Panduan Pengurusan Kewangan Peribadi | Formula Kewangan Sihat - Siri 3
26 12 2007Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebelum ini saya telah memberikan 2 post mengenai Formula Kewangan Sihat dan sebanyak 6 formula telah saya dedahkan. Sekiranya anda belum membaca 2 post tersebut, sila klik link di bawah ini:
Formula Kewangan Sihat - Siri 1
Formula Kewangan Sihat - Siri 2
…bersambung post sebelum ini.
Formula 7 : Sentiasa Memberi Sedekah
En Dlie, bukankah kalau kita selalu sangat beri sedekah kepada orang, duit kita akan berkurangan? Sedangkan untuk perbelanjaan diri sendiri pun tidak lepas, inikan pula nak beri kepada orang lain.
Sebenarnya ini adalah sesuatu yang “misteri” dan “ajaib” yang Allah kurniakan kepada hambanya yang suka bersedekah. Memberikan sedekah kepada mereka yang memerlukan dengan hati yang ikhlas, Allah akan “mempermudahkan” jalan untuk memperolehi rezeki. InsyaAllah rezeki kita murah walaupun di dalam kesesakan. Sebenarnya sebahagian dari pendapatan kita ini sememangnya ada hak untuk orang lain. Sebab itulah kita diwajibkan membayar zakat.
Formula 8 : Bayar diri anda dahulu. (Pay your self)
Banyak faedahnya jika anda mengutamakan diri anda untuk dibayar terlebih dahulu dari setiap pendapatan yang anda perolehi berbanding membayar bil-bil rumah. Duit atau gaji adalah hak anda, jadi anda disarankan untuk membayar diri anda (menyimpan) sejumlah wang yang anda mampu. Simpanlah sekurang-kurangnya 10% dari jumlah pendapatan anda.
Mana yang lebih penting, anda bayar diri anda dulu atau anda bayar orang lain (Telekom, TNB, SYABAS, Astro & lain-lain bil) sedangkan itu duit anda?
Formula 9 : Berhenti berhutang
Salah satu punca utama anda GAGAL untuk mencapai kebebasan kewangan ialah kerana memiliki hutang yang banyak. Jika sebelum ini anda suka menggunakan kad kredit untuk membeli belah, baik anda hentikan serta merta. Gunakan tunai sahaja! Ini kerana kadar faedah yang dikenakan adalah tinggi dan jumlah faedah yang anda bayar, boleh digunakan untuk membeli barang keperluan lain.
Mungkin anda juga suka meminjam wang dengan rakan-rakan. Tinggalkan tabiat ini segera sebelum bertambah buruk. Anda bakal kehilangan kawan malah hidup anda tidak akan tenang di buru oleh panggilan telefon yang mahu anda bayar segera wang yang dipinjamkan.
Sebaik-baiknya elakkan daripada berhutang dan hanya berhutang bila perlu sahaja. Pada saya berhutang hanya untuk membeli rumah, kereta dan pendidikan IPTA/IPTS. Selain daripada itu, sebaik-baiknya jangan berhutang. Jika anda mampu, bayarlah secara tunai untuk pembelian kereta dan yuran pendidikan IPTA/IPTS.
Cukup setakat ini. Saya akan sambung Formula Kewangan Sihat siri akhir pada post yang akan datang.
Sekian.
Wassalam.
Menjejaki kebebasan kewangan,






























KOMEN SEMASA