Ketahui Teknik Menghadapi Krisis Kewangan Dengan Panduan Percuma! Klik Disini Untuk Dapatkannya Sekarang!
Powered by MaxBlogPress  

Pelaburan Mana Yang Terbaik?

7 07 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

“En. Dlie, tolong beritahu saya pelaburan mana yang terbaik? Saham ke, forex ke atau unit amanah? Saya tidak mempunyai masa nak kaji, jadi saya harap En. Dlie boleh beritahu saya secepat mungkin. Harap En. Dlie dapat membantu saya…”

Saya selalu menerima email seperti di atas. Persoalannya ialah, siapa saya untuk menentukan pelaburan mana yang terbaik?? Bukan saya bermaksud bahawa saya tidak layak, tetapi saya bukanlah orang yang tahu segala-galanya. Hatta jika di tanya kepada pengurus bank sekalipun, mereka akan berfikir dahulu sebelum menjawab soalan seperti itu.

Jawapan bagi setiap individu adalah berbeza. Jika anda bertanya kepada pengurus bank, sudah tentu mereka akan mengatakan bahawa produk merekalah yang terbaik. Jika di tanya kepada ejen Unit Amanah, sudah tentu mereka akan menawarkan pelbagai pakej produk Unit Amanah.

Jadi di sini, tidak kira siapa sekalipun anda bertanya, jawapannya tetap berbeza…

Robert T. Kiyosaki, Azizi Ali, Warren Buffet dan Donald Trump telah menjelaskan dengan terperinci mengenai pelaburan. Pelaburan ini melibatkan 3 jenis pelaburan yang terbukti menjadikan seseorang itu kaya raya dan jutawan. Apa jenis pelaburan tersebut?

3 jenis pelaburan yang saya maksudkan ialah :

  1. Perniagaan
  2. Saham
  3. Hartanah

Ya! Umumnya anda sendiri tahu bukan…!

Akan tetapi berapa ramai yang benar-benar berjaya di dalam ketiga-tiga bidang di atas? 90% perniagaan baru gagal selepas 3 tahun beroperasi. Begitu juga ramai pelabur-pelabur saham dagangan mengalami kerugian yang begitu banyak sehingga di isytiharkan muflis.

Ramai juga yang baru berjinak-jinak dengan pelaburan hartanah terperangkap dengan hutang dan penipuan dari syarikat pemaju yang akhirnya rumah atau premis tersebut terbengkalai atau terpaksa di lelong oleh bank.

Situasi ini membuktikan, tidak kira apa jua jenis pelaburan ianyan mempunyai risikonya yang tersendiri. Anda perlu bijak mengawal risiko dan meminimumkan risiko yang ada. Tapi, bagaimana caranya?

Saya sependapat dengan Robert T. Kiyosaki yang mana pelaburan yang paling penting ialah “investing in financial education”. Ya! pelaburan di dalam pendidikan pengurusan kewangan. Robert T. Kiyosaki telah di ajar mengenai pengurusan kewangan selama 13 tahun sejak berumur 12 tahun sebelum dia benar-benar berjaya pada hari ini.

Bagaimana dengan anda? Cukupkah pengetahuan anda mengenai pengurusan kewangan? Belajar mengenai pengurusan kewangan bukan semata-mata menyimpan dan melabur tetapi ia juga melibatkan masa, emosi dan tindakan-tindakan lanjut. Anda tidak akan mampu belajar dalam masa yang singkat, ia memerlukan masa dan juga pengalaman anda sendiri dalam menguruskannya.

Ksimpulan bagi topik hari ini, tidak kira apa juga bidang pelaburan baik perniagaan, hartanah dan saham mahupun seumpama dengannya tanpa mempunyai pengurusan kewangan yang cekap, anda sukar untuk berjaya dan mencapai kebebasan kewangan.

p/s : Fikir-fikirkan dan renungkan bersama..

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb

Actions

Informations

One response to “Pelaburan Mana Yang Terbaik?”

9 07 2008
THINKERICH (06:29:30) :

Pelaburan yang terbaik adalah melabur untuk ilmu dan pengetahuan bagi diri sendiri..ianya untung bila diambil tindakan dan rugi sekiranya hanya dibiarkan menjadi teori semata-mata

Salam kekayaan,

THINKERICH

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>