Strategi Pendapatan USD10,000 | Teknik dan Caranya
19 08 2008Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Minggu lepas saya tidak berkesempatan untuk menulis. Tambahan pula, server hosting yang saya sewa menghadapi masalah yang serius. Habis semua fail-fail website dan blog di serang oleh hacker. Mujur mereka menyimpan ‘full backup’ bagi website saya, jika tidak sudah tentu sehingga hari ini saya tidak dapat menulis untuk anda.
Sebenarnya, tajuk di atas sekadar gimik sahaja.
Walaupun begitu, USD10,000 mempunyai makna tertentu kepada saya. InsyaAllah, mungkin satu hari nanti saya akan ceritakan makna sebenar disebalik nilai USD10,000 ini.
Posting kali ini saya hendak membawa anda kepada dunia perniagaan internet. Berdasarkan statistik hasil daripada kajian saya, 57 daripada 100 orang masih tidak tahu cara sebenar memulakan perniagaan internet dan bagaimana memulakannya.
Oppss… nampaknya saya dah bocorkan salah satu hasil daripada ’Survey’ saya yang lepas.
Umumnya, perniagaan internet ini mempunyai 2 bentuk iaitu perkhidmatan dan juga produk. Contoh perniagaan internet berbentuk produk adalah seperti berikut :
Produk yang boleh dijual di internet ialah produk fizikal dan digital. Produk fizikal adalah barangan nyata seperti ‘Minyak Wangi One Drop Perfumes’. Manakala produk digital adalah seperti Pakej Grafik, Sistem e-Protect dan Rahsia Teknik Mudah.
Seterusnya perniagaan internet dalam bentuk perkhidmatan. Contoh perkhidmatan adalah seperti berikut :
Jika anda mahu menjual perkhidmatan anda di internet, pastikan anda mempunyai kepakaran dalam bidang perkhidmatan tersebut.
Contohnya, perkhidmatan yang anda ingin tawarkan ialah tuisyen secara online kepada pelajar-pelajar sekolah menengah. Jadi, subjek yang anda hendak ajar kepada pelajar tersebut mestilah kepakaran anda supaya sebarang soalan dapat dijawab dengan tepat dan cepat.
Apa pilihan anda? Menjual produk ataupun menjual perkhidmatan di internet? Jika anda bertanya kepada saya, saya memilih kedua-duanya sebagaimana contoh yang telah saya berikan kepada anda di atas tadi.
Bayangkan, melalui 1 minisite, anda boleh menjana pendapatan sebanyak RM300 sebulan. Jika anda mempunyai 5 website, anda sudah menjana pendapatan sebanyak RM1,500 sebulan.
Manakala jika anda menjual perkhidmatan melalui 1 minisite sahaja, anda boleh mendapat sekitar RM1,000 sebulan atau lebih!
Pilihan di tangan anda. Semoga berjaya memilih perniagaan internet sendiri.
p/s : Lakukan satu demi satu dan pastikan ia belayar dengan selamat sebelum anda mula menjual produk atau perkhidmatan yang lain.
Sekian,
Wassalam.
Menjejaki kebebasan kewangan,

Pilihan Terbaik
Rahsia Teknik Mudah | Panduan FTP | Pakej Grafik | Rekabentuk Website
Minyak Wangi One Drop Perfumes Egyptian Potion






























KOMEN SEMASA