Jana RM10.00 Setiap Hari Dengan Rahsia Teknik Mudah! Tempah Hari Ini Juga!!
Powered by MaxBlogPress  

Panduan Menghadapi Krisis Kewangan | Bukan Sebarangan Ebook

29 01 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hampir seminggu berlalu, sambutan terhadap ebook percuma iaitu Panduan Menghadapi Krisis Kewangan amat memberangsangkan bagi saya. Alhamdulillah, syukur. Saya berharap ebook percuma ini dapat membantu ramai orang di luar sana yang sedang menghadapi krisis kewangan sama ada kritikal ataupun tidak.

banner

Secara kesimpulannya, ebook Panduan Menghadapi Krisis Kewangan ini berkisar mengenai -

  • Cara menguruskan perbelanjaan dengan teknik yang sebenar.
  • 5 cara paling efektif untuk membayar hutang dan pinjaman walaupun tiada wang di dalam poket.
  • Ketahui perangkap paling berbahaya yang akan menyebabkan anda mengalami krisis kewangan yang serius.
  • Pelajari cara yang paling simple dan mudah menambahkan simpanan tanpa perlu mencari sumber pendapatan yang lain!

Lihat apa kata mereka yang telah membaca ebook percuma ini :

“Dari segi penyampaian, memudahkan para pembaca sama ada dari level bawahan mahupun expert memahami isi kandungan report dengan cepat, teratur dan straight to the point. Dari segi kandungan report, Alhamdulillah ia merupakan report yang bagus dan bagi saya ia WAJIB DIMILIKI oleh setiap rumah di Malaysia ini!!.

Report ini merupakan report PERCUMA yang sama tarafnya seperti report berbayar… Saya pernah terlihat report seperti ini di Singapore dan anda tahu harganya?? Ianya USD37!! Tetapi dengan ini, kita hanya dapat PERCUMA!

Mohd Hilmi.
www.MohdHilmi.com

Jika anda belum memiliki ebook percuma Panduan Menghadapi Krisis Kewangan ini, silalah dapatkannya sekarang di www.KrisisWang.com. Anda tidak perlu bayar sesen pun untuk ebook percuma ini. ;-)

Oh ya! Ini adalah peluang anda untuk merebut wang tunai RM90 jika menyertai pertandingan “King of Top Traffic KrisisWang.com”. Sila baca post sebelum ini. Tarikh pertandingan akan bermula pada 01hb Febuari 2008 dan tamat pada 29hb Febuari 2008.

Untuk menyertai pertandingan tersebut, anda hanya perlu emailkan nama, url blog dan email anda kepada saya. Setiap peserta yang menyertai pertandingan ini juga akan mendapat ebook PERCUMA yang bernilai RM50 iaitu “How to Set Up Family Budget”.

p.s : Download ebook percuma ini segera sebelum saya mengenakan bayaran pada bila-bila masa!

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..

 

Menjejaki kebebasan kewangan,



Ebook PERCUMA | King Of Traffic KrisisWang.com

25 01 2008

Makluman

Ebook Percuma ini telah dilancarkan secara rasminya semalam.

Anda boleh dapatkannya di laman web ini  dibawah :

http://www.krisiswang.com/

==============================

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertama sekali, saya memohon maaf kerana terlewat melancarkan ebook PERCUMA ini iaitu “Panduan Menghadapi Krisis Kewangan” pada masa yang ditetapkan. (Terlewat 2 hari..). Terima kasih kepada anda yang sanggup menunggu.. ;-)

Ebook ini insyaAllah akan dapat membantu anda untuk menguruskan kewangan dengan beberapa teknik dan cara yang betul. Apa yang menariknya mengenai ebook ini ialah, cara penyampaian adalah straight to the point, tak ada pusing-pusing… so, senang nak faham.

Secara keseluruhannya, ebook Panduan Menghadapi Krisis Kewangan ini mengandungi 7 tips atau teknik yang dapat membantu anda menyelamatkan diri anda dari di belengu masalah kewangan yang serius dan kritikal sama ada ia akan berlaku atau sedang berlaku. Ia boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan berguna untuk anda!

Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai ebook ini. Untuk itu saya menjemput anda untuk download ebook percuma tersebut di :

krisiswang

http://www.krisiswang.com/

p.s : Labanon berpendapat ebook ini amat praktikal dan bukan setakat teori semata-mata. Huraiannya juga tidak membosankan. :-D

Jadi tunggu apa lagi? Download sekarang juga sebelum saya menetapkan sebarang harga untuk ebook ini. Sila ke http://www.krisiswang.com/.

Pertandingan King Of Traffic KrisisWang.com
==============================

Objektif

Untuk menyebarkan ebook percuma ini kepada semua pengunjung internet dan memberikan kesedaran mengenai pengurusan kewangan peribadi yang betul serta memberikan tips-tips yang amat berguna ketika menghadapi krisis kewangan.

Masa

01 Febuari 2008 - 29 Febuari 2008

Cara Untuk Menyertai

1) Daftar sebagai ahli di www.KrisisWang.com

2) Download ebook PERCUMA dan baca sepenuhnya.

3) Hantarkan nama, email dan URL blog anda ke http://www.petuajimatduit.com/support

4) Buat review mengenai ebook “Panduan Menghadapi Krisis Kewangan” di dalam blog dan letakkan banner iklan di mana-mana ruang di blog anda yang telah didaftarkan. Blog mestilah blog berbayar…

Syarat2 Penyertaan

1) Terbuka kepada semua pengunjung blog PetuaJimatDuit.com.

2) Boleh mempromosikan link anda menggunakan apa sahaja cara yang bersesuaian (SPAM tidak digalakkan). Anda digalakkan untuk mempromosikan melalui email *mailling list anda kerana dengan cara ini, ianya mampu menghasilkan traffik yang tinggi dari blog anda.

* Mailling List > Review di blog anda > KrisisWang.com > Download ebook

3) Anda tidak dibenarkan membuat traffik palsu dengan mengisi borang download semata-mata untuk menunjukkan bahawa kononnya ada orang membuat klik dan download ebook tersebut. Jika didapati bersalah, dengan senang hati kami akan batalkan penyertaan anda.

Kaedah Penilaian

1) Peserta yang berjaya menjana traffik paling tinggi dari blog yang telah didaftarkan ke web www.KrisisWang.com akan digelar King Of Traffik KrisisWang.com.

2) Review yang terbaik mengenai ebook “Panduan Menghadapi Krisis Kewangan”

** Senarai kedudukan terkini peserta berdasarkan jumlah traffik yang di bawa ke www.KrisisWang.com akan disenaraikan di blog ini dari masa ke semasa.

Hadiah

1) Hadiah Pertama – RM40 + E-Book “How to Set Up Family Budget” (RM50) = RM90 (nilai)

2) Hadiah Kedua – RM30 + E-Book “How to Set Up Family Budget” (RM50) = RM80 (nilai)

3) Hadiah Ketiga – RM20 + E-Book “How to Set Up Family Budget” (RM50) = RM70 (nilai)

4) 30 x Hadiah Saguhati - E-Book “How to Set Up Family Budget” (RM50) = RM50 (nilai)

Sekiranya ada yang ingin menyumbang hadiah untuk cabaran ini, sila hubungi saya di http://www.petuajimatduit.com/support

Untuk bahan promosi cabaran ini, anda akan perolehi selepas mendownload ebook tersebut. Sila download sekarang di www.KrisisWang.com

Akhir sekali, CABARAN BERMULA SEKARANG!

Semoga berjaya!

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..?? 
Cun Sangat Ke Grafik Nih..

 

Menjejaki kebebasan kewangan,



Cara Menstabilkan Kewangan Anda | Panduan Menghadapi Krisis Kewangan

21 01 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sepatutnya saya postkan beberapa topik pada minggu lepas tetapi atas sebab-sebab kesihatan yang kurang memuaskan, saya terpaksa bercuti daripada online sepenuhnya selama 4 hari. Alhamudlillah, hari ini saya kembali online walaupun masih belum pulih sepenuhnya.

Segala tempahan ebook telah saya email dan sahkan. Sebarang pertanyaan juga telah saya jawab sebaik mungkin. Sila semak email anda. Terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh semua pengunjung blog PetuaJimatDuit.com ini. :-)

Kestabilan Kewangan

Baiklah, tips hari ini ialah berkaitan kestabilan kewangan. Apa yang anda faham mengenai kestabilan kewangan? Bagaimana caranya untuk anda menstabilkan kedudukan kewangan anda?

stabil

Kestabilan kewangan merupakan matlamat pertama yang perlu dicapai sebelum dapat mengecapi kebebasan kewangan. (huh.. ada beza ker kestabilan dan kebebasan kewangan ni?..). Tentu ada bezanya. Tetapi hari ini saya hanya bercerita mengenai kestabilan kewangan sahaja.

Cuba tanya diri anda, adakah anda rasa hari ini kedudukan kewangan anda benar-benar stabil? Bolehkan anda berhenti bekerja sekarang dan tidak bekerja selama 6 bulan serta tidak risau tentang wang kerana mempunyai wang yang cukup untuk menampung perbelanjaan seharian anda selama 6 bulan?

Pada yang menjawap YA, saya ucapkan tahniah tetapi kepada mereka yang mengucapkan TIDAK, sila terus membaca artikel ini. Semoga ia dapat membantu anda merancang sesuatu untuk menstabilkan kedudukan kewangan anda kelak.

Cara Menstabilkan Kedudukan Kewangan Anda 

Untuk menstabilkan kedudukan kewangan anda, anda perlu mempunyai “backup kewangan”. Maksud saya ialah, anda mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung perbelanjaan anda sekurang2nya 6 bulan jika anda berhenti pada hari ini!

Tetapi, berapa banyak simpanan yang perlu saya ada? Mudah! Cuba anda kira perbelanjaan anda sebulan, kemudian darabkan dengan 6 iaitu untuk tempoh 6 bulan. Contohnya, jika perbelanjaan sebulan anda ialah RM1,800, makan jumlah wang simpanan yang perlu anda ada ialah RM10,800! Ya, itu jumlahnya yang perlu anda ada di dalam akaun simpanan jika mahu berhenti kerja sekarang!

Mengapa tidak dikira pendapatan sebulan? Mengapa mesti perbelanjaan sebulan?

Saudara/Saudari, adalah lebih baik anda mengambil kira perbelanjaan bulanan berbanding pendapatan kerana kadang-kadang kita tidak sedar yang kita telah berbelanja lebih dari pendapatan yang diperolehi. Oleh sebab itulah, kita kena mengambil kira jumlah perbelanjaan dan bukannya pendapatan.

Jelasnya disini ialah, anda perlu mempunyai simpanan sekurang-kurangnya sebanyak 6 bulan perbelanjaan anda. Apa akan jadi kalau kurang dari 6 bulan? Kemungkinan besar anda akan berhadapan dengan tekanan dan kesempitan wang. Tempoh 6 bulan adalah tempoh yang sesuai dan tidak akan membuatkan anda tertekan apabila menghadapi masalah kelak.

Setidak-tidaknya anda mampu mencari pekerjaan lain dan sesuai dalam tempoh 6 bulan berbanding dengan jangka masa yang pendek, tentu anda akan bekerja di mana-mana sahaja tanpa menggunakan sijil dan pengalaman yang ada..!

p.s : eBook PERCUMA akan dilancarkan esok (InsyaAllah) jam 10.00 pagi dan telah diberi tajuk iaitu Panduan Menghadapi Krisis Kewangan. Nantikan post pelancarannya esok!

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??

 

Menjejaki kebebasan kewangan,



Pra Pelancaran Ebook Percuma Pengurusan Kewangan

15 01 2008

Berita Terkini : Selama beberapa hari ini bermula hari jumaat lepas (11/01/2008 - 13/01/2008), blog ini telah mengalami masalah teknikal. Walaubagaimanapun masalah tersebut telah berjaya diatasi. Jika anda pernah mengunjungi blog ini pada waktu tersebut, saya memohon maaf bagi pihak PetuaJimatDuit.com.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya tidak akan menulis tips atau panduan mengenai pengurusan kewangan. Akan tetapi saya ingin mengumumkan pra pelancaran 2 ebook PERCUMA yang bakal saya edarkan secara agresif kepada para pengunjung blog ini dan juga rakyat Malaysia!

Terdapat 2 ebook PERCUMA yang kedua-duanya berkaitan dengan kewangan. InsyaAllah ebook ini sedikit sebanyak akan membantu anda mengenali pengurusan kewangan dengan lebih baik dan cara pengendalian yang betul. Apa yang pasti ebook PERCUMA ini tidak menyamai mana-mana ebook yang lain dan ia tidak ada kena mengena dengan perniagaan internet mahupun pelaburan haram.

Saya akan melancarkannya secara rasmi dalam masa terdekat. 2 ebook PERCUMA tersebut telah pun siap sebenarnya, cuma sedikit pengeditan akan dilakukan dan semakan akhir bagi memastikan segala info yang disampaikan kepada anda benar-benar memberikan manfaat.

Bagi ahli PetuaJimatDuit.com, anda akan menerima 2 eBook PERCUMA ini sebelum hari pelancaran rasmi dilakukan. Ini merupakan bonus untuk anda! ;-)

Oh ya! Disamping 2 ebook PERCUMA ini, saya dengan berbesar hati telah menyediakan hadiah wang tunai sebanyak RM150 bagi pertandingan yang saya akan anjurkan serentak dengan pelancaran 2 ebook PERCUMA ini. Selain itu, terdapat juga hadiah lain bernilai lebih dari RM50 untuk anda menangi!! :-D

Jadi, tunggu apa lagi! Jadilah orang pertama menerima 2 eBook PERCUMA ini sehari sebelum pelancaran rasmi di adakan. Klik disini untuk menjadi ahli PetuaJimatDuit.com sekarang!

p.s : Ini adalah kali pertama saya menawarkan hadiah berupa wang tunai. Peluang ini saya buka kepada semua rakyat Malaysia.

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??

 

Menjejaki kebebasan kewangan,



Google PR | Carta Pengurusan Kewangan Peribadi Terbaik

11 01 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebelum saya menyambung penerangan mengenai Carta Pengurusan Kewangan Peribadi Terbaik, suka untuk saya bercerita mengenai perkembangan blog ini. Alhamdulillah, setelah saya berusaha membangunkan blog ini dan memberikan panduan serta tips-tips pengurusan kewangan, akhirnya setelah 2 bulan berlalu blog saya kini telah mendapat Google PR 2/10.

Perkara ini baru saya sedari hari ini sewaktu saya sedang meneliti post-post yang lama. Ini satu peningkatan dan perkembangan yang baik untuk blog PetuaJimatDuit.com. InsyaAllah saya akan terus mengekalkan dan meningkatkan Google PR blog ini pada masa yang akan datang. ;-)

Sambungan - Carta Pengurusan Kewangan Peribadi Terbaik
===========================================

Sekiranya anda terlepas peluang membaca post berkaitan tajuk di atas sebelum ini, anda boleh membacanya disini.

4. Pinjaman, sewa beli dan ansuran bulanan.

Setelah anda melakukan 3 langkah atau perkara sebelum ini, barulah anda membuat bayaran bagi pinjaman, sewa beli dan lain-lain ansuran. Sebelum ini saya mengatakan bahawa bil-bil dan perbelanjaan semasa lebih penting dari bayaran pinjaman dan ansuran ini. Antara sebab utama ialah :

  1. Biasanya anda diberi tempoh 3 bulan untuk membayar balik pinjaman dan ansuran bulanan berbanding dengan bil yang hanya diberi tempoh selama 30 hari sahaja!
  2. Ini bermakna anda boleh mencari wang dalam masa 3 bulan untuk membayar balik pinjaman dan ansuran tersebut.

Tetapi ini tidak bermakna anda harus mengabaikan untuk membayar balik pinjaman, sewa beli dan ansuran ini. Anda harus ingat bahawa ini adalah HUTANG anda yang WAJIB di jelaskan kepada pihak bank atau pemberi pinjaman.

Jadi, uruskan kewangan anda dengan betul dan bayar setiap bulan.

p/s : Sebenarnya, jika anda tidak mempunyai wang yang cukup untuk bayaran bulanan kepada pihak bank, anda boleh bayar separuh dahulu. Janji bayar. :-)

5. Keluaga / Ibu Bapa

Sesetengah daripada anda, ada memberikan wang saguhati kepada ibu bapa setiap bulan terlebih dahulu kerana di khuatiri dianggap sebagai anak yang tidak mengenang budi.

Pemberian ini tidaklah WAJIB sebenarnya, ia bergantung kepada kemampuan anda. Sebab itulah anda sewajarnya memberikan wang saguhati kepada ibu bapa selepas anda melangsaikan semua perbelanjaan yang penting ( 4 langkah sebelum ini).

Jika bakinya cukup, barulah anda memberikan sedikit wang kepada mereka. Tahukah anda, mereka sebenarnya bukan mahukan wang dari anda, tetapi perhatian dan kasih sayang. Selain itu, mereka juga sudah mempunyai wang dan pendapatan bulanan mereka sendiri termasuk simpanan dan wang pencen!

6. Percutian dan hiburan

Inilah perkara terakhir sepatutnya anda senaraikan. Menggunakan wang gaji yang anda perolehi terlebih dahulu untuk tujuan hiburan ataupun percutian TIDAK DIGALAKKAN dan seboleh-bolehnya jangan dilakukan.

Anda boleh bercuti setelah segala-galanya selesai mengenai bil, hutang, perbelanjaan asas dan mempunyai wang simpanan yang cukup. Bagaimana anda boleh berasa gembira dengan percutian anda sedangkan di sebaliknya anda menghadapi masalah kewangan yang serius?

Baiklah, saya sudahpun memberikan anda satu panduan umum berdasarkan Carta Pengurusan Kewangan Peribadi Terbaik yang telah saya sediakan. Semoga selepas ini anda kaji semula bagaimana cara anda menguruskan kewangan sebelum ini dan adakah ianya bertepatan dengan carta yang saya berikan.

p.s : Mengenai carta tersebut, langkah pertama merupakan cara terbaik menguruskan kewangan anda. Bagi langkah seterusnya, ia terpulang kepada anda untuk melaksanakannya mengikut carta ataupun mengikut cita rasa anda sendiri.

Good luck!

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??

 

Menjejaki kebebasan kewangan,