Cara Menstabilkan Kewangan Anda | Panduan Menghadapi Krisis Kewangan
21 01 2008Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sepatutnya saya postkan beberapa topik pada minggu lepas tetapi atas sebab-sebab kesihatan yang kurang memuaskan, saya terpaksa bercuti daripada online sepenuhnya selama 4 hari. Alhamudlillah, hari ini saya kembali online walaupun masih belum pulih sepenuhnya.
Segala tempahan ebook telah saya email dan sahkan. Sebarang pertanyaan juga telah saya jawab sebaik mungkin. Sila semak email anda. Terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh semua pengunjung blog PetuaJimatDuit.com ini.
Kestabilan Kewangan
Baiklah, tips hari ini ialah berkaitan kestabilan kewangan. Apa yang anda faham mengenai kestabilan kewangan? Bagaimana caranya untuk anda menstabilkan kedudukan kewangan anda?

Kestabilan kewangan merupakan matlamat pertama yang perlu dicapai sebelum dapat mengecapi kebebasan kewangan. (huh.. ada beza ker kestabilan dan kebebasan kewangan ni?..). Tentu ada bezanya. Tetapi hari ini saya hanya bercerita mengenai kestabilan kewangan sahaja.
Cuba tanya diri anda, adakah anda rasa hari ini kedudukan kewangan anda benar-benar stabil? Bolehkan anda berhenti bekerja sekarang dan tidak bekerja selama 6 bulan serta tidak risau tentang wang kerana mempunyai wang yang cukup untuk menampung perbelanjaan seharian anda selama 6 bulan?
Pada yang menjawap YA, saya ucapkan tahniah tetapi kepada mereka yang mengucapkan TIDAK, sila terus membaca artikel ini. Semoga ia dapat membantu anda merancang sesuatu untuk menstabilkan kedudukan kewangan anda kelak.
Cara Menstabilkan Kedudukan Kewangan Anda
Untuk menstabilkan kedudukan kewangan anda, anda perlu mempunyai “backup kewangan”. Maksud saya ialah, anda mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung perbelanjaan anda sekurang2nya 6 bulan jika anda berhenti pada hari ini!
Tetapi, berapa banyak simpanan yang perlu saya ada? Mudah! Cuba anda kira perbelanjaan anda sebulan, kemudian darabkan dengan 6 iaitu untuk tempoh 6 bulan. Contohnya, jika perbelanjaan sebulan anda ialah RM1,800, makan jumlah wang simpanan yang perlu anda ada ialah RM10,800! Ya, itu jumlahnya yang perlu anda ada di dalam akaun simpanan jika mahu berhenti kerja sekarang!
Mengapa tidak dikira pendapatan sebulan? Mengapa mesti perbelanjaan sebulan?
Saudara/Saudari, adalah lebih baik anda mengambil kira perbelanjaan bulanan berbanding pendapatan kerana kadang-kadang kita tidak sedar yang kita telah berbelanja lebih dari pendapatan yang diperolehi. Oleh sebab itulah, kita kena mengambil kira jumlah perbelanjaan dan bukannya pendapatan.
Jelasnya disini ialah, anda perlu mempunyai simpanan sekurang-kurangnya sebanyak 6 bulan perbelanjaan anda. Apa akan jadi kalau kurang dari 6 bulan? Kemungkinan besar anda akan berhadapan dengan tekanan dan kesempitan wang. Tempoh 6 bulan adalah tempoh yang sesuai dan tidak akan membuatkan anda tertekan apabila menghadapi masalah kelak.
Setidak-tidaknya anda mampu mencari pekerjaan lain dan sesuai dalam tempoh 6 bulan berbanding dengan jangka masa yang pendek, tentu anda akan bekerja di mana-mana sahaja tanpa menggunakan sijil dan pengalaman yang ada..!
p.s : eBook PERCUMA akan dilancarkan esok (InsyaAllah) jam 10.00 pagi dan telah diberi tajuk iaitu Panduan Menghadapi Krisis Kewangan. Nantikan post pelancarannya esok!
Sekian.
Wassalam.
Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Menjejaki kebebasan kewangan,






























Betul tu..
Kaedah ini paling kurang, setidak-tidaknya dapat menyelamatkan kita dari ditimpa kesusahan terutamanya apabila dibuang kerja. Dengan adanya simpanan, kita boleh teruskan hidup seperti biasa, inysaAllah..!
Elok jika kita bermula dari sekarang, dan kumpul atau simpan duit sebanyak 6 bulan perbelanjaan tersebut. Kalau boleh jangan usik sehingga benar-benar ia diperlukan.
[…] dah terdesak. Memang takkan selesaikan apa-apa krisis kewangan yang melanda jika tidak mengikuti panduan penjimatan yang praktikal untuk anda laksanakan dalam kehidupan seharian […]
Em. tak sabar gak tunggu e-book tu. Harap2 memang berbaloi baca..:D
Titan > dah keluar dah ebook tu, jangan lupa download yer..
Selama ini saya asyik melihat pada pendapatan bulanan untuk membuat perbelanjaan.Rupa-rupanya teknik saudara itu dapat membuat saya untuk fokus kepada mencari wang yang lebih bagi memenuhi tahap perbelanjaan bulanan saya.Terima Kasih
Discovery > Jika anda sudah download ebook Panduan Menghadapi Krisis Kewangan dan membacanya, anda sebenarnya tidak perlu untuk mencari pendapatan yang lebih untuk stabilkan kedudukan kewangan anda..