Ketahui Teknik Menghadapi Krisis Kewangan Dengan Panduan Percuma! Klik Disini Untuk Dapatkannya Sekarang!
Powered by MaxBlogPress  

Sistem Pengurusan Kewangan | Cara Mudah Urus Wang Anda

29 02 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebagaimana yang telah saya katakan pada minggu lepas, saya telah pun menyiapkan satu format “Sistem Pengurusan Kewangan” dalam bentuk Excel yang diadaptasi dari permainan CashFlow Game 101 dan beberapa ciri tambahan yang telah saya wujudkan untuk kemudahan pengguna.

Anda boleh merekodkan segala Aset dan Liabiliti anda termasuklah Aset yang memberikan hasil sama ada setiap bulan atau tahun. Begitu juga dengan perbelanjaan dan pendapatan yang diperolehi setiap hari boleh direkodkan dengan mudah. Kiraan adalah secara automatik.

penyata baru

Melalui “Sistem Pengurusan Kewangan” ini, anda akan ditunjukkan dengan jelas yang mana satukah Aset yang “berguna” dan “tidak berguna” serta jumlah Liabiliti yang anda tanggung!

“Sistem Pengurusan Kewangan” ini masih belum siap sepenuhnya dan akan disiapkan dalam bulan Mac 2008 ini, insyaAllah. Jika anda berminat untuk mendapatkan “Sistem Pengurusan Kewangan” ini, sila tinggalkan komen anda di post ini.

Kemungkinan saya akan mengenakan bayaran tetapi tidak melebihi RM10 atau mungkin juga saya akan berikannya secara PERCUMA!

p/s : Kesilapan terbesar di dalam menguruskan kewangan adalah kerana tidak merekod dan tidak tahu adakah Aset melebihi Liabiliti atau sebaliknya!

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..

 

Menjejaki kebebasan kewangan,



Mengenalpasti Aset | Penting Merekodkan Aset Anda

22 02 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa itu Aset? Ada yang mengatakan Aset adalah segala harta yang dimiliki oleh anda seperti rumah, kereta, perniagaan, pelaburan dan sebagainya. Malah sesetengahnya menganggap rumah yang mereka duduki adalah Aset paling besar dan berharga kepada mereka.

Satu perkara yang amat penting perlu saya jelaskan disini ialah, mengenalpasti Aset yang dimiliki oleh anda. Tidak kesemua harta adalah Aset. Ada juga Aset tersebut sebenarnya ialah Liabiliti! :-( Oleh sebab itulah anda perlu mengenalpasti Aset yang dimiliki oleh anda.

Aset yang dimaksudkan disini ialah Aset yang memberikan pulangan kepada anda sama ada setiap bulan ataupun setiap tahun. Contohnya seperti :

  1. Hartanah : Rumah yang disewakan / Tanah yang disewakan
  2. Perniagaan : Memberikan keuntungan setiap bulan.
  3. Pelaburan : Memperolehi keuntungan dari setiap pelaburan seperti saham.

Bagaimana dengan rumah yang diduduki oleh anda? Adakah ianya Aset? Sebenarnya ia adalah Liabiliti dan hanya akan menjadi Aset apabila :

  1. Nilai rumah meningkat melebihi nilai gadaian semasa.
  2. Anda sudah membayar habis pinjaman perumahan.

Anda faham bukan apa yang saya maksudkan? :-)

Manakala kenderaan pula seperti kereta yang dipandu atau digunakan oleh anda sendiri adalah Liabiliti dan bukannya Aset. Ia tidak menjadi Aset kerana nilainya turun sebanyak 10% - 20% sebaik sahaja anda mula membeli dan turun lagi setiap tahun!

Sebab utama saya mengatakan ianya adalah Liabiliti adalah kerana anda perlu membeli kereta secara pinjaman bank dan perlu membayar semula pinjaman tersebut bersama kadar faedah yang telah ditetapkan. Contohnya anda membeli kereta berharga RM50,000 dan perlu membayar semula kepada pihak bank + faedah sebanyak RM70,000. Walaupun anda menjual semula kereta tersebut katakan RM35,000, anda masih perlu membayar baki pinjaman kepada pihak bank sebanyak RM35,000!

Jadi, disinilah pentingnya anda mengenalpasti Aset dan merekodkan segala Aset yang ada pada harga kos dan juga nilai semasa untuk mengetahui adakah anda mempunyai jumlah Aset yang lebih dari jumlah Liabiliti atau sebaliknya.

p/s : Minggu hadapan saya akan terbitkan projek baru iaitu “Sistem Kewangan - Khas Untuk Rakyat Malaysia” yang akan memudahkan anda mengurus Aset, Liabiliti, pendapatan dan juga perbelanjaan seharian. Ianya amat mudah dan dilakukan secara automatik! :-)

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..

 

Menjejaki kebebasan kewangan,



Rahsia Orang Kaya | Rich Dad Poor Dad

19 02 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya sebenarnya seronok membaca buku “Rich Dad Poor Dad” yang ditulis oleh Robert T. Kiyosaki ini. Jika ada masa yang terluang, saya akan membelek semula buku ini dan baca part-part yang penting. Cara penyampaiannya juga agak berbeza dari buku-buku tempatan di Malaysia. Malah, saya tidak jemu-jemu untuk membacanya berulang kali.. :-)

Apa yang ingin saya katakan disini ialah Robert T. Kiyosaki mempunyai cara yang cukup unik untuk menjadi kaya dan bersara awal! Ia bermula dari cara pengumpulan Aset sehinggalah cara mengembangkan Asetnya sebagai pendapatan tambahan sehingga membuatkan dirinya tidak perlu bekerja lagi!

Apa persedian yang perlu dilakukan oleh anda jika mahu menjadi seperti Robert T. Kiyosaki? Dibawah ini ada senarainya :

  1. Mempunyai motivasi yang tinggi dan tidak akan berputus asa.
  2. Sentiasa ingin belajar dan terus belajar.
  3. Langsaikan hutang “lapuk / tidak berfaedah” sebelum mengumpul Aset.
  4. Kumpulkan Aset yang berkembang nilainya.
  5. Laburkan Aset dalam sektor pelaburan hartanah, saham dan syarikat.
  6. Biar Aset menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak sekali ganda dari perbelanjaan bulanan.
  7. Gunakan “wang orang lain” untuk menghasilkan pulangan yang lumayan!

rich dad7 perkara yang saya sebutkan di atas akan membentuk diri anda menjadi kaya dan tidak mustahil menjadi Jutawan di Malaysia! Apa yang penting ialah komitmen dan usaha anda untuk menjadi kaya amat-amat diperlukan.

Anda akan berjaya jika anda benar-benar berusaha, tetapi anda akan gagal jika berhenti separuh jalan atau anda tidak memulakannya langsung! Anda sudah KALAH awal-awal lagi sebelum berjuang!

Semoga tips kali ini dapat membuka minda anda. Saya amat syorkan jika anda belum pernah membaca buku “Rich Dad Poor Dad” ini, sila dapatkannya. Saya yakin, banyak yang akan anda pelajari nanti..! :-)

p/s : Saya akan lancarkan satu projek baru dalam masa terdekat ini. Projek ini merupakan projek mega buat saya. Semoga projek kali ini, saya dapat membantu ramai orang yang ingin menjadi usahawan internet tetapi terpaksa menempuhi banyak halangan. Tunggu yer.. :-)

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..

 

Menjejaki kebebasan kewangan,



Pengurusan Kewangan Peribadi | Bagaimana Menjelaskan Hutang Kad Kredit

15 02 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ramai orang mengeluh dan mengelak untuk membayar hutang kad kredit. Bukannya tidak mahu membayar, tetapi hutang kad kredit yang lain masih lagi tertunggak. Mana tidaknya, setiap seorang memiliki lebih dari 1 kad kredit dan kebiasaannya mempunyai sehingga 3 kad kredit.

Memiliki kad kredit yang banyak merupakan salah satu punca anda akan menghadapi krisis kewangan yang serius. Kadar interest sehingga 18% setahun adalah terlalu tinggi berbanding dengan pinjaman peribadi hanya sekitar 6% setahun!

Tanda-tanda seseorang pemilik kad kredit yang bakal menghadapi masalah kewangan ialah apabila :

  • Membayar bil-bil semasa menggunakan kad kredit.
  • Kad kredit telah mencapai hadnya.
  • Hanya bayar jumlah minimum setiap bulan.
  • Bil kad kredit tertunggak
  • Segala perbelanjaan keperluan harian menggunakan kad kredit.

Jadi, bagaimana caranya untuk anda menyelesaikan msalah ini sekiranya berlaku kepada diri anda atau telah pun berlaku?? Berikut adalah 5 cara yang boleh anda lakukan :

Cara Pertama :  Bayar hutang yang paling penting untuk keselesaan keluarga seperti sewa/ansuran rumah, api/air, barang keperluan dan sebagainya.

Cara Kedua : Bandingkan kadar faedah antara kad kredit anda. Biasanya ia sekitar 12% - 18%. Bayar hutang kad kredit yang faedah tahunannya lebih tinggi kemudian diikuti dengan hutang kad kredit yang kadar faedahnya rendah.

Cara ketiga : Gabungkan kesemua hutang kad kredit iaitu dengan membuat pinjaman bank dengan jumlah ansurannya lebih kecil dan kadar faedah yang rendah. Dengan cara ini, anda berjimat dari segi bayaran faedah kepada pihak bank selain dapat membayar jumlah ansuran yang lebih kecil.

Cara keempat : Menggunakan kaedah “play safe payment” iaitu jumlah hutang yang perlu dibayar setiap bulan mestilah tidak melebihi 20%  daripada jumlah pendapatan anda. Jika gaji anda ialah RM2,000, maka anda hanya boleh bayar hutang kad kredit tidak lebih dari RM400. Jika hutang kad kredit anda lebih dari RM400 iaitu sebanyak RM600 sebulan, lakukan kiraan seperti dibawah :

RM400 bahagikan RM600 = 66% @ 67%

Kad kredit 1 : RM200 sebulan x 66% = RM132
Kad kredit 2 : RM100 sebulan x 66% = RM66
Kad kredit 3 : RM300 sebulan x 67% = RM201

Jumlah yang anda bayar adalah RM399 @ RM400 tidak lebih dari jumlah hutang yang sepatutnya anda bayar. Ini dapat mengelakkan anda daripada menghadapi kesesakan pada waktu-waktu yang kritikal kerana kebanyakkan wang habis untuk membayar hutang sahaja.

Cara kelima : Ini adalah langkah terakhir iaitu berjumpa dengan khidmat perancang kewangan atau anda boleh berurusan terus dengan AKPK (Agensi Kaunseling Pengurusan Kewangan) secara percuma!

Diharapkan 5 cara di atas dapat membantu anda menyelesaikan masalah kad kredit yang anda sedang atau mungkin akan hadapi.

p/s : Dapatkan ebook Panduan Menghadapi Krisis Kewangan disini sekarang!

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..

 

Menjejaki kebebasan kewangan,



Update Terkini Pertandingan King of Traffic KrisisWang.com

11 02 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini tiada tips atau info mengenai perniagaan internet dan pengurusan kewangan. Tetapi hari ini saya akan letakkan update kedudukan terkini peserta pertandingan King of Traffik KrisisWang.com.

Kedudukan ini adalah benar pada 11 Feb 2008.

rangking

Seperti mana di atas, senarai kedudukan terkini ialah :

1. www.abdfatah.com
2. www.mohdhilmi.com
3. www.ebookpercuma.com
4. www.earncent.com

Kepada mereka yang belum menyertai pertandingan ini dan mahu merebut wang tunai RM90 beserta ebook PERCUMA, sila download terlebih dahulu ebook Panduan Menghadapi Krisis Kewangan disini dan kemudian sertai pertandingan ini. Tarikh tutup pertandingan ialah pada 29 Febuari 2008.

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..

 

Menjejaki kebebasan kewangan,