Ketahui Teknik Menghadapi Krisis Kewangan Dengan Panduan Percuma! Klik Disini Untuk Dapatkannya Sekarang!
Powered by MaxBlogPress  

Teknik Forex | Elliott Wave International

26 08 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya akan menyentuh mengenai teknik forex yang selalu digunakan oleh trader profesional dan diguna pakai sejak bertahun-tahun dahulu iaitu sejak tahun 1920an yang diasaskan oleh Ralph Nelson Elliott.

Teori Elliott Wave ini mempunyai corak asas yang standard 5 - 3 Wave. 5 wave iaitu 1-2-3-4-5 di panggil sebagai impulse wave, manakala 3 wave iaitu A-B-C di panggil sebagai corrective wave.

Untuk menggunakan teknik Elliott Wave ini, terdapat beberapa syarat (rule) yang perlu di patuhi sewaktu meletakkan plot-plot atau titik-titik 12345-ABC ini. Syarat-syarat tersebut ialah :

  1. Wave 2 mestilah ‘retrace’ tidak lebih daripada 100% dan sebaik-baiknya kurang daripada 80%.
  2. Wave 3 pula mestilah lebih panjang dari Wave 1 dan Wave 5 (tidak pendek).
  3. Wave 4 mestilah tidak ‘retrace’ sehingga memasuki ruang Wave 1.
  4. Wave B mestilah ‘retrace’ kurang daripada 100% daripada Wave A.
  5. Wave C mestilah sama atau lebih panjang dari Wave A.

Saya tahu, pasti anda keliru dengan syarat-syarat (rule) yang saya nyatakan di atas. Tanpa bantuan gambarajah, sudah tentu anda tidak nampak dengan jelas. Oleh itu, saya galakkan anda melayari website ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai teknik Elliott Wave.

http://www.babypips.com/school/the_53_wave_patterns.html; dan

http://www.elliottwave.com/

Perlu saya ingatkan disini bahawa, teknik Elliott Wave ini mempunyai pelbagai paten atau corak. Namun, kesemuanya menepati syarat-syarat (rule) di atas. Ketepatan teknik Elliott Wave ini adalah sebanyak 90%-95% kerana teknik ini mengikut trend dan tidak seperti Robot EA yang adakalanya ia trade tidak mengikut trend (lawan arah) yang menyebabkan kerugian.

Saya sendiri telah belajar menggunakan teknik Elliott Wave ini. Walaupun agak leceh kerana kita perlu meletakkan plot-plot atau menentukan wave yang tepat sebelum boleh memasuki pasaran, namun cara ini lebih selamat berbanding teknik yang lain.

Saya memiliki sebuah ebook mengenai teknik Elliott Wave ini dalam versi Inggeris yang bertajuk “Practical Elliott Wave Trading Strategies”. Ebook ini banyak membantu saya memahami dengan lebih mendalam mengenai cara menggunakan Elliott Wave dan juga menghasilkan ‘profit’ serta meminimumkan kerugian.

Jika anda berminat dengan ebook tersebut, sila hubungi saya di ruangan support. Harga yang ditawarkan hanya RM20 sahaja.

Sekian,
Wassalam.

Menjejaki kebebasan kewangan,

Pilihan Terbaik
Rahsia Teknik Mudah | Panduan FTP | Pakej Grafik | Rekabentuk Website
Minyak Wangi One Drop Perfumes Egyptian Potion



Strategi Pendapatan USD10,000 | Teknik dan Caranya

19 08 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Minggu lepas saya tidak berkesempatan untuk menulis. Tambahan pula, server hosting yang saya sewa menghadapi masalah yang serius. Habis semua fail-fail website dan blog di serang oleh hacker. Mujur mereka menyimpan ‘full backup’ bagi website saya, jika tidak sudah tentu sehingga hari ini saya tidak dapat menulis untuk anda.

Sebenarnya, tajuk di atas sekadar gimik sahaja. :-)

Walaupun begitu, USD10,000 mempunyai makna tertentu kepada saya. InsyaAllah, mungkin satu hari nanti saya akan ceritakan makna sebenar disebalik nilai USD10,000 ini.

Posting kali ini saya hendak membawa anda kepada dunia perniagaan internet. Berdasarkan statistik hasil daripada kajian saya, 57 daripada 100 orang masih tidak tahu cara sebenar memulakan perniagaan internet dan bagaimana memulakannya.

Oppss… nampaknya saya dah bocorkan salah satu hasil daripada ’Survey’ saya yang lepas. :-)

Umumnya, perniagaan internet ini mempunyai 2 bentuk iaitu perkhidmatan dan juga produk. Contoh perniagaan internet berbentuk produk adalah seperti berikut :

Produk yang boleh dijual di internet ialah produk fizikal dan digital. Produk fizikal adalah barangan nyata seperti ‘Minyak Wangi One Drop Perfumes’. Manakala produk digital adalah seperti Pakej Grafik, Sistem e-Protect dan Rahsia Teknik Mudah.

Seterusnya perniagaan internet dalam bentuk perkhidmatan. Contoh perkhidmatan adalah seperti berikut :

Jika anda mahu menjual perkhidmatan anda di internet, pastikan anda mempunyai kepakaran dalam bidang perkhidmatan tersebut.

Contohnya, perkhidmatan yang anda ingin tawarkan ialah tuisyen secara online kepada pelajar-pelajar sekolah menengah. Jadi, subjek yang anda hendak ajar kepada pelajar tersebut mestilah kepakaran anda supaya sebarang soalan dapat dijawab dengan tepat dan cepat.

Apa pilihan anda? Menjual produk ataupun menjual perkhidmatan di internet? Jika anda bertanya kepada saya, saya memilih kedua-duanya sebagaimana contoh yang telah saya berikan kepada anda di atas tadi.

Bayangkan, melalui 1 minisite, anda boleh menjana pendapatan sebanyak RM300 sebulan. Jika anda mempunyai 5 website, anda sudah menjana pendapatan sebanyak RM1,500 sebulan.

Manakala jika anda menjual perkhidmatan melalui 1 minisite sahaja, anda boleh mendapat sekitar RM1,000 sebulan atau lebih!

Pilihan di tangan anda. Semoga berjaya memilih perniagaan internet sendiri.

p/s : Lakukan satu demi satu dan pastikan ia belayar dengan selamat sebelum anda mula menjual produk atau perkhidmatan yang lain.

Sekian,
Wassalam.

Menjejaki kebebasan kewangan,

Pilihan Terbaik
Rahsia Teknik Mudah | Panduan FTP | Pakej Grafik | Rekabentuk Website
Minyak Wangi One Drop Perfumes Egyptian Potion



Gagal Urus Hutang | Pengurusan Kewangan Lemah

5 08 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sedar atau tidak, rata-rata masyarakat di Malaysia masih lemah dalam menguruskan kewangan peribadi. Ini telah dibuktikan sendiri oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Sejak penubuhan AKPK sehingga akhir Jun 2008, sebanyak RM520 juta hutang tidak berbayar membabitkan 7,298 peminjam diuruskan oleh AKPK! Perghh… satu jumlah yang agak banyak!

Masalah kegagalan membayar balik hutang ini berpunca daripada masalah pengurusan kewangan yang lemah iaitu sebanyak 22% dan penggunaan kad kredit yang tidak terkawal sebanyak 25%.

Kumpulan atau golongan yang berpotensi menghadapi masalah kewangan yang serius ialah mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000. Bagaimana dengan anda? Berapa pendapatan anda sebulan? Adakah kewangan anda juga terjejas? Sila nilai semula kedudukan kewangan anda.

Masalah kewangan ini selain kegagalan menguruskan kewangan dengan baik, ialah faktor-faktor seperti kos sara hidup yang sentiasa meningkat naik lebih cepat berbanding kenaikan gaji atau pendapatan tahunan. Tambahan pula, kenaikan kos bahan api (minyak) dan makanan memberikan kesan yang besar khususnya golongan yang tinggal di kawasan bandar.

Saya yakin, anda kini jelas dengan faktor yang mungkin boleh menjejaskan kedudukan kewangan anda.

AWAS kepada pemegang kad kredit! Berhati-hatilah menggunakan kad kredit. Gunakan hanya apabila perlu dan bayar tepat pada masanya. Bagi anda yang mempunyai hutang pinjaman bank, jangan sesekali gagal membayarnya setiap bulan!

Akhir kata, jadikan artikel ini sebagai pengajaran buat anda.

p/s : Saya sedang menyiapkan projek terbaru. Nantikan kemunculannya akhir bulan ini..

Sekian,
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,