Rahsia Orang Kaya | Rich Dad Poor Dad
19 02 2008Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya sebenarnya seronok membaca buku “Rich Dad Poor Dad” yang ditulis oleh Robert T. Kiyosaki ini. Jika ada masa yang terluang, saya akan membelek semula buku ini dan baca part-part yang penting. Cara penyampaiannya juga agak berbeza dari buku-buku tempatan di Malaysia. Malah, saya tidak jemu-jemu untuk membacanya berulang kali..
Apa yang ingin saya katakan disini ialah Robert T. Kiyosaki mempunyai cara yang cukup unik untuk menjadi kaya dan bersara awal! Ia bermula dari cara pengumpulan Aset sehinggalah cara mengembangkan Asetnya sebagai pendapatan tambahan sehingga membuatkan dirinya tidak perlu bekerja lagi!
Apa persedian yang perlu dilakukan oleh anda jika mahu menjadi seperti Robert T. Kiyosaki? Dibawah ini ada senarainya :
- Mempunyai motivasi yang tinggi dan tidak akan berputus asa.
- Sentiasa ingin belajar dan terus belajar.
- Langsaikan hutang “lapuk / tidak berfaedah” sebelum mengumpul Aset.
- Kumpulkan Aset yang berkembang nilainya.
- Laburkan Aset dalam sektor pelaburan hartanah, saham dan syarikat.
- Biar Aset menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak sekali ganda dari perbelanjaan bulanan.
- Gunakan “wang orang lain” untuk menghasilkan pulangan yang lumayan!
7 perkara yang saya sebutkan di atas akan membentuk diri anda menjadi kaya dan tidak mustahil menjadi Jutawan di Malaysia! Apa yang penting ialah komitmen dan usaha anda untuk menjadi kaya amat-amat diperlukan.
Anda akan berjaya jika anda benar-benar berusaha, tetapi anda akan gagal jika berhenti separuh jalan atau anda tidak memulakannya langsung! Anda sudah KALAH awal-awal lagi sebelum berjuang!
Semoga tips kali ini dapat membuka minda anda. Saya amat syorkan jika anda belum pernah membaca buku “Rich Dad Poor Dad” ini, sila dapatkannya. Saya yakin, banyak yang akan anda pelajari nanti..!
p/s : Saya akan lancarkan satu projek baru dalam masa terdekat ini. Projek ini merupakan projek mega buat saya. Semoga projek kali ini, saya dapat membantu ramai orang yang ingin menjadi usahawan internet tetapi terpaksa menempuhi banyak halangan. Tunggu yer..
Sekian.
Wassalam.
Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Menjejaki kebebasan kewangan,






























Satu ilmu yang cukup baik. Usaha berterusan pasti membuahkan hasil. Dan harus diingat jua, jika kita buat perkara yang baik, hasilnya tidak semestinya kita rasa di dunia ini, tapi akhirat sana lebih menjanjikan satu kenikmatan. Ilmu yang memberi syafaat berterusan hingga akhir hayat. TQ untuk tips2 menarik anda. Bolehlah dijadika sedikit motivasi untuk orang baru mcm saya ni
Salah satu buku yang wajib di baca ni. Lagi bagus kalau dapat main permaian cashflow yang di cipta oleh beliau.
saya suka kepada tip yang ke-2. ia adalah amat perlu kepada semua kita. diharap, keinginan untuk tidak jemu belajar tidak luntur seperti lunturnya kita kepada perkara-perkara lain.
salam juara..
terima kasih bg share idea yang bagus seperti ini..
kooreen79 > TQ. Memang tujuan saya untuk berkongsi dengan pengunjung blog ini.
Maizul > saya pun dah pernah main cashflow101, tapi e-game la. Memang seronok dan dapat belajar cara menguruskan kewangan dengan betul dan mengenalpasti corak pengurusan kewangan sebenar.
ePemudaPAS > Ilmu yang bermanafaat inilah yang patut dikongsi
Zaiful > TQ. Jenguk2lah selalu di blog ini..
Yap. Memang bagus buku tu. Aku dah baca. Pinjam kawan punye masa kat universiti dulu. Tapi tak beli lagi..:D
Titan > Tak beli tak pe.. sebab da baca, tapi kalau beli lagi bagus sebab boleh buat rujukan dan baca semula
en dlie, camne nak main game cashflow tu? apa laman web dia?
beduz > game tu kalau nak main kena ada CD, boleh dapat kat lelong tapi tu cetak rompak la.. kalau nak best main real punya board game, tapi mahal la.. USD300++ kalau nak save, main dengan pakdi.net, dia ada anjurkan game ni..