Buat Duit Dengan Forex | Teknik dan Strategi Melabur
18 04 2008Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pertama sekali saya memohon maaf kepada semua pelanggan saya kerana lewat menghantar produk yang dipesan. Saya sebenarnya outstation selama beberapa hari dan tak sempat untuk melihat semua pesanan sekaligus. Tambahan pula banyak pesanan yang saya terima. Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada anda yang sentiasa menunggu update terbaru dari blog saya.
Hari ini saya nak kongsikan satu topik yang amat menarik. Saya lihat di mana-mana laman web, banyak di bincangkan mengenai Forex ini. Malah ada yang menganjurkan bengkel dan menjual ebook berkaitan dengan Forex pada harga beratus-ratus ringgit. Ini termasuklah juga sistem auto yang dikenali sebagai Expert Advisors (EA).
Mengapa Forex menjadi pilihan sebilangan pengunjung internet? Sudah tentulah kerana Forex boleh memberikan keuntungan kepada mereka dalam masa yang singkat! Oleh kerana itu Forex ini mempunyai risiko yang agak tinggi. Jika untung besar, peluang untuk rugi juga adalah besar. Persoalannya sekarang, adakah Forex ini HALAL?? Jom kita lihat pengesahan dari Mufti Negeri Perak.

Jika sebelum ini anda ragu-ragu dengan Forex, sekarang ianya sudah disahkan oleh Mufti Negeri Perak bahawa Forex ini adalah halal.
Sebelum saya bercerita mengenai Forex ini, saya ingin mengajak anda melihat hasil dari pelaburan Forex saya di bawah ini.
Berdasarkan apa yang anda lihat di atas saya telah memperolehi keuntungan sebanyak USD2.73 dengan hanya menggunakan modal sebanyak USD1.00. Jumlah pips yang saya perolehi ialah sebanyak 275 pips hijau. Saya menggunakan modal yang kecil, sebab itulah keuntungan yang saya terima juga adalah kecil.
Saya masih lagi belajar cara melabur yang paling baik melalui Forex ini menggunakan Live Account dan bukannya Demo Account. Pada saya jika mahu belajar mengawal emosi dan memupuk sifat sabar, elok menggunakan Live Account berbanding Demo Account. Ini kerana Live Account adalah duit kita sendiri dan kita akan cuba untuk elak dari rugi dan di telan margin. Berbanding dengan Demo Account, duit adalah duit maya. Jika rugi anda tidak akan terasa apa-apa. Ini pendapat saya. Mungkin pendapat anda berbeza.
Baiklah, apa teknik yang saya gunakan untuk mendapat 275 pips hijau seperti gambar di atas?
Saya sebenarnya melabur menggunakan Marketiva tetapi merujuk kepada indicator KuasaForex dan Teknik Forex H1 yang dipasang pada terminal Metatrader. Untuk entry market, saya gunakan Teknik Forex H1. Manakala untuk target profit dan stop loss saya merujuk pada Resistant dan Support yang terdapat pada KuasaForex. Seterusnya untuk exit market, saya gunakan Teknik Forex H1 dan Bollinger Bands.
Kesimpulannya, untuk melabur di dalam Forex beberapa perkara perlu di beri perhatian iaitu :
- Kawal emosi
- Sabar dan jangan terburu-buru
- Entry market bila anda benar-benar yakin
- Jika ragu-ragu, elak dari entry market
- Labur di tahap anda berasa selesa
- Labur hanya sekitar 30% dari modal
- Biar untung kecil tapi konsisten
- Money management
Itu sahaja untuk hari ini. Jika anda ada pandangan dan pendapat yang ingin di kongsi bersama mengenai Forex, boleh postkan komen di dalam blog ini. InsyaAllah pada masa akan datang saya akan bercerita lebih mengenai Forex.
Sekian.
Wassalam.
Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS
Menjejaki kebebasan kewangan,
































great post!
memang dah lama nak cari laman yang bleh bagi tunjukajar hal-hal forex nih! skang tengah blajar btul2 hal blog, then adsense, then affiliate… then forex! this is a a must come everyday blog! thanks Encik Dlie!
[…] saya jumpa is: KuasaForex.com khairulmkn.com dan teknikKhairulmkn FX documents DuniaFX.com En. Dlie - petuaJimatDuit.com JutawanForex.com Ahmad Zainal lain2… ader lagi tak… __________________ […]
kalau pakai marketiva, mudah aje. Aku dari 5 dollar tu. Jadi 40 dollar dalam 1-2 bulan. Memang lembab gila sebab modal ciput. Tapi aku still tak berani lagi layan modal besar. Ehm..sekarnag just belajar dan terus belajar.
tahniah…laman web anda berada pada kedudukan TOP 10 dalam Google dengan keyword niche “buat duit dengan forex”
Tahniah saya ucapkan.