Panduan Jana Pendapatan Dari Resell Rights Terbongkar! Dapatkan Sekarang Juga!!
Powered by MaxBlogPress  

Pengurusan Kewangan Peribadi | Bagaimana Menjelaskan Hutang Kad Kredit

15 02 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ramai orang mengeluh dan mengelak untuk membayar hutang kad kredit. Bukannya tidak mahu membayar, tetapi hutang kad kredit yang lain masih lagi tertunggak. Mana tidaknya, setiap seorang memiliki lebih dari 1 kad kredit dan kebiasaannya mempunyai sehingga 3 kad kredit.

Memiliki kad kredit yang banyak merupakan salah satu punca anda akan menghadapi krisis kewangan yang serius. Kadar interest sehingga 18% setahun adalah terlalu tinggi berbanding dengan pinjaman peribadi hanya sekitar 6% setahun!

Tanda-tanda seseorang pemilik kad kredit yang bakal menghadapi masalah kewangan ialah apabila :

  • Membayar bil-bil semasa menggunakan kad kredit.
  • Kad kredit telah mencapai hadnya.
  • Hanya bayar jumlah minimum setiap bulan.
  • Bil kad kredit tertunggak
  • Segala perbelanjaan keperluan harian menggunakan kad kredit.

Jadi, bagaimana caranya untuk anda menyelesaikan msalah ini sekiranya berlaku kepada diri anda atau telah pun berlaku?? Berikut adalah 5 cara yang boleh anda lakukan :

Cara Pertama :  Bayar hutang yang paling penting untuk keselesaan keluarga seperti sewa/ansuran rumah, api/air, barang keperluan dan sebagainya.

Cara Kedua : Bandingkan kadar faedah antara kad kredit anda. Biasanya ia sekitar 12% - 18%. Bayar hutang kad kredit yang faedah tahunannya lebih tinggi kemudian diikuti dengan hutang kad kredit yang kadar faedahnya rendah.

Cara ketiga : Gabungkan kesemua hutang kad kredit iaitu dengan membuat pinjaman bank dengan jumlah ansurannya lebih kecil dan kadar faedah yang rendah. Dengan cara ini, anda berjimat dari segi bayaran faedah kepada pihak bank selain dapat membayar jumlah ansuran yang lebih kecil.

Cara keempat : Menggunakan kaedah “play safe payment” iaitu jumlah hutang yang perlu dibayar setiap bulan mestilah tidak melebihi 20%  daripada jumlah pendapatan anda. Jika gaji anda ialah RM2,000, maka anda hanya boleh bayar hutang kad kredit tidak lebih dari RM400. Jika hutang kad kredit anda lebih dari RM400 iaitu sebanyak RM600 sebulan, lakukan kiraan seperti dibawah :

RM400 bahagikan RM600 = 66% @ 67%

Kad kredit 1 : RM200 sebulan x 66% = RM132
Kad kredit 2 : RM100 sebulan x 66% = RM66
Kad kredit 3 : RM300 sebulan x 67% = RM201

Jumlah yang anda bayar adalah RM399 @ RM400 tidak lebih dari jumlah hutang yang sepatutnya anda bayar. Ini dapat mengelakkan anda daripada menghadapi kesesakan pada waktu-waktu yang kritikal kerana kebanyakkan wang habis untuk membayar hutang sahaja.

Cara kelima : Ini adalah langkah terakhir iaitu berjumpa dengan khidmat perancang kewangan atau anda boleh berurusan terus dengan AKPK (Agensi Kaunseling Pengurusan Kewangan) secara percuma!

Diharapkan 5 cara di atas dapat membantu anda menyelesaikan masalah kad kredit yang anda sedang atau mungkin akan hadapi.

p/s : Dapatkan ebook Panduan Menghadapi Krisis Kewangan disini sekarang!

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb

Actions

Informations

3 responses to “Pengurusan Kewangan Peribadi | Bagaimana Menjelaskan Hutang Kad Kredit”

15 02 2008
abdfatah (21:21:20) :

sedang berusaha membayar hutang bukan kad kredit daaa… hutang oh hutang… memang menyulitkan kalo liat nak membayarnya… amakin menimbun banyaknya kalo tertangguh2…. hahahahaa…

16 02 2008
shuk (16:32:17) :

Dlie,

Terima kasih kerana share maklumat yang sgt berguna.

Sure ramai yang ada masalah hutang kad kredit. Kalau tak, takkan media pun highlight pasal ni..

Sama-sama kita beringat bila belanja.

19 02 2008
En Dlie (07:39:03) :

abdfatah > yup, akan terus menimbun kalau tangguhkan bayaran. Sebabnya, faedah dikira secara bulanan.. tu yang sakit.. opss.. ada juga yang kira harian.. :-)

shuk > betul shuk, yang banyak masalah dengan kad kredit ni lebih kepada golongan muda kerana terjerat dengan tawaran2 menarik dan kemudahan membeli belah.. kalau ada kad kredit ni, selalunya beli tanpa berfikir panjang berbanding dengan duit tunai..

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>