Ketahui Teknik Menghadapi Krisis Kewangan Dengan Panduan Percuma! Klik Disini Untuk Dapatkannya Sekarang!
Powered by MaxBlogPress  

Ini Satu Penipuan | Helah Digunakan Untuk Mengaburi Pengguna

24 04 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Celoteh saya pada pagi ini mungkin agak keras sedikit dan ia menjurus kepada skim Gores dan Menang yang ditawarkan oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk menipu orang ramai. 

Sebagaimana yang kita maklum, kerajaan telah mengharamkan skim Gores dan Menang ini kerana kebanyakkan syarikat-syarikat yang terlibat telah menipu beribu-ribu orang melibatkan kerugian beribu-ribu ringgit! Sehingga Jun 2007, sebanyak 3,528 kes saman telah difailkan dan 718 aduan telah diterima tanpa sebarang tindakan yang boleh diambil kerana pengguna tertipu sewaktu menandatangani kontrak sebagai “Pemenang Hadiah”.

AMARAN DAN AWAS!!
==================

Setelah kerajaan mengharamkan skim Gores dan Menang ini, beberapa syarikat yang terlibat telah menukar taktiknya. Jika dulu anda perlu mengores kupon untuk melihat apa hadiah yang bakal anda perolehi, tetapi kali ini anda hanya perlu membuat cabutan bertuah!

Kandungan kertas cabutan bertuah tidak menyatakan hadiah yang anda bakal perolehi, tetapi mempunyai label warna tertentu yang hanya boleh disemak di pejabat mereka. Anda akan dibawa ke pejabat untuk melihat hadiah tersebut. Sebelum anda boleh melihat hadiah yang bakal anda perolehi, anda dikehendaki mengisi beberapa borang termasuk anda di minta untuk memberikan kad bank atas alasan untuk melihat status baki yang anda miliki!

Sebenarnya anda ditipu! Tujuan mereka sebenarnya bukan melihat baki, tetapi memotong terus duit anda dengan jumlah tertentu dan anda tidak sedar duit di dalam bank anda telah pun dipotong secara automatik! Setelah itu, barulah mereka memaklumkan jenis bayaran yang dikenakan.

Bayaran tersebut adalah seperti cukai kerajaan, caj dan sebagainya sehingga berjumlah beribu-ribu ringgit! Kemudian barulah anda dibenarkan untuk melihat hadiah tersebut melalui satu “scanner” ke atas label warna yang anda perolehi. Apa yang menyedihkan, hadiah tersebut tidaklah seberapa!

Kepada anda dan pengunjung blog ini, berhati-hatilah dengan taktik yang digunakan. Syarikat Gores dan Menang ini mempunyai pelbagai cara untuk menipu orang ramai! Jangan sesekali anda di tipu oleh mereka!

Jika anda pernah ditawarkan hadiah atau cabutan bertuah, dan ragu-ragu dengan operasi mereka, sila hubungi terus Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melalui email : e-aduan@kpdnhep.gov.my atau talian bebas tol : 1-800-886-800  atau SMS terus ke 32255.

Semoga apa yang berlaku kepada mangsa-mangsa penipuan Gores dan Menang ini di beri pengajaran sepenuhnya oleh pihak yang berwajib!

Sekian,
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,



Buat Duit Dengan Forex | Teknik dan Strategi Melabur

18 04 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama sekali saya memohon maaf kepada semua pelanggan saya kerana lewat menghantar produk yang dipesan. Saya sebenarnya outstation selama beberapa hari dan tak sempat untuk melihat semua pesanan sekaligus. Tambahan pula banyak pesanan yang saya terima. Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada anda yang sentiasa menunggu update terbaru dari blog saya. :-)

Hari ini saya nak kongsikan satu topik yang amat menarik. Saya lihat di mana-mana laman web, banyak di bincangkan mengenai Forex ini. Malah ada yang menganjurkan bengkel dan menjual ebook berkaitan dengan Forex pada harga beratus-ratus ringgit. Ini termasuklah juga sistem auto yang dikenali sebagai Expert Advisors (EA).

Mengapa Forex menjadi pilihan sebilangan pengunjung internet? Sudah tentulah kerana Forex boleh memberikan keuntungan kepada mereka dalam masa yang singkat! Oleh kerana itu Forex ini mempunyai risiko yang agak tinggi. Jika untung besar, peluang untuk rugi juga adalah besar. Persoalannya sekarang, adakah Forex ini HALAL?? Jom kita lihat pengesahan dari Mufti Negeri Perak.

Surat Mufti

Jika sebelum ini anda ragu-ragu dengan Forex, sekarang ianya sudah disahkan oleh Mufti Negeri Perak bahawa Forex ini adalah halal. :-)

Sebelum saya bercerita mengenai Forex ini, saya ingin mengajak anda melihat hasil dari pelaburan Forex saya di bawah ini.

Hasil Forex

Berdasarkan apa yang anda lihat di atas saya telah memperolehi keuntungan sebanyak USD2.73 dengan hanya menggunakan modal sebanyak USD1.00. Jumlah pips yang saya perolehi ialah sebanyak 275 pips hijau. Saya menggunakan modal yang kecil, sebab itulah keuntungan yang saya terima juga adalah kecil.

Saya masih lagi belajar cara melabur yang paling baik melalui Forex ini menggunakan Live Account dan bukannya Demo Account. Pada saya jika mahu belajar mengawal emosi dan memupuk sifat sabar, elok menggunakan Live Account berbanding Demo Account. Ini kerana Live Account adalah duit kita sendiri dan kita akan cuba untuk elak dari rugi dan di telan margin. Berbanding dengan Demo Account, duit adalah duit maya. Jika rugi anda tidak akan terasa apa-apa. Ini pendapat saya. Mungkin pendapat anda berbeza.

Baiklah, apa teknik yang saya gunakan untuk mendapat 275 pips hijau seperti gambar di atas?

Saya sebenarnya melabur menggunakan Marketiva tetapi merujuk kepada indicator KuasaForex dan Teknik Forex H1 yang dipasang pada terminal Metatrader. Untuk entry market, saya gunakan Teknik Forex H1. Manakala untuk target profit dan stop loss saya merujuk pada Resistant dan Support yang terdapat pada KuasaForex. Seterusnya untuk exit market, saya gunakan Teknik Forex H1 dan Bollinger Bands.

Kesimpulannya, untuk melabur di dalam Forex beberapa perkara perlu di beri perhatian iaitu :

  1. Kawal emosi
  2. Sabar dan jangan terburu-buru
  3. Entry market bila anda benar-benar yakin
  4. Jika ragu-ragu, elak dari entry market
  5. Labur di tahap anda berasa selesa
  6. Labur hanya sekitar 30% dari modal
  7. Biar untung kecil tapi konsisten
  8. Money management

Itu sahaja untuk hari ini. Jika anda ada pandangan dan pendapat yang ingin di kongsi bersama mengenai Forex, boleh postkan komen di dalam blog ini. InsyaAllah pada masa akan datang saya akan bercerita lebih mengenai Forex.

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,



Mari Kenali Pengurusan Kewangan Pasangan Anda

8 04 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Minggu lepas saya hanya sempat post kan satu topik sahaja. Ini semua gara-gara saya agak sibuk dengan urusan di pejabat selain dari kerja-kerja teknikal perniagaan internet. Maklumlah, kerja di pejabat memerlukan perhatian yang lebih teliti memandangkan tugas saya menguruskan 2 akaun utama syarikat.

Baik, topik kali ini berkenaan dengan pengurusan kewangan pasangan anda. Ia lebih kepada mereka yang telah berkeluarga. Saya memilih topik ini kerana ia agak jarang di bincangkan walaupun ianya merupakan satu isu yang amat penting pada hari ini.

Kahwin

Jom kita lihat antara situasi yang mungkin pernah berlaku kepada diri anda :

“Aku cukup bengang dengan bini aku. Setiap bulan hampir separuh dari wang gaji bulanan kami habis hanya semata-mata untuk membeli kasut baru. Aku takut kalau-kalau tabiat isteri aku ni akan menyebabkan kami menghadapi krisis kewangan kelak…”

dan satu lagi situasi..

“Semasa aku baru je kahwin dengan suami aku, suka juga melihat kereta kami di ubahsuai, maklumlah masa tu berdarah muda. Tapi sejak ada dua orang anak ni, makin menjadi-jadi pula hobi suami aku tu. Banyak duit simpanan kami digunakan hanya untuk menjadikan kereta kami lebih hebat dan cantik. Entah macam mana nasib kami kelak bila simpanan kami habis…”

Dua situasi di atas merupakan luahan yang boleh dikatakan biasa kita dengar. Konflik kewangan di kalangan pasangan memang wujud. Ada pasangan yang telah berkahwin bertahun-tahun tetapi hanya berbincang mengenai hal kewangan apabila timbul krisis kewangan yang sepatutnya di elakkan dari awal-awal lagi.

Jadi, apakah cara yang terbaik untuk anda yang telah berkahwin bagi memastikan pengurusan kewangan anda dan pasangan anda berjalan dengan baik? Berikut adalah beberapa cadangan yang praktikal boleh anda lakukan.

budget

  • Salah seorang daripada anda sepatutnya memberanikan diri untuk bertanya dan berbincangan mengenai hal-hal kewangan.
  • Tanya kepada pasangan anda mengenai corak dan tabiat kewangannya seperti cara perbelanjaan, tanggungan hutang dan sejauh mana pasangan anda tahu mengenai pelaburan.
  • Beli dan bacalah buku-buku mengenai pengurusan kewangan atau berjumpalah dengan pakar perancangan kewangan untuk memperbaiki corak anda dan pasangan menguruskan kewangan.
  • Bincangkan juga tentang impian kewangan anda serta bagaimana anda dan pasangan mahu menghadapi waktu-waktu persaraan kelak.
  • Bincangkan juga cara-cara bagaimana mahu meningkatkan hasil pendapatan dan bagaimana cara yang terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan serta banyakkan menyimpan untuk masa depan.
  • Soal yang paling penting sekali ialah bagaimana anda dan pasangan anda boleh melindungi diri dan keluarga sebagai jaminan apabila berlakunya musibah yang tidak dapat dielakkan. Maksud saya ialah perlindungan dari segi insurans seperti insurans perubatan, kemalangan dan sebagainya.
  • Bahagikan tanggungjawab menguruskan kewangan dan elakkan dari hanya seorang sahaja yang menguruskan kewangan.

Kesimpulannya, mahu atau tidak anda perlu menetapkan satu hari untuk “meeting” bersama pasangan anda di mana anda dan pasangan anda boleh menyedarkan diri mengenai status kewangan masing-masing.

Pilihlah satu masa yang sesuai. Berbincanglah secara baik dengan pasangan anda. Jangan asyik menonton TV dan Video sahaja. Apa yang penting ialah bersikap jujur, terbuka dan sanggup menerima hakikat walaupun pahit. Ingatlah! Ini adalah untuk kebaikan dan kebahagiaan masa depan anda dan anak-anak.

p/s : Kadang-kadang kita takut untuk meluahkan sesuatu kerana khuatir pasangan tidak dapat menerima kelemahan yang ada.

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,



Belajar Sistem Penjanaan Duit Di Internet Melalui JomSeminar.com

7 04 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jika sebelum ini anda mungkin tercari-cari “mentor perniagaan internet” yang tersohor dan berkaliber untuk mempelajari cara yang sebenar membina perniagaan internet dan kaedah yang terbaik, mudah, ringkas, selamat dan terbukti berkesan serta memberikan anda pelbagai pendapatan tambahan, inilah masanya!!

Anda kini tidak perlu lagi membayar kos yang mahal hanya untuk belajar dari seorang mentor perniagaan internet, dengan yuran yang murah dan berpatutan anda akan dapat belajar secara “personal touch” dari 5 orang mentor yang HEBAT!!

Semua ini anda boleh perolehi dengan menyertai seminar pendapatan internet yang dianjurkan oleh JomSeminar.com!!

Logo

5 orang mentor yang akan mengajar anda mengenai cara menceburi perniagaan internet bukanlah calang-calang mentor! Mereka ini pernah di temuramah oleh beberapa akhbar tempatan yang utama di Malaysia! Mereka ialah :

  1. Gobala Krishnan : Merupakan seorang blogger dan internet marketer yang bukan setakat terkenal di Malaysia, malah di luar negara juga!
  2. Fuad Latif : Salah seorang usahawan internet terawal di Malaysia dan pernah menulis buku “15 Cara Efektif Internet Marketing” terbitan PTS Professional.
  3. Alang : Terkenal dengan business directory dan telah ditemuramah oleh Kosmo. Beliau juga merupakan usahawan internet sepenuh masa
  4. Yusri : Pakar dalam programmer dan salah seorang usahawan internet dalam Affiliate Marketer.
  5. Syed Ikhwan : Merupakan seorang usahawan internet yang pakar dalam Google Adsense dan melatih para pesertanya secara “personal coaching” melalui Yahoo Mesengger!

jomseminar

Kelima-lima mentor ini telah berjaya membina perniagaan internet dengan cara masing-masing dan memperolehi pendapatan sehingga 5 angka sebulan! Jika mereka boleh, anda juga sudah tentu boleh berjaya seperti mereka dengan ilmu dan kemahiran yang akan anda pelajari di JomSeminar.com!

Seminar Pendapatan Internet anjuran JomSeminar.com akan diadakan seperti berikut :

Tema    : Multiple Streams Of Online Income

Modul   : Pelbagai kaedah membuat duit daripada internet samada untuk pendapatan aktif, pasif atau sampingan.

Tarikh  : 10hb Mei 2008 (Sabtu)

Masa      : 9 pg -5 ptg (8 jam)

Lokasi   : Hotel Armada, Petaling Jaya

Yuran    : RM 479

Untuk mendaftar, anda boleh mengisi borang di JomSeminar.com atau hubungi Syed Ikhwan  di talian 013-3936460  atau emailkan ke syed_ikhwan[a]yahoo.com.

Oh ya! Keahlian JomSeminar.com adalah SANGAT TERHAD. Pada bila-bila masa ianya akan di tutup serta merta tanpa sebarang notis. Mungkin ini adalah peluang terakhir anda dan mungkin juga anda tidak akan berpeluang belajar daripada mereka selepas ini!

Cepat! Daftarkan diri anda di JomSeminar.com hari ini juga!

p/s : “First come, first serve”

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,



Siapa Lagi Yang Mahu Belajar Buat Duit??

1 04 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, sepanjang bulan Mac 2008 ini, banyak perkara yang telah saya lakukan terutamanya dari segi promosi. Oh! ini bukanlah promosi produk digital tetapi promosi untuk menarik lebih banyak traffik ke blog saya. :-)

Setakat ini, saya masih belum berpuas hati dari segi traffik yang saya perolehi kerana ia belum mencapai target yang saya inginkan. Walau bagaimanapun saya amat gembira kerana kesan yang saya perolehi ialah peningkatan dari segi sales & pendapatan dari internet. Lihat traffik yang saya perolehi sepanjang tahun 2008.

statistik

Baiklah, berbalik kepada tajuk post hari ini, siapa lagi yang nak belajar buat duit, sila angkat tangan!! (saya… saya… saya…).

Jika saya bertanya soalan di atas kepada 10 orang, tangan yang mengangkat adalah 20! Wow.. ramainya! Sebabnya kedua-dua belah tangan di angkat.. :-) Apa yang saya maksudkan ialah semua orang mahu belajar untuk buat duit tidak terkecuali anda juga. Berikut adalah sedikit hint sales dari salah satu produk yang saya jual.

sales

Tapi, bagaimana caranya nak buat duit dari internet ni?? Inilah yang menjadi persoalan sekarang. Jika anda perhatikan banyak laman web jualan yang menawarkan produk digital cara untuk buat duit melalui internet dan kebiasaannya pelanggan yang membaca produk digital tersebut perlu memiliki laman web sendiri!

Akhirnya mereka mengalah dan tidak mempraktikkan cara buat duit tersebut kerana tiada kemahiran untuk membina laman web sendiri. Jika hendak mengupah designer sekalipun kosnya agak mahal sehingga lebih dari RM1,000 kerana web jualan yang diinginkan di lengkapi dengan borang tempahan, opt-in dan autoresponder!

Inilah yang dikatakan produk digital tidak membantu newbie, kerana mereka tidak mahir akan perkara asas! (Opss… produk digital yang saya maksudkan ialah cara buat duit yang memerlukan pelanggan membina laman web sendiri.. jangan salah faham yer..)

Jika anda salah seorang yang tidak mahir membina laman web, anda tidak perlu gusar dan risau lagi. Salah seorang usahawan internet dari Sabah telah memudahkannya untuk anda!

Beliau ialah Bearnerd Bondly a.k.a Bearnerd….

Apa produk yang dipasarkan oleh beliau?? Sebenarnya ia adalah satu produk yang sangat-sangat diperlukan oleh anda untuk berjaya di dalam perniagaan internet. Produk tersebut ialah :

Panduan Web : Cara membina laman web yang lengkap dalam masa 1 jam!! Sila klik disini.

Pakej yang disediakan oleh Bearnerd ialah template laman web, borang tempahan, opt-in, bonus perisian autoresponder dan pelbagai perisian lain yang dapat membantu anda menghasilkan laman web profesional! Apa yang anda hanya perlukan ialah KLIK, EDIT dan SIAPLAH..!! Sungguh Mudah!

Jika anda benar-benar mahu membina perniagaan internet dan buat duit dengan cara yang betul sila dapatkan Panduan Asas Membina Laman Web disini! Atau anda juga boleh klik banner yang berada di sidebar sebelah atas!

Selamat berjaya buat duit dari internet!

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,