Keputusan PRU12 | Arus Perubahan Perniagaan Internet
10 03 2008Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada 8 Mac 2008 yang lepas, kita telah pun menyaksikan satu perubahan drastik pemerintahan kerajaan baru hasil dari Pilihan Raya Umum Ke-12. Banyak negeri yang dapat ditawan oleh BA iaitu Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan tidak terkecuali juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Saya bukan proksi mana-mana parti (pinjam ayat Nurul Izzah)
tetapi apa yang saya ingin sampaikan ialah masyarakat Malaysia kini lebih tahu apa yang mereka inginkan. Semoga BN dapat mengambil iktibar dari peristiwa ini dan memperbaiki kelemahan yang wujud dalam BN sebelum ini.
En Dlie, apa kaitan Pilihan Raya Umum Ke-12 dengan perniagaan internet?
Banyak kaitannya. Kalau diperhatikan, BA banyak menggunakan “media internet” untuk menyebarkan pengaruhnya oleh kerana media massa masa kini banyak dikuasai oleh pihak BN.
Disini kita dapat pelajari sesuatu yang mana, melalui cara yang sama juga kita boleh mempromosikan perniagaan internet ke seluruh negara dengan pelbagai kemudahan media internet seperti email, video, blog, web dan pelbagai cara lagi yang telah terbukti berkesan!
Kepada para usahawan internet yang masih baru (newbie) ikutilah arus perubahan perniagaan internet. Jika dulu orang berlumba-lumba untuk membina perniagaan internet sendiri, kemudian tiba pula musim blogger dan kini sibuk dengan video-video marketing perniagaan internet.
Apa akan jadi kalau tak ikut arus perubahan perniagaan internet ini? sudah tentulah anda akan ketinggalan dan pelanggan/pelawat sukakan sesuatu yang baru. Meraka akan cari satu alternatif yang lain. Samalah juga seperti rakyat Malaysia yang memilih calon alternatif.
Rasanya cukup untuk kali ini. Pada post yang akan datang, saya akan ceritakan perkembangan terkini mengenai Sistem Pengurusan Kewangan yang sedang dalam proses penghasilan.
p/s : Jika anda belum mendapatkan ebook FTP Cara Mudah yang dihasilkan oleh smatzul, anda boleh dapatkannya disini serta merta!
Sekian.
Wassalam.
Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS
Menjejaki kebebasan kewangan,






























“JANGAN CABAR SAYA! SAYA PANTANG DICABAR!”
wanwma > Huh ayat sape tu?
Saya dah baca blog anda pasal PRU12 juga. Saya suka perenggan yang terakhir di mana rakyat mempunyai kuasa yang besar.. rakyat berhak membetulkan pemimpin. Itulah gunanya kuasa undi. Kerajaan seharusnya ikut kehendak rakyat kerana rakyatlah yang memilih mereka.. bukan paksa rakyat ikut kehendak kerajaan…
bermusyawarahlah secara baik untuk dapatkan keputusan yang adil antara kerajaan dan rakyat <- pesanan untuk kerajaan…