanjaan anda.
Tidak ramai yang merekod perbelanjaan mereka setiap hari. Mungkin ianya nampak remeh. Tetapi apabila anda mula merekod perbelanjaan anda, sedikit demi sedikit anda akan sedar bahawa selama ini anda berbelanja mengikut nafsu kerana membeli barang yang tidak perlu.
Oleh itu, tindakan anda ialah mengenalpasti perbelanjaan yang tidak perlu tersebut dan “set” kan di dalam fikiran anda untuk tidak membelinya pasa masa akan datang. Sentiasa merujuk pada rekod perbelanjaan sebelum membeli sesuatu barang.
Formula 6 : Tanamkan minat menabung di dalam diri.
Biasakan diri dengan menyimpan setiap bulan. Mulakan dengan menabung jumlah yang kecil dan tambah sedikit demi sedikit. Cara menyimpan yang terbaik ialah simpan dahulu 10% dari pendapatan anda.
Sesetengah dari mereka menyimpan apabila mempunyai baki. Cara ini tidak mungkin berhasil kerana kemungkinan besar untuk anda “berbelanja sakan” sehingga wang gaji anda habis adalah besar…!
Anda boleh baca artikel saya Kesilapan Menabung & Panduan Menabung Wang disini.
…bersambung lagi pada post akan datang.
Sekian.
Wassalam.
Menjejaki kebebasan kewangan,






























Hi semua.
sebelum saya membaca post ini, saya membaca terlebih dahulu Siri 1 (saya adalah orang yang mengikut nasihat, heheh…). baca sahaja perenggan kedua (di siri 1 tu), ingatkan saya (Azam) yang popular. bilasahaja baca sekali lagi, tidak. hahaha…
ini adalah tip-tip yang amat berguna sekali (antara tip akhir tahun yang hebat???). pasti saya akan ikutinya sampai habis! thanks Sifu!
PS: saya nak berkongsi artikel ini dengan rakan-rakan lain di laman blog saya. harap, saya mendapat keizinan daripada Sifu. pasti maklumat peribadi Sifu akan saya sertakan juga.
PPS: tak sangka, ‘Azam’ Wahid, yang post komen dulu di sini… heheh…
“Salam KeBAHAGIAan”
Hai Azam,
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. InsyaAllah, “Formula Kewangan Sihat” ini akan muncul lagi dalam beberapa siri.
p.s.1 : Saya ada emailkan mengenai perkongsian artikel ini di laman blog anda. Sila semak yer..
Selalu-selalulah datang ke blog ni..
Ehm..pengurusan yg baik datangnya dari orang yang mempunya ciri2 yang baik juga. Dan insya-Allah, duit akan datang kemudian..
Ya Titan.. seseorang individu yang mahu mencapai kebebasan kewangan perlu memiliki sifat-sifat yang baik terutamanya disiplin dan jujur.. insyaAllah.. jika kita berusaha sedikit demi sedikit, kita akan mencapai kebebasan kewangan..