Panduan Jana Pendapatan Dari Resell Rights Terbongkar! Dapatkan Sekarang Juga!!
Powered by MaxBlogPress  

Pakej Grafik Paling Cun | Tingkatkan Pelawat Dan Pembeli

7 02 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Agak jarang saya menulis mengenai perniagaan internet. Kali ini saya ingin bercerita mengenai sesuatu yang mampu menaikkan jumlah traffik ke laman web anda sehingga pengunjung mengunjungi laman web atau blog anda berkali-kali tanpa GAGAL!!

Baiklah! Saya yakin ramai di antara anda memiliki produk sendiri dan menjualnya melalui internet sama ada menggunakan servis web percuma ataupun berbayar. Anda mengimpikan bahawa produk anda akan laku seperti pisang goreng panas dan berharap menerima tempahan yang banyak seperti mana tempahan yang saya terima.

Lihat contoh tempahan yang saya terima bagi salah satu produk yang saya jual :

  1. Contoh 1
  2. Contoh 2

Tetapi apa yang menyedihkan ialah, apabila produk yang dijual tidak mendapat sambutan yang menggalakkan walaupun ia produk yang terbaik dan berkualiti. Hanya laku 3 unit dalam setahun!! Apa dah jadi?? :-(

Pada masa ini sudah tentu kita akan berputus asa dan tidak mahu meneruskannya lagi! Kemudian berkata perniagaan internet ini adalah susah dan banyak membuang masa. Mari kita kaji bersama, apakah puncanya anda GAGAL menjual produk tersebut.

  • Produk : Memang berkualiti dan terbaik
  • Ayat Jualan : Memang cukup POWER!
  • Laman web : Tidak cantik dan tiada grafik yang menggambarkan kehebatan produk.

Ya! 50% kegagalan perniagaan internet adalah kerana laman web anda tidak memberikan persembahan yang menarik dari segi grafik.

Anda perlu meletakkan beberapa grafik yang cantik dan bersesuaian serta menampilkan kehebatan produk anda dengan penggunaan grafik yang optimum sekaligus meningkatkan kadar jualan dan pelawat tidak jemu mengunjungi laman web anda!! :-)

Tetapi… saya tidak mahir menggunakan perisian grafik seperti Adobe Photoshop En Dlie..

Jangan bimbang, itu tidak lagi menjadi masalah BESAR kepada anda kerana saya telah menyediakan satu Pakej Grafik Paling Cun beserta Video Tutorial bagaimana menggunakan Adobe Photoshope dengan cara yang paling mudah!

grafikcunsekali

Pakej Grafik Paling Cun ini mengandungi :

a) Koleksi grafik yang terbaru dan menarik khas untuk laman web jualan anda.

b) Grafik tulisan yang menarik, button pembelian terbaru, box untuk testimoni dan pelbagai icon yang berwarna-warni.

c) Action script untuk mencipta cover ebook, box, cd, ezine, member card dan banyak lagi hanya dengan 2 langkah mudah.

d) 5 pakej lengkap template laman web siap sedia digunakan dengan hanya sedikit editing mudah menggunakan Adobe Photoshope.

e) Video Lengkap Tutorial menggunakan Adobe Photoshope, mengedit grafik, mencipta banner, mengambil gambar, belajar susunan grafik dan mengoptimasikan penggunanan grafik tulisan!

Saya jamin, Pakej Grafik Paling Cun ini merupakan pakej grafik yang paling lengkap dan terkini! Terima kasih kepada Mawardee kerana menghasilkan pakej grafik yang terbaik. Rahsia saya memperoleh tempahan yang banyak adalah kerana mempunyai pakej grafik ini!

Saya amat syorkan kepada anda untuk memiliki Pakej Grafik Paling Cun ini untuk tingkatkan kadar jualan serta traffik ke laman web anda. Untuk dapatkan pakej grafik ini, sila klik :

–> Pakej Grafik Paling Cun & Video Lengkap Tutorial Adobe Photoshope

p/s : Ini adalah peluang untuk anda tingkatkan kemahiran di dalam menggunakan perisian Adobe Photoshope. Mungkin selepas ini anda bakal menjadi seorang Designer hebat dan mula menerima tempahan untuk mereka bentuk banner yang canggih!!

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..

 

Menjejaki kebebasan kewangan,



Pelaburan Unit Amanah | Kejatuhan Harga Unit

4 02 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah agak lama juga saya tidak bercerita mengenai Unit Amanah. Hari ini saya akan berkongsi sedikit tips yang amat berguna kepada mereka yang mahu melabur dalam Unit Amanah dan tips kali ini juga akan membantu pelabur sedia ada untuk meningkatkan keuntungan dalam pelaburan Unit Amanah. ;-)

Sebelum itu, saya mahu bertanya kepada anda. Apa yang anda akan lakukan apabila sesebuah Unit Amanah tersebut jatuh merundum?

Secara ringkasnya, saya simpulkan terdapat 3 kategori pelabur yang akan melakukan tindakan yang berbeza. Tindakan yang dilakukan ini akan memberikan kesan terhadap keuntungan dan kerugian semasa melabur di dalam Unit Amanah. 3 kategori tersebut ialah :-

unit21. Pelabur kurang bijak : Biasanya pelabur ini akan panik melihat kejatuhan harga unit yang berlarutan selama beberapa hari. Malah, mereka akan bertambah risau dan takut mengalami kerugian yang besar apabila harga unit tersebut melepasi harga sewaktu mereka mula-mula membeli Unit Amanah tersebut.

Tindakan yang akan mereka lakukan ialah dengan menjual semua unit tersebut kerana menganggap Unit Amanah itu tidak menguntungkan dan pasaran yang tidak stabil. Oleh kerana mereka menjual semua unit tersebut, sudah tentu mereka mengalami kerugian. Contohnya :

Harga semasa beli RM0.2500 dan jual pada harga RM0.2327. Jumlah unit 40,000 unit.

Kos : RM0.2500 x 40,000 = RM10,000
Jual : RM0.2327 x 40,000 = RM9,308
Rugi : RM10,000 - RM9,308 = (RM692)

2. Pelabur bijak : Biasanya pelabur ini akan membiarkan pelaburan mereka dengan mengharapkan harga unit akan naik semula. Ini kerana pelaburan mereka adalah berjangka panjang (lebih dari 3 tahun).

Apabila harga naik semula pada aras yang lebih tinggi, mereka menjual semula unit tersebut untuk mendapatkan keuntungan walaupun ianya sedikit. Contohnya :

Harga semasa beli RM0.2500 dan jual pada harga RM0.2805. Jumlah unit 40,000 unit,

Kos : RM0.2500 x 40,000 unit = RM10,000
Jual : RM0.2805 x 40,000 unit = RM11,220
Untung kasar : RM11,220 - RM10,000 = RM1,220 (12.2%)

3. Pelabur paling bijak : Pelabur ini biasanya akan mengambil kesempatan atas kejatuhan harga unit untuk menambah jumlah unit yang sedia ada. Ini bertujuan untuk merendahkan nilai kos seunit pada harga asal seterusnya memaksimumkan keuntungan di penghujung pelaburan.

Ini adalah konsep asas yang diamalkan oleh pelabur paling bijak iaitu “beli semasa harga rendah dan jual pada harga tinggi”. Satu konsep yang biasa kita dengar tapi jarang dilakukan. Contohnya :-

Harga semasa beli RM0.2500 sebanyak 20,000 unit dan beli lagi pada harga RM0.2200 sebanyak 20,000 unit. Jual pada harga RM0.2805. Jumlah unit 40,000 unit.

Kos (1) : RM0.2500 X 20,000 unit = RM5,000
Kos (2) : RM0.2200 x 20,000 unit = RM4,400
Jumlah kos : RM9,400, harga purata seunit = RM0.2350
Jual : RM0.2805 x 40,000 unit = RM11,220
Untung : RM11,200 - RM9,400 = RM1,820 (18.2%)

Sekarang anda sudah dapat lihat 3 kategori pelabur yang telah saya sebutkan di atas. Jika anda merupakan salah seorang pelabur Unit Amanah, anda tergolong di dalam kategori yang mana satu? :-)

Cukuplah sampai disini mengenai pelaburan Unit Amanah. InsyaAllah kita akan bersambung lagi dengan tips yang lebih menarik.

p/s : Jika anda mahu serius melabur di dalam Unit Amanah, saya syorkan untuk anda memiliki ebook Jana Wang dengan Unit Trust. Cepat klik disini!

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..

 

Menjejaki kebebasan kewangan,