Ebook Anda Dicuri? Selamatkan dengan Sistem e-Protetc!! - Diyakini Fully Protector!
Powered by MaxBlogPress  

Perkembangan Terkini | Web Panduan Forex Percuma

29 05 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, laman web Panduan Forex Percuma telah pun siap dan menunggu masa untuk di lancarkan pada minggu hadapan iaitu pada hari Isnin bersamaan 2 Jun 2008. Di harapkan anda dapat menunggu dan bagi subcribers saya, saya akan memaklumkannya melalui email.

Minggu ini tiada post baru daripada saya melainkan post hari ini kerana keadaan saya yang kurang sihat. Untuk makluman, saya telah mengalami demam panas selama 2 hari, jadi kerja-kerja berkaitan perniagaan internet terpaksa saya tangguhkan sementara waktu.

Berbalik kepada laman web Panduan Forex Percuma tadi, di bawah ini adalah paparan utama laman web tersebut…

Web Forex

Kepada para pembaca dan juga peminat setia blog saya ini, terima kasih atas cadangan dan pandangan yang telah anda berikan mengenai isi kandungan laman web Panduan Forex Percuma ini. InsyaAllah, mudah-mudahan laman web ini nanti sedikit sebanyak dapat membantu newbie yang baru melibatkan diri dalam forex.

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,



Panduan Forex Percuma | Projek Baru

22 05 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lama juga saya menyepi akhir-akhir ini. Sebenarnya saya baru sahaja balik dari outstation 2 hari lepas. Awal bulan ini agak sibuk jugalah dengan kerja-kerja di pejabat. Alhamdulillah, setakat ini banyak kerja yang dah siap. :-)

Post kali ini pendek sahaja. Saya sedang mengusahakan sebuah web mengenai Forex yang mana kandungannya lebih kepada pembelajaran dan signal-signal PERCUMA. InsyaAllah ia akan di lancarkan dalam masa terdekat. Kerja-kerja penambahbaikan sedang dilakukan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada minggu hadapan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pendapat dan cadangan mengenai laman web yang bakal siap ini nanti, silalah kemukakan kepada saya sama ada melalui email ataupun di dalam blog ini.

Untuk pengetahuan anda, isi kandungan laman web ini menjurus kepada teknik-teknik forex yang sering saya gunakan dan saya juga telah menyediakan tutorial bagi menggunakan teknik tersebut. Selain itu, anda juga berpeluang untuk mendapat signal-signal PERCUMA setiap hari dan menjadikannya sebagai rujukan asas kepada anda.

Jadi, sebarang cadangan daripada anda amatlah di alu-alukan.

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,



Jual Prepaid Masih Lakukah? | Potensi Pendapatan Dari Handphone

15 05 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya nak berkongsi salah satu dari jenis perniagaan yang saya ceburi dan telah berjaya menghasilkan pendapatan sampingan. Sebagaimana tajuk di atas, tentu anda sedia maklum bahawa perniagaan yang saya maksudkan ialah perniagaan jualan topup prepaid.

Sebenarnya saya telah menjual topup prepaid sejak penghujung tahun 2006 dan berpuas hati dengan servis serta keuntungan yang diberikan. Namun, disebabkan keuntungannya dikurangkan beberapa kali dalam tempoh setahun bagi setiap topup prepaid dan tiada topup prepaid untuk Digi, maka pada awal tahun ini saya telah beralih kepada perkhidmatan yang lain.

Perkhidmatan yang saya maksudkan ialah MobileWallet. Sehingga hari ini, saya amat berpuas hati dengan servis yang diberikan. Keuntungan jualan topup prepaid diberikan serta merta, selain dapat mengumpul Loyalti Point yang dibawa dari bulan ke bulan hadapan. Adanya Loyalti point ini, anda boleh menukarkan mata tersebut dengan barangan yang lain! Macam BonusLink la.. :-)

mobilewallet

Selain dari jualan topup prepaid, anda juga boleh membayar bil utiliti seperti bil elektrik, air, telekom, astro dan sebagainya. Sungguh mudah! Anda hanya perlu taip SMS dan hantar ke server Mobile Wallet. Automatik bil anda telah pun dibayar serta merta.

Kelebihan yang ada pada Mobile Wallet ini ialah, anda boleh cetak resit berdasarkan transaksi yang telah anda lakukan seperti bayaran bil. Untuk mencetak resit, anda hanya perlu masuk (login) ke dalam laman web ahli.

Berikut adalah keuntungan bagi setiap telco prepaid :

  1. Celcom 10 : RM0.35 @ eReload Celcom 10 : RM0.21
  2. eReload Maxis 10 : RM0.28
  3. eReload Digi 10 : RM0.07

Untuk keuntungan topup bagi nilai RM20, RM30, RM50, RM60 dan RM100 anda hanya perlu darabkan sahaja. Contohnya jika topup Celcom RM30, keuntungannya RM0.35 x 3 = RM1.05 atau jika eReload Celcom 30, keuntungannya RM0.21 x 3 = RM0.63.

Untuk mendaftar sebagai agen Mobile Wallet, bayaran adalah sebanyak RM58 untuk keahlian seumur hidup. Dibawah ini adalah gambarajah cara-cara pendaftarannya :

Daftar

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Mobile Wallet ini di laman web berikut : www.mobilewallet2u.com, dan bagi ahli yang telah berdaftar dan membuat bayaran RM58, sila login di laman web ahli iaitu : http://www.cww.com.my/member/.

Selamat maju jaya….! :-)

p/s : Gunakanlah kesempatan ini untuk menjana pendapatan sampingan melaui telefon bimbit dengan cara yang cukup mudah dan senang!

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,



Kenaikan Harga Beras | Pendapat Pembaca

9 05 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenaikan harga beras tempatan dan juga import yang naik secara mendadak. Ramai di kalangan kita merungut dan mempersoalkan tindakan pihak-pihak tertentu dan tidak kurang juga menyalahkan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab.

Saya tidak bercadang untuk mengulas lanjut mengenai kenaikan harga barangan ini, tetapi apa yang saya mahu sampaikan ialah mengenai persediaan yang perlu anda lakukan sebagai rakyat Malaysia untuk menghadapi masalah seperti ini.

Sebenarnya saya sendiri telah mengeluarkan sebuah ebook yang bertajuk “Panduan Menghadapi Krisis Kewangan” sejak bulan Januari 2008 yang lalu. Ebook ini adalah PERCUMA sahaja dan anda tidak perlu membayar sesen pun untuk mendapatkan ebook ini. :-)

KrisisWang.com

Alhamdulillah, dengan kelahiran ebook ini saya rasa bersyukur sangat kerana sedikit sebanyak dapat membantu segolongan daripada rakyat Malaysia cara bagaimana untuk berdepan dengan situasi krisis kewangan sebagaimana telah berlakunya krisis bekalan beras yang telah menjejaskan perbelanjaan harian kita.

Saya banyak menerima email dari para pembaca dan tidak putus-putus mengucapkan ribuan terima kasih kepada saya mengenai ebook “Panduan Menghadapi Krisis Kewangan” ini. Tidak kurang juga yang bercerita mengenai masalah masing-masing dan perubahan yang berlaku hasil dari intipati dan ilmu yang diperolehi daripada ebook ini.

Bukan saya mahu membanggakan diri, TIDAK! Tetapi saya cukup seronok kerana ebook ini dapat membantu ramai pembaca. Jika anda belum memiliki ebook “Panduan Menghadapi Krisis Kewangan” ini, silalah ke laman web saya iaitu www.krisiswang.com.

Tips saya untuk anda pada hari ini ialah :

“Lakukanlah persediaan sebelum tibanya kesengsaraan. Contohilah Nabi Yusuf yang memerintahkan rakyatnya bercucuk tanam selama 7 tahun dan menyimpan sedikit dari hasilnya untuk keperluan semasa berlakunya kemarau yang dahsyat.”

Nabi Yusof sendiri menggalakkan umatnya menyimpan sedikit dari hasil yang diperolehi untuk kegunaan masa akan datang. Samalah halnya dengan saya dan anda juga yang perlu menyimpan sedikit wang gaji setiap bulan untuk keperluan masa akan datang. Jadikanlah peristiwa lepas sebagai pengajaran berguna untuk kita.

p/s : Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. :-)

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,