Inginkan Laman Web Anda Kelihatan Profesional? Dapatkan Pakej Grafik Paling Cun Disini!!
Powered by MaxBlogPress  

Insurans Hayat | Perlu Atau Tidak

21 03 2008

Assalamualikum dan salam sejahtera,

Umumnya anda sudah pun tahu apa itu insurans hayat. Sebut sahaja insurans hayat (nyawa), sudah pasti tergambar di fikiran tentang “kematian”.  Oh! Saya bukan mahu menakut-nakutkan anda tetapi sekadar berkongsi pendapat mengenai keperluan insurans hayat ini di dalam kehidupan seharian. :-)

Insurans hayat bukanlah asing lagi kepada diri anda. Bezanya disini ialah apakah perlu kita mengambil insurans hayat? Insurans manakah yang lebih baik dan bagaimana insurans ini boleh menjamin masa depan anda. Antara jenis insurans yang wujud di Malaysia pada hari ini ialah :

  1. Insurans pendidikan
  2. Insurans perubatan
  3. Insurans persaraan
  4. Insurans kemalangan
  5. Insurans berkaitan pelaburan / simpanan

Jika anda perhatikan jenis insurans pada hari ini, kebanyakkan insurans tersebut telah di pakejkan bersama pelaburan / simpanan. Ini bermakna para pemegang polisi insurans akan mendapat dua kelebihan iaitu perlindungan diri dan juga simpanan untuk masa depan.

Namun begitu, adakah kesemua insurans berkaitan pelaburan / simpanan ini sesuai untuk anda? Nah, ini yang perlu kita belajar agar insurans yang diambil memberikan faedah yang besar kepada diri anda. Mungkin anda pernah mengalami peristiwa pahit yang mana anda tidak dibayar sesen pun oleh syarikat insurans atas tuntutan yang anda kemukakan kerana ia tiada di dalam polisi insurans tersebut. Sungguh menyedihkan! :-(

Jadi, atas kesedaran ini saya ingin berkongsi mengenai pemilihan pelan insurans, waktu insurans diambil dan bila untuk menamatkannya. InsyaAllah saya akan bercerita mengenai insurans hayat ini satu-persatu supaya saya dan juga anda tidak lagi ditipu oleh mana-mana ejen insurans yang hanya mahukan “pendapatan” semata-mata.

p/s : Jika anda mempunyai cadangan dan pendapat, sila postkan di ruangan komen agar kita dapat berkongsi bersama-sama dengan para pembaca.

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb

Actions

Informations

8 responses to “Insurans Hayat | Perlu Atau Tidak”

21 03 2008
abdfatah (16:58:03) :

kalo pelaburan untuk insuran dapat pulangan okeh jugak. kalo dah hulurkan duit untuk insurans dah tentunya hangus gitu je jika ditamatkan dengan tetiba… takleh nak sambung ke kalo dah tak dapat nak menabung dalam insurans…? hehehhehee….

24 03 2008
En Dlie (07:56:29) :

abdfatah > sebab tu kita perlu pilih insurans yang tepat dan sesuai dengan kita dan apa yang kita rancangkan untuk masa depan. Memang secara logiknya rugi bila kita tamatkan serta merta, tetapi jika kita pilih insurans + pelaburan, kita akan dapat semula duit yang kita bayar tiap2 bulan tu.. bezanya sama ada sikit atau pun sama banyak dengan jumlah yang kita bayar.. Nanti saya akan cerita lebih detail dalam post akan datang..

24 03 2008
sookey (21:54:06) :

insurans erlalu banyak pada masa kini,saudara dlie cadangkan insurans comp mane?

25 03 2008
Afzai Afandi (22:53:01) :

Salam tuan umah :)

Pada saya off course Takaful…any takaful. Mengapa?? Halal untuk org Islam berbanding insuran konvensional yang tidak diketahui ke mana duit kita dilaburkan.

Takaful…biasanya ada panel syariah yang mengawal selia segala perjalanan duit pemegang polisinya. So kita tak ragu2 dgn kehalalan investmentnya.

Pada saya apbila disebut insuran…perkara pokok yang paling utama kita perlu tahu …. adalah perlindungan. Jadi kita mencarum dgn insuran, bukannya untuk simpanan atau pelaburan. Jadi kalau rasa nak masuk sekejap..pahtu nak kuar..takyah amik insuran, simpan jer kat bank. BUat rugi duit jer camtu.

Setahu saya, untuk 3 tahun pertama…memang zero kalau kita terminate polisi kita dengan company insuran terutamanya insuran konvesional tetapi tidak pada Takaful..ada sedikit return untuk pemegang polisi. Mengapa??? ini kerana untuk 3 tahun pertama ini, company insuran kena menanggung banyak risiko untuk setiap pemegang polisi jika berlaku musibah. Just imagine…jika selepas 6 bulan, pemegang polisi meninggal….berapa banyak dia kena bayarkan… sedangkan yg meninggal tu baru bayar RM100 x 6 sebagai contoh..

Ok lah terlebih panjang…sori tuan umah. Kali pertama masuk terus komen panjang2.. :)

15 04 2008
sookey (21:57:01) :

ye ke takaful tu semua boleh di kategorikan halal?sejauh mane dpt di buktikan?

12 08 2008
mohd faried (14:40:03) :

jumpa dengan consultant dan nyatakan apa yang anda perlukan. pelaburan? perlindungan penyakit kritikal? persaraan? pendidikan anak? bertanyalah dengan consultant yang berkelayakan. kalau perlu dapatkan kod dan hubungi syarikat untuk kepastian (jika ragu2).

mohd faried
MAA Takaful Consultant
013-7702480

22 09 2008
MOHD KHAIRUL AZLI (12:49:34) :

Sebenarnya plan yang berasaskan simpanan dan pelaburan mendapat sambutan sekarang, tambahan pula ada medical card, cukup untuk untuk kita memasuki hospital pakar tanpa membayar kos rawatan. Insuran konvensional pun mempunyai panel syariah yang dilantik oleh bank negara bagi mengawal dana tersebut.Sebagai contoh Great Eastern mempunyai Dana Barakah(Restu) ianya adalah gerenti dan disemak oleh Bank Negara. Saya bukan nak menegakkan benang yang basah cuma nak berkongsi maklumat dengan rakan2.

Mohd Khairul Azli Ghazali
Great Eastern Life
012-2293433

23 09 2008
En Dlie (08:10:37) :

mohd faried & mohd khairul azli >

Terima kasih atas jawapan dan “promosi” yang anda lakukan disini. Hakikat yang hendak saya nyatakan disini ialah kebanyakkan pemegang polisi insurans tidak tahu secara menyeluruh mengenai insurans yang diambil dan kelebihan insurans tersebut kepada diri mereka. Dan saya tegaskan disini ialah tidak semua insurans sesuai dengan diri seseorang. Ia bergantung kepada perancangan masa depan dan jenis risiko yang mungkin di tanggung oleh mereka.

Maka sewajarnya ejen-ejen insurans ini perlulah mengemukakan satu borang soal selidik kepada “prospek” sebelum menawarkan pakej insurans yang tertentu. Apa yang berlaku pada hari ini ialah, prospek terus di tawarkan pakej insurans “yang menguntungkan” tanpa mereka tidak sempat untuk melakukan kajian terhadap keperluan insurans tersebut untuk masa depan mereka.

p/s : lain orang, lain kehendak.. lain orang, lain masalah.. lain orang, lain risikonya.. sudah tentulah lain orang, lain jugalah jenis insurans yang diperlukan..

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>