Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Jumaat lepas, satu hari suntuk saya tidak dapat akses internet. Geram juga rasanya. Terbantut rancangan saya untuk update “subcriber” lama ke dalam sistem Autoresponder baru ni. Akhirnya saya terpaksa juga pergi ke cyber cafe. Saya cuma sempat semak email sahaja kerana selepas itu saya terpaksa bergegas ke tempat lain.
Topik hari ini sebenarnya adalah jawapan kepada soalan dari salah seorang pengunjung blog PetuaJimatDuit.com ini. Email beliau telah saya “print screen” dan letakkan di dalam post hari ini supaya anda boleh membaca email tersebut. (Maaf, nama dan IP terpaksa saya sembunyikan untuk menjaga hak privasi beliau). Berikut adalah pertanyaannya :-

Mungkin masih ramai yang tidak tahu apa itu Deposit Tetap atau Fixed Deposit ini. Jadi, di dalam post kali ini, saya akan terangkan serba sedikit mengenainya. Ia agak teknikal sedikit, oleh itu anda perlu baca dan faham dengan sebaik mungkin.
.
Deposit Tetap | Fixed Deposit
===========================
Deposit Tetap merupakan pelaburan modal yang disediakan oleh pelanggan untuk pihak bank laburkan ke dalam instrumen tertentu bagi tempoh matang yang tertentu. Apabila matang, pulangan keuntungan diberikan berdasarkan nisbah yang dipersetujui bersama antara pihak pelanggan dan bank. Kebiasaannya 70:30, 75:25 atau 60:40.
Kadar pulangan juga diberikan berdasarkan berapa lama tempoh matang pelaburan tersebut dan ianya akan berubah pada setiap bulan. Sila lihat jadual kadar pulangan pelaburan bagi bulan Oktober 2007 (Bank Rakyat). Kadar peratusan pulangan adalah bagi tempoh setahun.

Berapa pelaburan minimum di dalam Deposit Tetap ini? Ada sesetengah bank menawarkan jumlah pelaburan serendah RM500 bagi tempoh matang lebih dari 2 bulan. Jika anda mahu melabur selama 1 bulan sahaja, biasanya jumlah pelaburan minimum adalah sebanyak RM5,000. Jumlah pelaburan minimum adalah bergantung kepada pihak bank.
Sekiranya anda mahu keuntungan diberikan pada setiap bulan, jumlah pelaburan sekurang-kurangnya adalah RM20,000 dan ke atas. Ini adalah syarat Bank Rakyat. Sila rujuk bank lain untuk dapatkan jumlah pelaburan bagi pulangan keuntungan setiap bulan.
.
Bagaimana Mendapat Keuntungan dari Deposit Tetap?
===========================================
Saya akan membuat sedikit pengiraan. Ingin saya tekankan bahawa, kadar pulangan berubah setiap bulan dan kiraan dibawah adalah contoh sahaja. Sila rujuk jadual kadar pulangan untuk memudahkan proses pengiraan.
Contoh :-
Syarikat ABC melabur di dalam Deposit Tetap dengan jumlah pelaburan sebanyak RM10 juta selama 2 tahun bagi keuntungan jangka pendek dan bersetuju dengan nisbah pembahagian 70:30 dari jumlah keuntungan yang diperolehi pada setiap bulan iaitu Syarikat ABC 70% dan bank 30%. Keuntungan diberikan pada setiap bulan atas permintaan kerana jumlah pelaburan melebihi Rm20,000 dan lebih dari 2 bulan.
RM10 juta x 3.65% = RM365,000 setahun
RM365,000 / 12 = RM30,416 sebulan
Jumlah keuntungan keseluruhan bagi tempoh setahun ialah RM365,00 atau RM30,416 sebulan. Tetapi keuntungan ini masih belum lagi dibahagikan antara pelanggan dan bank. Pengiraan pembahagian keuntungan adalah seperti dibawah :
RM365,000 X 70% = RM255,500 setahun @ RM21,291 sebulan
RM365,000 X 30% = RM109,500 setahun @ RM9,125 sebulan
Pengiraan di atas menunjukkan bahawa, pelanggan memperolehi keuntungan bersih sebanyak RM21,291 sebulan selama 2 tahun. (Ingat kadar pulangan adalah berubah setiap bulan).
Manakala bank menerima keuntungan bersih sebanyak RM9,125 sebulan selama 2 tahun juga.
Jadi, memang benarlah Deposit Tetap boleh membuat untung untuk anda berbanding hanya menyimpan di dalam simpanan biasa yang memberikan kadar pulangan hanya sekitar 1% sahaja setahun.
Ibarat anda menyimpan RM10,000 dengan pulangan sebanyak RM100 setahun dan bank menggunakan wang simpanan anda tadi untuk diberikan pinjaman kepada orang lain dengan kadar pulangan sebanyak 6% setahun. Bank telah buat untung ke atas wang anda. Anda dapat 1%, tapi bank dapat 5% (6%-1%).
Saya akan cerita lagi mengenai Deposit Tetap ini pada masa akan datang dengan kaitannya terhadap inflasi. Anda akan belajar apa itu inflasi dan adakah berbaloi anda melabur di dalam Deposit Tetap.
Wassalam.
p/s : mana satu pilihan anda? simpanan biasa atau deposit tetap?
.
Menjejaki kebebasan kewangan,

KOMEN SEMASA