Panduan Forex Percuma | Projek Baru
22 05 2008Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Lama juga saya menyepi akhir-akhir ini. Sebenarnya saya baru sahaja balik dari outstation 2 hari lepas. Awal bulan ini agak sibuk jugalah dengan kerja-kerja di pejabat. Alhamdulillah, setakat ini banyak kerja yang dah siap.
Post kali ini pendek sahaja. Saya sedang mengusahakan sebuah web mengenai Forex yang mana kandungannya lebih kepada pembelajaran dan signal-signal PERCUMA. InsyaAllah ia akan di lancarkan dalam masa terdekat. Kerja-kerja penambahbaikan sedang dilakukan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada minggu hadapan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pendapat dan cadangan mengenai laman web yang bakal siap ini nanti, silalah kemukakan kepada saya sama ada melalui email ataupun di dalam blog ini.
Untuk pengetahuan anda, isi kandungan laman web ini menjurus kepada teknik-teknik forex yang sering saya gunakan dan saya juga telah menyediakan tutorial bagi menggunakan teknik tersebut. Selain itu, anda juga berpeluang untuk mendapat signal-signal PERCUMA setiap hari dan menjadikannya sebagai rujukan asas kepada anda.
Jadi, sebarang cadangan daripada anda amatlah di alu-alukan.
Sekian.
Wassalam.
Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS
Menjejaki kebebasan kewangan,
































Menarik projek ni Dlie. Boleh la belajar dari sini forex ni kat sini.