Gagal Urus Hutang | Pengurusan Kewangan Lemah
5 08 2008Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sedar atau tidak, rata-rata masyarakat di Malaysia masih lemah dalam menguruskan kewangan peribadi. Ini telah dibuktikan sendiri oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Sejak penubuhan AKPK sehingga akhir Jun 2008, sebanyak RM520 juta hutang tidak berbayar membabitkan 7,298 peminjam diuruskan oleh AKPK! Perghh… satu jumlah yang agak banyak!
Masalah kegagalan membayar balik hutang ini berpunca daripada masalah pengurusan kewangan yang lemah iaitu sebanyak 22% dan penggunaan kad kredit yang tidak terkawal sebanyak 25%.
Kumpulan atau golongan yang berpotensi menghadapi masalah kewangan yang serius ialah mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000. Bagaimana dengan anda? Berapa pendapatan anda sebulan? Adakah kewangan anda juga terjejas? Sila nilai semula kedudukan kewangan anda.
Masalah kewangan ini selain kegagalan menguruskan kewangan dengan baik, ialah faktor-faktor seperti kos sara hidup yang sentiasa meningkat naik lebih cepat berbanding kenaikan gaji atau pendapatan tahunan. Tambahan pula, kenaikan kos bahan api (minyak) dan makanan memberikan kesan yang besar khususnya golongan yang tinggal di kawasan bandar.
Saya yakin, anda kini jelas dengan faktor yang mungkin boleh menjejaskan kedudukan kewangan anda.
AWAS kepada pemegang kad kredit! Berhati-hatilah menggunakan kad kredit. Gunakan hanya apabila perlu dan bayar tepat pada masanya. Bagi anda yang mempunyai hutang pinjaman bank, jangan sesekali gagal membayarnya setiap bulan!
Akhir kata, jadikan artikel ini sebagai pengajaran buat anda.
p/s : Saya sedang menyiapkan projek terbaru. Nantikan kemunculannya akhir bulan ini..
Sekian,
Wassalam.
Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS
Menjejaki kebebasan kewangan,































Guna kad kredit ni bagus jika kita gunakan sekiranya benar-benar memerlukan. Kalau tidak, mengumpul hutang la…..ARB Dagang