Berubah Menjadi Kaya | Mahu atau Tidak
4 06 2008Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Jika anda perhatikan, rata-rata kebanyakkan orang di dunia ini mahu menjadi kaya tidak kira dewasa atau pun kanak-kanak. Cita-cita untuk menjadi kaya telah tertanam sejak di alam persekolahan lagi dengan impian untuk hidup mewah dan berkereta besar.
Maka kerana itu, muncullah peluang-peluang untuk membuat duit dari pelbagai bidang. Serentak dengan itu, lahirlah pula mentor-mentor yang pakar dalam bidang masing-masing (buat duit). Ramai orang berlumba-lumba untuk menjadi seperti mereka dek kerana merasakan cara atau strategi yang digunakan untuk mengaut lebih banyak duit adalah lebih mudah.
Sedarkah anda bahawa kita telah di momokkan dengan “quick rich with easy way”?
Tidak ramai yang mengambil kisah atau mengkaji sesuatu bidang tersebut sebelum mengambil keputusan untuk terlibat dalam bidang yang di inginkan. Semuanya kerana gara-gara mahu mendapat pendapatan yang besar dengan segera!
Apa yang saya mahu sampaikan kepada anda pada hari ini ialah, semua orang sanggup berubah untuk menjadi kaya, akan tetapi tidak ramai yang sanggup mengambil risiko sewaktu tempoh perubahan dan meneruskan perjalanannya dalam bidang yang telah diceburi.
Sebagai contoh, anda telah maklum bahawa perniagaan internet mampu memberikan pendapatan yang lumayan kepada anda. Jadi, secara tidak langsung anda berminat untuk menceburi bidang ini. Setelah beberapa ketika, anda sudah pun memiliki sebuah web perniagaan dan tiba masanya untuk memasarkan produk anda.
Setelah beberapa hari dan bulan berlalu, anda baru sedar bahawa pendapatan yang anda terima bukanlah “terlalu senang” dan banyak kerja yang perlu dilakukan terutamanya promosi. Semakin lama, pendapatan anda semakin sedikit. Anda mula “give up” dan tiada idea lain untuk mengembangkan perniagaan internet anda. Akhirnya perniagaan anda terhenti begitu sahaja…
Percaya atau tidak, di luar pengetahuan anda dari 100 orang yang menceburi biadng perniagaan internet di dunia, hanya 1 - 5 orang sahaja yang berjaya meneruskannya untuk satu tempoh yang lama. Manakala selebihnya GAGAL dan terhenti setakat itu sahaja!
Pendek kata, jika anda mahu berubah untuk menjadi kaya, anda juga sepatutnya berubah menjadi seorang yang sanggup mengambil risiko yang lebih tinggi berbanding sebelum ini dan juga sanggup untuk meneruskan cita-cita anda tidak kira apa jua halangan yang mendatang.
Malah, jika ada sebarang kritikan yang anda terima sepanjang anda berusaha untuk mencapai cita-cita tersebut, jadikannya sebagai “penasihat” untuk membetulkan kesilapan anda serta dorongan untuk anda terus maju. Jangan lupa untuk banyakkan belajar dari mereka yang telah berpengalaman.
Selamat maju jaya dan teruskan cita-cita anda untuk menjadi kaya!
Sekian.
Wassalam.
Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS
Menjejaki kebebasan kewangan,






























1-5 orang yang berjaya tu pun sebenarnya pernah gagal jugak, yg penting usaha dengan lebih kuat lagi dan jangan give up. yg jadi ramai yg gagal tu sebenarnya kerana putus asa tengah jalan…