Sistem Pengurusan Kewangan | Cara Mudah Urus Wang Anda
29 02 2008Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sebagaimana yang telah saya katakan pada minggu lepas, saya telah pun menyiapkan satu format “Sistem Pengurusan Kewangan” dalam bentuk Excel yang diadaptasi dari permainan CashFlow Game 101 dan beberapa ciri tambahan yang telah saya wujudkan untuk kemudahan pengguna.
Anda boleh merekodkan segala Aset dan Liabiliti anda termasuklah Aset yang memberikan hasil sama ada setiap bulan atau tahun. Begitu juga dengan perbelanjaan dan pendapatan yang diperolehi setiap hari boleh direkodkan dengan mudah. Kiraan adalah secara automatik.
Melalui “Sistem Pengurusan Kewangan” ini, anda akan ditunjukkan dengan jelas yang mana satukah Aset yang “berguna” dan “tidak berguna” serta jumlah Liabiliti yang anda tanggung!
“Sistem Pengurusan Kewangan” ini masih belum siap sepenuhnya dan akan disiapkan dalam bulan Mac 2008 ini, insyaAllah. Jika anda berminat untuk mendapatkan “Sistem Pengurusan Kewangan” ini, sila tinggalkan komen anda di post ini.
Kemungkinan saya akan mengenakan bayaran tetapi tidak melebihi RM10 atau mungkin juga saya akan berikannya secara PERCUMA!
p/s : Kesilapan terbesar di dalam menguruskan kewangan adalah kerana tidak merekod dan tidak tahu adakah Aset melebihi Liabiliti atau sebaliknya!
Sekian.
Wassalam.
Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Menjejaki kebebasan kewangan,






























En Dlie sy berminat untuk mendapatkan Sistem Pengurusan Kewangan En Dlie ini..Mungkin dgn adanya Sistem ini sy boleh menguruskan kewangan sy dgn lebih baik lg selepas ini..tq
bagus sistem yang dihasilkan en Dlie ni. nanti senang kita hendak memantau aliran tunai dan juga kedudukan kewangan semasa..
Sistem yang boleh membantu pengurusn kewangan orang ramai nie.. Betul mcm En Dlie ckp, ramai yang tidak merekodkan segala perbelanjaan seharian..termasuk lah saya..nie la penyebabnya duit asyik xcukup jer akhir bulan…
miziology > siap nanti saya beritahu..
beduz > terima kasih..
nuwa > kalau tak rekod, memang tak tahu ke mana duit kita pergi.. sebab penting merekod segala perbelanjaan dan pendapatan kita.
salam…encik saya berminat untuk mendapatkan sistem pengurusan kewangan ini untuk dikongsikan bersama rakan sekerja saya. boleh tak?
ana > saya akan maklumkan kepada anda nanti bila dah siap..
Asalamualaikum saudara diatas mensenaraikan masalah kewangan yg dihadapi semua rakyat.Idea bernas dan menjadi titik tolak sebagai insan yg celik urusan kewangan.Sekian terimakasih.
Azri Abu Bakar > terima kasih… selalu2lah jenguk blog ni..
saya berminat untuk mendapatkan Sistem Pengurusan Kewangan ini,bagi mengurus kewangan peribadi saya. sekarang ni tiada apa-apa rekod yg saya buat tentang perbelanjaan saya.tq
Saya nak jugak..best betul blog ini…banyak info menarik
shah & taqiyuddin > dalam proses. InsyaAllah akan siap bulan April ini.
saya pon berminat la nk…semoga allah merahmati en Dlie