Panduan Jana Pendapatan Dari Resell Rights Terbongkar! Dapatkan Sekarang Juga!!
Powered by MaxBlogPress  

Dana Unit Amanah Jatuh Teruk | Apa Dah Jadi??

25 07 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya terpaksa menulis post ini sekali lagi kerana post semalam yang saya tulis hilang macam tu jer.. Saya tidak pasti mengapa.  Agak sedih juga kerana post tersebut panjang dan penuh dengan info yang anda perlu tahu. :-(

Apa pun, saya cuba berusaha dengan sebaik mungkin. Sudah lama saya tidak postkan topik berkaitan pengurusan kewangan dan pelaburan. Hari ini saya akan bercerita mengenai pelaburan Dana Unit Amanah.

Tentu anda pernah mendengar Public Mutual bukan? Rata-rata ramai yangberminat melabur di dalam Public Mutual (Public Bank). Apa dana yang menarik? Salah satu dana terbaik oleh Public Mutual ialah Public Ittikal Fund.

Sedarkah anda, pada November 2007, Public Ittikal Fund ini telah mencapai paras tertinggi iaitu sekitar RM1.1300 seunit. Jika anda semak semula dana tersebut pada hari ini (22hb Julai ‘08), nilainya telah jatuh kepada RM0.8590 seunit! Kejatuhan yang agak mendadak!

Bayangkan jika anda melabur sebanyak RM10,000 dengan membeli unit pada RM1.1300, nilainya pada hari ini ialah RM7,600 jer!

Sekarang, kita tengok pula satu lagi dana iaitu Public Islamic Asia Dividend Fund. Ia telah di lancarkan pada Mei 2007 dengan harga seunit ialah RM0.25. Paras tertinggi yang telah dicapai ialah sekitar RM0.2830 seunit pada bulan Disember 2007. Jangan terkejut jika saya katakan, nilainya pada beberapa hari lepas ialah RM0.1987 seunit! Hari ini (22hb Julai ‘08) nilainya ialah RM0.2007 seunit!

Bayangkan jika anda melabur sebanyak RM10,000 dengan membeli unit pada harga RM0.2830 seunit, nilainya pada hari ini ialah RM7,090 jer!

Apa yang hendak saya beritahu kepada anda ialah :

  • Tidak kira sama ada dana tersebut adalah yang terbaik dan hebat, ia tidak akan kekal terbaik!
  • Melabur di dalam Unit Amanah ini mempunyai risikonya juga. Jadi anda perlu beli semasa harga rendah dan jual semasa harga tinggi! Ramai orang melakukan kesilapan kerana tidak menjual semasa harga tinggi..
  • Walaupun terdapat dana unit amanah baru yang muncul, tidak semestinya harga yang ditawarkan ialah yang paling rendah. (Biasanya harga permulaan bagi seunit ialah RM0.2500).
  • Lakukan kajian dan analisis terlebih dahulu sebelum melabur di dalam Unit Amanah. Jangan bergantung semata-mata kepada agen sahaja..

Pesanan saya ialah, bertindaklah secara bijak. Jangan mengikut kata dan nasihat orang melainkan jika mereka benar-benar berjaya di dalam pelaburan Unit Amanah.

Sekian,
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb

Actions

Informations

7 responses to “Dana Unit Amanah Jatuh Teruk | Apa Dah Jadi??”

24 08 2008
Sunthara CFP RFP (01:34:47) :

Buku saya ini boleh membantu menjawab - “Rahsia Mengurus Insurans Hayat” terbitan PTS. Boleh didapati di kedai buku MPH atau Popular atau pesan terus dari PTS - 603-61880316.

Sunthara Segar
Writer,Marketing and Copywriting Consultant
http://ilmudigital.blogspot.com
Kolumnis Ruangan Mengurus Kewangan Mingguan Wanita
Penulis Buku PTS Siri Pengurusan Kekayaan:
1) Kerjaya Perancangan Kewangan Peribadi
2) Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah
3) Rahsia Mengurus Insurans Hayat

15 09 2008
salam (05:46:10) :

hmm kalo ikut contoh sedara, invest 2007, then baru setahun anda melabur.. namun bagi unit trust, tempoh yg spttnya adalah dalam 3 tahun - 5 tahun.. turun naik adalah biasa dalam unit trust.. when market down, we invest… when market raise, we SMILE!

15 09 2008
En Dlie (10:30:25) :

salam > kalau anda baca betul-betul post saya, saya tidak kata baru setahun saya melabur. Harga yang saya nyatakan adalah harga sebenar di mana saya membuat kajian ke atas kedua-dua unit amanah tersebut.

Memang benar untuk unit trust, perlu melabur sekurang2nya 3 tahun (telah saya nyatakan di dalam post yang lain dalam kategori Unit Amanah).. Sebab itu saya tekankan, beli semasa harga rendah dan jual semasa harga tinggi..

18 10 2008
cikjune (12:54:52) :

Bro saya puna ada join PIADF nie somewhere around bulan may this year (2008) memang nilainya semakin jatuh… so saya dah buat keputusan nak jual semuanya balik dan nak beli emas….sebab kalau ikut laporan akhbar baru2 nie membuat pelaburan keatas emas adalah yang terbaik untuk masa sekarang….

19 10 2008
En Dlie (18:37:46) :

cikjune > memang pada ketika ini emas sedang naik.. tapi cikjune kena ingat, tidak kira apa jua pelaburan sekalipun ada masa ia naik dan ada masa ia turun.. bagi pelabur yang bijak, dia akan nampak peluang unit amanah ini bahawa nilainya semakin rendah.. mereka akan membeli pada harga rendah dan menjualnya apabila harga tinggi..

Pada saya, waktu ini adalah lebih sesuai untuk menunggu dan melihat sebarang perkembangan dalam unit amanah sebelum membuat keputusan untuk melabur di dalamnya..

22 10 2008
mysuryati (22:44:20) :

Well,
Emm… nak bagi komen sikit.. Dana Public Ittikal ni launched 1997. Pada tahun 1998, ekonomi merudum… tetapi dalam masa 10 tahun … ia telah mengekalkan purata tahunan dalam 26% keuntungan setiap tahun.. Investment memang untuk long term.. Kadang2 keuntungan 1 tahun boleh cecah hingga 50% … kadang2 negatitve.. it’s normal sebab KLCI akan rebounce balik.. so, sesiapa yang melabur dalam unit trust tak perlu risau.. ada cara untuk switching ke bond atau money market fund yang risikonya rendah… dan kejatuhan tak terasa.. bila ekonomi ok balik, kita switch balik ke ekuiti… More info, boleh rujuk di http://mutualgold.com.

23 10 2008
En Dlie (08:03:56) :

mysuryati > benar apa yang dikatakan oleh anda. Kita boleh switch ke dana yang berisiko rendah. Umumnya kita mengetahui bahawa setiap dana mempunyai beberapa % risiko yang berbeza iaitu agresif, seimbang dan konservatif. Dana yang berisiko rendah biasanya mempunyai % agresif yang rendah dan dana yang berisiko tinggi mempunyai % agresif yang tinggi…

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>