Rakyat Malaysia Tidak Tahu Cara Mengurus Kewangan
12 03 2008Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terkejut dengan tajuk post kali ini?
Mungkin anda berasa sedikit pelik dan hairan. Namun apa yang akan saya ceritakan ini merupakan suatu kenyataan yang tidak boleh tidak, anda harus menerima hakikat ini.
“En Dlie.. jangan tuduh kami sebarangan, kami tahu menguruskan duit kami sendiri…. jangan nak memandai-mandai..!!”
Mungkin ini yang akan anda katakan pada saya tetapi saya minta untuk anda membaca fakta yang paling penting ini untuk masa depan anda.
Satu kajian mengenai cara pengurusan kewangan rakyat Malaysia telah dilakukan oleh satu pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang mana keputusannya amat mengecewakan telah disiarkan di majalah “Personal Money” (Majalah Tempatan). Keputusannya ialah sebanyak 64% rakyat Malaysia tidak tahu cara menguruskan kewangan mereka sendiri!. Selebihnya tahu tetapi tidak konsisten melakukannya dan tidak sampai 3% daripada rakyat Malaysia yang menguruskan kewangan dengan betul!
Ini sesuatu yang amat kritikal. Di saat negara Malaysia sedang melangkah untuk duduk sebaris dengan negara maju yang lain, tetapi rakyatnya masih menghadapi masalah untuk menguruskan kewangan dengan betul!
“En Dlie, betul ke ni? Kalau betul, macam mana nak tahu saya ni memang benar tidak pandai menguruskan kewangan?”
![]()
Satu soalan yang baik! Ini jawapan yang sesuai untuk anda. Cuba lihat beberapa perkara di bawah ini. Jika ianya merupakan situasi yang sering anda hadapi, anda tergolong kepada golongan di atas.
- Bil utiliti (api, air & telefon) telah tertunggak lebih dari 2 bulan.
- Perbelanjaan melebihi pendapatan.
- Perbelanjaan banyak dilakukan atas barang yang tidak perlu.
- Aset kurang dari liabiliti semasa umur mencecah 40 tahun.
- Tiada simpanan atau simpanan tidak dapat menampung 3 - 6 bulan perbelanjaan bulanan.
Cukup rasanya senarai yang saya berikan ini. Jika anda rasa salah satu daripadanya terkena ke atas diri anda, cepat ambil tindakan segera sebelum anda “tewas” dan menjadi papa kedana. Anda boleh dapatkan ebook PERCUMA “Panduan Menghadapi Krisis Kewangan” untuk membantu dan membimbing anda menguruskan kewangan dengan lebih baik.
Semoga fakta kali ini lebih menyedarkan masyarakat Malaysia mengenai kepentingan menguruskan kewangan sendiri dengan cara yang lebih baik dan betul.
Sekian.
Wassalam.
Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS
Menjejaki kebebasan kewangan,






























i need to agree that many people faild about financial management..:D
titan > kadang2 kita tak sedar yang kita sendiri mmg tak pandai urus duit.. konsistennya kurang… kejap rajin, kejap tidak..
kebanyakan orang x tahu membezakan kehendak dan keperluan. selagi ada duit di tangan selagi tu la boros berbelanja. bila akhir bulan baru sedar duit da abes.
Rasanya memang betul tentang perkara ni. Lagi pun ibu bapa dan cikgu2 di sekolah pun tidak mengajar cara2 menguruskan wang ni.
Beduz > betul tu beduz. Sepatutnya mereka simpan dulu sebelum berbelanja. Ini berbelanja dulu sampai habis baru teringat nak simpan, tapi duit tinggal berape sen jer..
Maizul > Ya! Di sekolah memang tidak akan di ajar mengenai pengurusan kewangan. Apa yang di ajar ialah macam mana nak cari duit. (Kelab Usahawan & Kemahiran Hidup)
[…] kenapa ramai yang tak berapa gemar menguruskan sumber kewangannya atau memang tak tahu nak buat apa dengan proses pengurusan kewangan yang stabil…? […]
sekejap je bleh simpan… lepas tu hilang dengan sekelip matanya…
abdfatah > Nak menyimpan ni perlukan kesabaran dan tak boleh tamak. SIkit2 lama-lama jadi bukit. Baru puas hati..
salam kenal, informasi yang menarik.
thanx
Memang ada kebenaranya…saya sendiri tidak tahu menguruskan kewangan dengan betul…walaupun saya sudah ada keluarga sendiri….sehingga lah pada dua hari lepas saya tergerak untuk membuat searching about financial management…ini kerana saya rasa ada yang tidak kena dengan kewangan saya….terima kasih diatas ebook percuma krisiswang….Kini saya terapkan nilai menyimpan kepada anak2 saya…