Baik Buruk Kad Kredit!!
27 03 2008Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Topik hari ini agak “simple dan santai” sedikit kerana saya tidak akan bercerita secara panjang lebar. Umumnya ramai di antara kita termasuk anda dan juga saya menggunakan kad kredit untuk kegunaan harian.
Pernahkan anda terfikir, apakah manfaat dan kebaikan yang diberikan oleh kad kredit semasa kita memohon daripada pihak bank?? Jawapan yang pasti ialah mudah untuk membeli belah tanpa membawa sebarang wang tunai. Slogan yang sama diwar-warkan oleh pihak bank.
Oleh itu, dibawah ini saya telah senaraikan beberapa kebaikan dan keburukan memiliki kad kredit ini. Jom kita tengok :-
Kebaikan kad kredit :
- Membayar barangan dan perkhidmatan
- Mengambil kesempatan di atas diskaun jualan/belian secara pukal
- Mengatasi masalah kewangan bersifat sementara
- Berupaya mencuba barangan tanpa membayar secara tunai
- Sebagai satu teknik untuk menggabungkan hutang kecil kepada satu hutang sahaja.
- Meransang ekonomi negara. < sudah tentu
Keburukan kad kredit :
- Kontrak/perjanjian kad kredit yang sukar difahami
- Tidak sedar nilai faedah dikenakan beserta dengan yuran
- Barang yang dibeli terpaksa di tarik balik kerana tidak membayar ansuran bulanan
- Menggalakkan berbelanja secara berlebihan
- Harga barang boleh meningkat 2 kali ganda - harga barang + faedah
- Pendapatan bulanan berkurangan kerana terpaksa membayar ansuran
- Nilai faedah sentiasa meningkat jika tidak membayar ansuran
- Berhutang melebihi kemampuan
Jika anda belum memiliki kad kredit, renung-renungkanlah apa yang telah saya senaraikan di atas. Sedikit sebanyak ia memberikan panduan kepada anda sama ada mahu memiliki kad kredit atau pun sebaliknya.
Di kesempatan ini juga saya ingin memaklumkan bahawa kini Maybank telah mengeluarkan kad debit Visa Electron yang baru yang fungsinya sama dengan kad atm yang anda gunakan sekarang. Cuba lihat gambar kad debit tersebut dibawah. Menarik bukan??

Saya bercadang untuk memohon kad debit tersebut dalam masa terdekat untuk kegunaan dan kemudahan menguruskan perniagaan internet saya. InsyaAllah, bila saya dah menggunakannya dan melihat sama ada ia boleh digunakan untuk pembelian urusan di internet termasuk Paypal, saya akan maklumkan perkembangannya kelak.
p/s : Saya kini sedang sibuk menguruskan projek baru JV bersama adik saya. Projek ini adalah untuk pasaran luar negara (international).
Sekian.
Wassalam.
Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS
Menjejaki kebebasan kewangan,

Categories : Kad Kredit, Paypal, Pengurusan Hutang, Tips Kewangan















KOMEN SEMASA