Kesilapan Suatu Anugerah | Rich Dad
2 06 2008Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini saya mulakan dengan sedikit motivasi kepada diri anda dan juga saya. Semalam saya membaca salah satu buku hasil tulisan Robert T. Kiyosaki iaitu “Guide to Becoming Rich Without Cutting UpYour Credit Cards” dan saya masih belum habis membacanya.
Disini saya ingin memetik beberapa ayat dari buku tersebut :
“Play it safe. Don’t make mistakes. Mistakes are bad. People who make too many mistakes are failures.”
Kita selalu di beri nasihat sedemikian rupa. Jangan buat silap dan jangan sesekali buat silap. Cuba anda renungkan, apakah benar apa yang dikatakan di atas?
Robert T.Kiyosaki ada menulis :
“The people who often have the least success in life are those who are unwilling to make mistakes or have made mistakes and have not yet learned the lesson… so they get up each morning and continue to make the same mistakes.”
Masalahnya sekarang ialah kita terlalu takut untuk buat silap. Bukan kerana kesilapan tersebut yang membuatkan kita takut akan tetapi takut akan di kritik oleh orang lain atas kesilapan yang telah kita lakukan.
Mengapa saya katakan kesilapan adalah satu anugerah? Mari kita lihat..
Semakin banyak kesilapan yang anda lakukan, semakin banyaklah yang anda telah pelajari dan tahu apa tindakan yang perlu anda lakukan apabila berdepan dengan masalah yang sama.
Tanpa kesilapan, seseorang itu tidak akan belajar apa-apa mengenai hidupnya. Tiada seorang pun di dunia ini sempurna (perfect). Malah ada ketikanya Nabi Muhammad S.A.W sendiri juga pernah melakukan kesilapan dan ditegur secara langsung oleh Allah S.W.T.
Kadang-kadang kita tidak sedar yang kita telah membuat kesilapan, maka kita perlukan orang atau kawan di keliling kita untuk menegur dan mengkritik kesilapan yang telah kita lakukan. Dengan cara ini, barulah kita sedar akan kesilapan tersebut.
Sesuatu yang kita buat tetapi tiada kritikan, kita tidak akan maju ke hadapan. Melalui kritikanlah kita belajar dari kesilapan dan mengorak langkah memperbaiki kesilapan tersebut dan akhirnya kita maju dan terus maju ke hadapan.
Renung-renungkanlah diri anda dan fikirkan segala kritikan yang pernah anda terima. Orang yang berjaya ialah orang yang sanggup menerima kritikan dan belajar dari kesilapan tersebut.
Sekian.
Wassalam.
Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS
Menjejaki kebebasan kewangan,
































Betul ape yg robert cakap tu..dan sbnrnya, melakukan kesilapan bukan bermakna kita telah kegagalan tapi..setiap kesilapan adalah ” pendidikan” untuk kita..bermakna, setiap kali kita gagal, kita telah dapat 1 pelajaran yang x orang lain x kan dapat.kerana kita prnh silap dan gagallah kita berusaha lebih gigih dan bangun kembali..
Yang lebih penting, muhasabah diri setiap kali kita melakukan kesilapan dan setiap kali kita gagal.segala nikmat atau kesusahan adalah ujian dr ALLAH.