Panduan Jana Pendapatan Dari Resell Rights Terbongkar! Dapatkan Sekarang Juga!!
Powered by MaxBlogPress  

Panduan Pengurusan Kewangan Peribadi | Formula Kewangan Sihat - Siri 4

31 12 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, akhirnya kita sudah pun sampai ke siri yang terakhir bagi Formula Kewangan Sihat. Terdapat 4 siri kesemuanya (termasuk post ini) yang membincangkan tips dan formula mencapai kewangan yang sihat.

….. bersambung post sebelum ini.

Formula 10 : Jangan berbelanja di luar kemampuan

Ramai di antara kita berbelanja melebihi kemampuan. Walaupun sedar bahawa mereka tidak mampu, tetapi dek kerana mahu mengikut trend semasa, atau tidak mahu kalah dengan rakan-rakan atau jiran sebelah, mereka sanggup berbelanja di luar kemampuan.

Contohnya apabila rakan sepejabat anda membeli Hp baru Nokia N95 berharga lebih dari RM2,000. Cemburu melihat rakan memakai Hp baru tersebut, anda juga tidak mahu kalah. Maka anda pun membeli Hp yang sama atau lebih mahal dan canggih daripada itu dengan menggunakan kad kredit.

AWAS! Cara ini akan membuatkan anda terikat dengan hutang yang semakin lama semakin bertambah. Hiduplah dengan sekadar kemampuan yang ada. Jika anda hanya mampu membeli Proton Gen 2, maka adalah lebih baik anda membeli Persona kerana harga tersebut lebih murah sedikit dari Gen 2.

Formula 11 : Kurangkan perbelanjaan

“Macam mana saya nak kurangkan belanja En Dlie kalau memang dah tak cukup?” Itulah keluhan yang sering kita dengar. Maksud sebenarnya disini ialah berjimat cermat dan kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.

Contoh paling mudah ialah, jika sebelum ini bil elektrik anda tinggi, anda kurangkannya dengan menggunakan elektrik pada tahap minimum dan tutup lampu dan peralatan elektrik jika tidak digunakan. Begitu juga dengan makanan. Makanlah makanan yang menyihatkan dan masak di rumah. Elakkan makan di luar.

Melalui penjimatan dan mengurangkan belanja tidak perlu, anda boleh menyelamatkan berpuluh-puluh ringgit sebulan dan beratus-ratus ringgit setahun!! Duit ini anda boleh simpan di dalam bank. Bukan ke seronok… :-)

Formula 12 : Kaji semula aset

Tidak ramai yang sedar bahawa kebanyakkan harta atau aset yang kita miliki boleh membebankan kewangan dan menyebabkan kedudukan kewangan kita sakit. Contohnya membeli sebuah kereta BMW yang sememangnya tidak mampu dibeli. Jika bayaran bulanan kereta BMW tersebut membebankan anda, lebih baik jual sahaja dan beli kereta yang lebih murah dengan ansuran yang rendah.

Ingat! Nilai harga kereta semakin menurun dan ia menurun sebanyak 20% pada hari pertama anda membeli kereta tersebut! Tidak pernah berlaku harga kereta akan naik semula nilai pasarannya!

Formula 13 : Berusaha dan berdoa

Untuk anda benar-benar mencapai kewangan sihat, anda tidak boleh tidak, mesti berusaha untuk melaksanakan Formula Kewangan Sihat. Seterusnya baik orang Islam mahupun bukan Islam, berdoalah kepada Tuhan agar diberikan keringanan dan rezeki yang murah.

Berdoalah juga supaya dengan rezeki yang kita perolehi ini nanti akan dapat digunakan untuk kebaikan semua umat manusia.

TAMAT

Semoga ilmu Formula Kewangan Sihat ini menjadi rujukan kepada para pengunjung internet terutamanya yang sedang mencari penyelesaian masalah kewangan.

Selamat berusaha dan good luck! :-)

Sekian
Wassalam.

Hah..? Rahsia Teknik Mudah….?

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb

Actions

Informations

4 responses to “Panduan Pengurusan Kewangan Peribadi | Formula Kewangan Sihat - Siri 4”

31 12 2007
1 01 2008
AzamWahid (20:31:28) :

Hi semua. :)

Sifu, saya baru sahaja sudah habis membaca kesemua 4 siri hebat ini. thanks a lot! you’re formulas is best for all! :)

tidak ada sebab untuk saya tidak bersama-sama kongsi ilmu yang amat bermakna dan berguna ini dengan rakan-rakan blog saya. (confirm URL keempat-empat artikel ni pun musti ada!) kalau tak 2hb ni mungkin 4hb. (saya perlu ikut jadual blog saya, heheh…)

again, thanks a lot Sifu! :D

PS: kata-kata himkat AzamWahid: “Ingat! Membazir adalah cop mohor yang boleh menjadikan kita, rakan kepada syaitan!” Ah-ha! kata-kata himat UMPHHH ni! saya akan ulangnya di ulasan saya nanti! :D

PPS: Sifu, semua! HAPPY NEW YEAR! MAY THIS YEAR IS THE BEST YEAR EVER! INSYAALLAH! AMINNN!!! :D

“Salam KeBAHAGIAan, :D

2 01 2008
En Dlie (14:26:46) :

Azam, saya tak sabar nak lihat ulasan di blog anda…

3 01 2008
AzamWahid (18:07:52) :

Ah-ha! Iya ke Sifu? :) saya pun tak sabar-sabar nak bentangkannya di laman blog saya untuk tatapan rakan-rakan di sana.

tapi Sifu, bila saya baca balik komen saya di atas tu, baru saya sedar.

ada sedikit kesilapan. coz hari Jumaat adalah hari ’santai’ di laman blog saya. dan saya telah berjanji (kepada diri terutamanya, dan rakan-rakan laman blog saya) untuk hanya ‘bersantai’ pada hari itu. so, kena perpanjang sikit jadualnya, iaitu pada hari Sabtu ni, 5hb, hari WANG dan BISNES laman blog saya. nota kecil saya sarat dengan ide-ide dan karya-karya khas untuk dikongsi. pasal tu, saya kena betul-betul ikut jadualnya.

Sifu, semua… nantikannya 5hb ni.(ini makluman konpem) JENG JENG JENG!!! :D

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>