Perempuan, Wanita dan Wang
26 06 2008Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Lama benar saya tidak menulis post yang baru. Terlalu banyak kekangan masa dan kerja-kerja di luar yang perlu saya selesaikan selain “outstation” beberapa kali bulan ini. Kepada pengunjung setia blog ini, saya mohon maaf kerana ternanti-nanti post terbaru dari saya.
Topik kali ini lebih menjurus kepada kaum wanita atau perempuan. Sebelum anda membacanya sehingga habis, saya mohon maaf jika ada yang terasa dengan tulisan saya ini. Apa yang saya sampaikan adalah realiti dan berlaku dalam hidup anda.
Apa yang saya ingin sampaikan ialah tidak ramai kaum wanita yang mengambil berat mengenai pengurusan kewangan mereka dan rata-ratanya bergantung hidup kepada si suami.
Tidak dinafikan fenomena ini berlaku kerana ramai wanita menjadi suri rumah sepenuh masa dan lelaki pula keluar bekerja untuk menunaikan tanggungjawab kepada ahli keluarga. Namun begitu, pada hari ini lebih ramai wanita yang bekerja untuk memenuhi keperluan hidup serta membantu meringankan beban suami dan keluarga.
Disini kita perlu lihat dari sudut jangka panjang, kaum wanita yang bergantung kepada suami semata-mata akan mengalami nasib yang buruk (kecuali jika mereka kaya raya). Sebab utama saya katakan begitu ialah, ia telah dibuktikan bahawa apabila si suami meninggalkan si wanita dan keluarganya sama ada bercerai atau meninggal dunia, keadaan hidup si isteri (wanita) tadi akan terumbang ambing.
Masakan tidak, sumber pendapatan utama dahulunya adalah dari si suami kini sudah tiada lagi. Terlalu banyak yang perlu dilakukan seperti menguruskan anak, perbelanjaan keluarga, keperluan makan minum, bil-bil utiliti dan sebagainya.
Maka dengan itulah, pentingnya kaum wanita mengambil berat mengenai pengurusan kewangan dan mempunyai tabungannya sendiri bagi tujuan-tujuan kecemasan. Fakta paling penting sekali ialah kaum wanita hidup lebih lama dari kaum lelaki. Kajian menunjukkan lelaki akan hidup sehingga berumur 75 tahun, manakala wanita pula sehingga berumur 83 tahun.
Jadi, kepada wanita-wanita di luar sama, mulai hari ini ambil tahu dan belajar cara menguruskan kewangan keluarga. Belajar cara membuat belanjawan bulanan yang betul dan pastikan anda mempunyai tabungan anda sendiri yang tidak bercampur dengan suami atau anak-anak anda.
Saya tidak mengatakan bahawa wanita tidak pandai menguruskan kewangan, tetapi ianya adalah majoriti yang berlaku di Malaysia. Saya juga tidak menafikan bahawa ada juga kaum lelaki yang tidak tahu menguruskan kewangan keluarga dan menyerahkannya kepada isteri untuk membuat segala-galanya mengenai kewangan.
p/s : Anda boleh mengikuti kursus kewangan yang dianjurkan atau berjumpa dengan Agensi Kaunseling Pengurusan Kewangan (AKPK).
Sekian.
Wassalam.
Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS
Menjejaki kebebasan kewangan,

Categories : Formula Kewangan Sihat, Motivasi, Pengurusan Hutang, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Risiko, Tips Kewangan















KOMEN SEMASA