Ketahui Teknik Menghadapi Krisis Kewangan Dengan Panduan Percuma! Klik Disini Untuk Dapatkannya Sekarang!
Powered by MaxBlogPress  

WC300 The Premium Members | Komuniti Usahawan Internet

7 03 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tajuk post kali ini agak berbeza sedikit. Tujuan saya ialah sekadar untuk memaklumkan bahawa saya kini merupakan warga WC300 The Premium Members yang terhad hanya untuk 300 keahlian sahaja! Bagi yang tidak tahu apa itu WC300, WC merupakan singkatan kepada forum WangCyber.com. Ianya adalah sebuah forum perbincangan paling terkenal dan hangat di kalangan Usahawan Internet.

wc

Saudara shuth telah melancarkan keahlian WC300 sejak 1 Januari 2008 dan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan dari IM Malaysia! Keahlian ekslusif ini hanya di buka untuk 300 ahli sahaja. Siapa cepat, dia dapat! Sehingga pada post ini ditulis, hanya tinggal 129 orang sahaja lagi.

Untuk mendaftar sebagai ahli ekslusif WC300, sila daftar disini.

Tapi, apa kelebihan yang akan saya dapat En Dlie?

Banyak kelebihannya jika anda mendaftar sekarang, antaranya :

  1. Ruangan perbincangan yang ekslusif di forum wangcyber.com yang hanya boleh diakses oleh ahli-ahli WC300 sahaja. Sudah tentunya, lebih banyak tips-tips serta rahsia-rahsia dalaman sesama ahli akan dikongsikan.
  2. Kotak PM yang lebih besar yang boleh memuatkan sehingga 1500 mesej. Amat sesuai untuk ahli yang banyak menjalankan urusan perniagaan di forum secara PM.
  3. Pengiklan Topik PERCUMA! . Ya!.. Ahli-ahli WC300 dibenarkan membuka topik di ruangan “Pengiklanan & Pemasaran” secara PERCUMA di forum WC. Tiada yuran sebanyak USD2 dikenakan untuk membuka topik.
  4. Diskaun 66% untuk topik sticky = hanya USD1 (harga asal USD3) sahaja untuk menjadikan iklan topik anda sticky.
  5. Diskaun sebanyak 66% untuk pengiklanan banner, hanya USD2.30 @ RM7 sahaja untuk pengiklanan banner selama seminggu bagi ahli WC300.
  6. Diskaun 70% untuk advertorial , hanya USD5 @ RM15 sahaja bagi setiap advertorial untuk ahli WC300.
  7. Cabaran WC yang menawarkan hadiah-hadiah menarik serta perkongsian “ilmu esklusif” , akan diadakan semula dan kini.. ia hanya terbuka kepada ahli WC300 sahaja.
  8. Diskaun-diskaun menarik bagi produk-produk WC yang akan datang seperti ebook, t-shirt, seminar dan sebagainya
  9. Peluang-peluang JV yang lebih besar sesama ahli.
  10. Jemputan untuk menyertai perjumpaan secara tertutup dan juga gathering sesama ahli WC300.

Sekarang, cuba anda bandingkan kelebihan menjadi WC300 dengan ahli biasa.

wc300

Yuran pendaftaran hanya RM47 setahun atau RM4 sebulan! Bukankah ianya berbaloi? Selain ilmu perniagaan internet yang bakal anda perolehi, anda juga mempunyai ruang ekslusif tersendiri selain diskaun harga yang menarik!

Tunggu apa lagi, daftar sekarang disini!

p/s : Peluang ini datang hanya setahun sekali, rugi jika anda lepaskannya!

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..

 

Menjejaki kebebasan kewangan,



Support 24 Jam | Kaedah Alternatif Usahawan Internet

6 03 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, hari ini saya telah pun selesai update version wordpress terbaru setelah 30 hari ia dilancarkan. Agak terlewat sedikit saya update, walaubagaimanapun semuanya berjalan dengan lancar.

Sebelum saya bercerita mengenai kaedah alternatif terbaru (sebenarnya taklah baru sangat) bagaimana usahawan internet boleh memberikan support 24 jam kepada pelanggan tanpa memerlukan talian internet, suka saya maklumkan kepada anda bahawa saya telah menyediakan satu ruang khas yang “terhad” untuk meletakkan iklan di blog ini.

Cuba lihat sidebar di sebelah kanan, anda boleh letakkan iklan bersaiz 100 x 90 pada harga RM5.00 sebulan (cukup murah). Purata pengunjung yang melayari blog ini adalah sekitar 1,000 pengunjung sebulan. Bayangkan, jika 10% daripada pengunjung tersebut klik iklan anda, dengan mudah anda memperolehi 100 pengunjung sebulan. Jika 10 pengunjung daripada jumlah tersebut (10% juga) berminat dengan produk anda, secara tak langsung anda telah menjual 10 unit kepada mereka. Rm5.00 adalah berbaloi untuk anda laburkan! :-)

Untuk tempahan iklan, sila klik link “tempah disini” di ruangkan iklan tersebut.

==========================
Support 24 Jam Tanpa Talian Internet
=========================

Jika anda perhatikan sidebar disebelah kanan atas, saya memberikan support 24 jam sentiasa ONN kepada pelanggan saya melalui Yahoo Mesengger (YM). Tentu anda sedikit hairan bukan, bagaimana saya boleh tawarkan servis tersebut. :-D

Sebenarnya saya telah menggunakan servis YM for SMS yang telah disediakan oleh pihak Yahoo!. Servis ini amat sesuai kepada usahawan internet yang sering berurusan dengan pelanggan mereka melalui YM.

Jika dahulu anda perlu berurusan dengan pelanggan secara online dan terpaksa duduk di depan komputer setiap masa, tetapi dengan servis YM for SMS ini, anda boleh chat dengan pelanggan di mana sahaja anda berada hanya dengan menggunakan SMS. Ya! Ianya begitu mudah sekali.

Soalnya, bagaimana ia berfungsi?

Begini caranya. Andaikan seorang pelanggan anda telah ONN kan YM untuk berurusan dengan anda. Anda pula berada di luar talian tetapi ID YM anda telah berfungsi untuk menerima SMS. Paparan yang muncul disebelah ID YM anda ialah “I’m on SMS”. Apabila pelanggan anda tadi menghantar mesej (chat), secara automatik anda akan menerima SMS daripada pelanggan tersebut. Anda boleh balas mesej (chat) tersebut seperti mana anda menghantar SMS. Mudah bukan? :-D

Untuk menggunakan servis YM for SMS ini, anda akan dikenakan caj sebanyak RM0.20/RM0.30 bagi setiap mesej (SMS) yang anda hantar. Bagi SMS yang diterima, tiada sebarang caj dikenakan. Tiada caj tersembunyi! Caj tersebut berbeza bagi setiap telco. Bagi Celcom dan Maxis, caj sebanyak RM0.30 bagi setiap SMS, manakala Digi pula mengenakan caj sebanyak RM0.20 bagi setiap SMS.

Kepada usahawan internet yang sering keluar bertugas (out station), anda tidak perlu bimbang lagi mengenai setiap tempahan atau urusan yang memerlukan pelanggan menghubungi anda secara online. Gunakanlah YM for SMS. Anda juga tidak perlu mendedahkan no hp peribadi anda kerana servis YM for SMS menghalang “chatters” melihat no hp tersebut. ;-)

Untuk mendapatkan info lebih lanjut cara menggunakan YM for SMS ini, sila layari web Yahoo di http://asia.mobile.yahoo.com/. Semoga kaedah alternatif ini memberikan manfaat yang besar kepada usahawan internet.

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..

 

Menjejaki kebebasan kewangan,



Pemenang Top Traffik KrisisWang.com | Hadiah Bernilai RM90 beserta Ebook

3 03 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Akhirnya, pertandingan Top Traffik KrisisWang.com telah pun berakhir pada 29 Febuari 2008 minggu lepas. Alhamdulillah, sebanyak 17,472 request page telah dihasilkan oleh para peserta yang telah memenangi pertandingan ini, tidak termasuk enjin carian.

Bagi 3 orang pemenang utama akan menerima wang tunai dan juga ebook percuma iaitu “How to Set Up Family Budget”. Manakala bagi para peserta yang tidak berjaya pula akan menerima ebook percuma tersebut! Syabas di ucapkan. Di bawah ini adalah senarai blog para pemenang. :-)

1. http://www.abdfatah.com/ - RM40 + ebook Percuma (16092 req)
2. http://www.mohdhilmi.com/ - RM30 + ebook Percuma (664 req)
3. http://firdausblogspot.com/ - RM20 + ebook Percuma (459 req)

Manakala penerima untuk saguhati ialah :

1. http://www.ebookpercuma.com/ - (189 req)
2. http://www.mohdabdhalim.com/ - (37 req)
3. http://www.earncent.com/ - (31 req)

Tambahan hadiah kepada para pemenang, “Sistem Pengurusan Kewangan” akan diberikan secara PERCUMA kepada anda (sedang dalam pembikinan). :-)

Sila hubungi saya untuk tuntutan hadiah tersebut dalam masa yang terdekat atau saya akan hubungi anda kemudian.

p/s : Bagi anda yang belum mendapatkan ebook “Panduan Menghadapi Krisis Kewangan” sila dapatkannya disini!

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..

 

Menjejaki kebebasan kewangan,