Inginkan Laman Web Anda Kelihatan Profesional? Dapatkan Pakej Grafik Paling Cun Disini!!
Powered by MaxBlogPress  

Mengenalpasti Aset | Penting Merekodkan Aset Anda

22 02 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa itu Aset? Ada yang mengatakan Aset adalah segala harta yang dimiliki oleh anda seperti rumah, kereta, perniagaan, pelaburan dan sebagainya. Malah sesetengahnya menganggap rumah yang mereka duduki adalah Aset paling besar dan berharga kepada mereka.

Satu perkara yang amat penting perlu saya jelaskan disini ialah, mengenalpasti Aset yang dimiliki oleh anda. Tidak kesemua harta adalah Aset. Ada juga Aset tersebut sebenarnya ialah Liabiliti! :-( Oleh sebab itulah anda perlu mengenalpasti Aset yang dimiliki oleh anda.

Aset yang dimaksudkan disini ialah Aset yang memberikan pulangan kepada anda sama ada setiap bulan ataupun setiap tahun. Contohnya seperti :

  1. Hartanah : Rumah yang disewakan / Tanah yang disewakan
  2. Perniagaan : Memberikan keuntungan setiap bulan.
  3. Pelaburan : Memperolehi keuntungan dari setiap pelaburan seperti saham.

Bagaimana dengan rumah yang diduduki oleh anda? Adakah ianya Aset? Sebenarnya ia adalah Liabiliti dan hanya akan menjadi Aset apabila :

  1. Nilai rumah meningkat melebihi nilai gadaian semasa.
  2. Anda sudah membayar habis pinjaman perumahan.

Anda faham bukan apa yang saya maksudkan? :-)

Manakala kenderaan pula seperti kereta yang dipandu atau digunakan oleh anda sendiri adalah Liabiliti dan bukannya Aset. Ia tidak menjadi Aset kerana nilainya turun sebanyak 10% - 20% sebaik sahaja anda mula membeli dan turun lagi setiap tahun!

Sebab utama saya mengatakan ianya adalah Liabiliti adalah kerana anda perlu membeli kereta secara pinjaman bank dan perlu membayar semula pinjaman tersebut bersama kadar faedah yang telah ditetapkan. Contohnya anda membeli kereta berharga RM50,000 dan perlu membayar semula kepada pihak bank + faedah sebanyak RM70,000. Walaupun anda menjual semula kereta tersebut katakan RM35,000, anda masih perlu membayar baki pinjaman kepada pihak bank sebanyak RM35,000!

Jadi, disinilah pentingnya anda mengenalpasti Aset dan merekodkan segala Aset yang ada pada harga kos dan juga nilai semasa untuk mengetahui adakah anda mempunyai jumlah Aset yang lebih dari jumlah Liabiliti atau sebaliknya.

p/s : Minggu hadapan saya akan terbitkan projek baru iaitu “Sistem Kewangan - Khas Untuk Rakyat Malaysia” yang akan memudahkan anda mengurus Aset, Liabiliti, pendapatan dan juga perbelanjaan seharian. Ianya amat mudah dan dilakukan secara automatik! :-)

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb

Actions

Informations

3 responses to “Mengenalpasti Aset | Penting Merekodkan Aset Anda”

26 02 2008
titan (16:03:46) :

hartanah dan pelaburan. Ini cabaran aku dalam 2 tahun ini. Harap plan yg dikaji dan dirancang akan tercapai. :D

27 02 2008
kooreen79 (20:39:57) :

Semoga usaha awak tercapai cik titan..Aset terpenting adalah keluarga. Dan yang lagi berharga ialah 3 perkara yang tak putus tu walaupun kita dah takde di muka bumi ini..itulah aset yang paling berharga..

28 02 2008
En Dlie (13:09:03) :

titan > 2 tahun!! Hebat tu.. tapi tak mustahil.. semoga berjaya!!

kooreen79 > yup, 3 perkara tu adalah aset paling utama yang kekal walaupun dah berada di alam akhirat.. :-D

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>