Panduan Jana Pendapatan Dari Resell Rights Terbongkar! Dapatkan Sekarang Juga!!
Powered by MaxBlogPress  

Baik Buruk Kad Kredit!!

27 03 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Topik hari ini agak “simple dan santai” sedikit kerana saya tidak akan bercerita secara panjang lebar. Umumnya ramai di antara kita termasuk anda dan juga saya menggunakan kad kredit untuk kegunaan harian.

Pernahkan anda terfikir, apakah manfaat dan kebaikan yang diberikan oleh kad kredit semasa kita memohon daripada pihak bank?? Jawapan yang pasti ialah mudah untuk membeli belah tanpa membawa sebarang wang tunai. Slogan yang sama diwar-warkan oleh pihak bank.

Oleh itu, dibawah ini saya telah senaraikan beberapa kebaikan dan keburukan memiliki kad kredit ini. Jom kita tengok :-

Kebaikan kad kredit :

  1. Membayar barangan dan perkhidmatan
  2. Mengambil kesempatan di atas diskaun jualan/belian secara pukal
  3. Mengatasi masalah kewangan bersifat sementara
  4. Berupaya mencuba barangan tanpa membayar secara tunai
  5. Sebagai satu teknik untuk menggabungkan hutang kecil kepada satu hutang sahaja.
  6. Meransang ekonomi negara. < sudah tentu :-)

Keburukan kad kredit :

  1. Kontrak/perjanjian kad kredit yang sukar difahami
  2. Tidak sedar nilai faedah dikenakan beserta dengan yuran
  3. Barang yang dibeli terpaksa di tarik balik kerana tidak membayar ansuran bulanan
  4. Menggalakkan berbelanja secara berlebihan
  5. Harga barang boleh meningkat 2 kali ganda - harga barang + faedah
  6. Pendapatan bulanan berkurangan kerana terpaksa membayar ansuran
  7. Nilai faedah sentiasa meningkat jika tidak membayar ansuran
  8. Berhutang melebihi kemampuan

Jika anda belum memiliki kad kredit, renung-renungkanlah apa yang telah saya senaraikan di atas. Sedikit sebanyak ia memberikan panduan kepada anda sama ada mahu memiliki kad kredit atau pun sebaliknya.

Di kesempatan ini juga saya ingin memaklumkan bahawa kini Maybank telah mengeluarkan kad debit Visa Electron yang baru yang fungsinya sama dengan kad atm yang anda gunakan sekarang. Cuba lihat gambar kad debit tersebut dibawah. Menarik bukan??

visa electron

Saya bercadang untuk memohon kad debit tersebut dalam masa terdekat untuk kegunaan dan kemudahan menguruskan perniagaan internet saya. InsyaAllah, bila saya dah menggunakannya dan melihat sama ada ia boleh digunakan untuk pembelian urusan di internet termasuk Paypal, saya akan maklumkan perkembangannya kelak. :-)

p/s : Saya kini sedang sibuk menguruskan projek baru JV bersama adik saya. Projek ini adalah untuk pasaran luar negara (international).

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb

Actions

Informations

4 responses to “Baik Buruk Kad Kredit!!”

7 04 2008
titan (22:08:11) :

wah. tapi still tak leh verified paypal kan?

8 04 2008
En Dlie (07:46:12) :

Titan > saya tak pasti lagi sebab belum pun tukar kad ATM yang baru. Tak sempat. Anda dah tukar ke? Da try? Mybe boleh kongsi cerita sikit kat sini….

28 08 2008
Ibin (17:04:50) :

Nice info thanks. Nak tanya … bleh rekemen tak agak agak kad kredit bank mana yang rasanya releven untuk masa sekarang ni. Saya bercadang nak apply 1 card. Thanks again

29 08 2008
En Dlie (07:55:17) :

Ibin > Tidak kira kad kredit mana sekalipun, kalau anda mahu gunakannya, pilihlah yang mempunyai kadar faedah yang rendah.. Paling penting sekali, gunakannya dengan cara yang berhemah..

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>