Inginkan Laman Web Anda Kelihatan Profesional? Dapatkan Pakej Grafik Paling Cun Disini!!
Powered by MaxBlogPress  

Berita Baik Buat Anda | Produk Baru Akan Muncul

29 09 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tergerak hati saya hari ini untuk menulis sesuatu untuk anda. Saya perlu menulis juga pada hari ini kerana ingin menyampaikan satu berita baik buat anda.

InsyaAllah pada 13 Oktober 2008 ini, saya akan melancarkan satu produk baru khusus untuk semua bakal-bakal usahawan internet dan mereka yang masih lagi ragu-ragu untuk menceburi bidang perniagaan internet ini.

Ini bukan produk LAPUK, tetapi ianya satu produk yang akan membantu newbie memulakan perniagaan internet dengan cepat, mudah dan tidak membazirkan masa dalam tempoh kurang dari 24 jam. Dengarnya seperti HYIP, tetapi ia sememangnya benar! Malah jika diikutkan, dalam tempoh 2 jam anda sudah memiliki produk dan perniagaan internet sendiri walaupun anda masih newbie!

Jika anda mahu menjadi yang terawal mengetahui apakah produk tersebut sebelum 13 Oktober 2008, silalah menjadi ahli mailing list saya. Bukan setakat anda menjadi yang terawal, tetapi anda juga diberi harga diskaun yang tinggi!

Sekiranya anda masih belum menjadi ahli mailing list saya, sila daftar disini. Ingat! Tarikh pelancaran produk ialah pada 13 Oktober 2008 (Isnin). Sila catatkan di dalam diari anda dan rebut peluang keemasan ini jika anda benar-benar mahu menjana pendapatan dari internet dengan cara yang paling cepat, mudah dan tidak membuang masa.

p.s : Anda tidak rugi jika menjadi ahli mailing list saya kerana selain menjadi yang terawal dan mendapat diskaun bagi produk baru tersebut, anda juga memperolehi newsletter percuma mengenai “7 Kunci Bebas Kewangan” tanpa perlu bayar sesen pun!

Sekian,
Wassalan.

Menjejaki kebebasan kewangan,

Pilihan Terbaik
Rahsia Teknik Mudah | Panduan FTP | Pakej Grafik | Rekabentuk Website
Minyak Wangi One Drop Perfumes Egyptian Potion



Menjelang Hari Raya | Bonus Sebulan Gaji

19 09 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Agak lama juga saya tidak menulis di bulan puasa (Ramadhan) ini. Bukan bermakna saya mengurangkan aktiviti perniagaan internet, tetapi agak sibuk dengan kerja-kerja di pejabat selain dalam proses menghasilkan sebuah buku (ebook) yang baru. InsyaAllah saya akan melancarkannya selepas cuti raya nanti. :-)

Berbalik kepada tajuk post saya hari ini. Saya yakin, pada waktu akhir-akhir Ramadhan ini masing-masing sibuk dengan persiapan raya. Bagi pegawai dan kakitangan kerajaan pula masih menunggu bonus yang dijanjikan oleh kerajaan negeri dan persekutuan sebelum boleh membuat keputusan untuk “shopping” sakan.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam di Malaysia dan pengunjung blog PetuaJimatDuit.com. Semoga lebaran kali ini membawa satu perubahan pada diri anda di samping mengeratkan hubungan sesama saudara dan rakan taulan.

Akhir kata, pesanan saya untuk anda ialah :

  1. Berhati-hati sewaktu pulang ke kampung.
  2. Berilah duit raya setakat yang mampu dan bukan untuk bermegah-megah.
  3. Sambutlah hari raya ini dengan cara yang sederhana dan tidak perlu membazir.
  4. Jangan lupa kunjungi blog ini selepas cuti raya nanti.. ada sesuatu menanti anda!

SELAMAT HARI RAYA…!!!

Sekian,
Wassalam.

Menjejaki kebebasan kewangan,

Pilihan Terbaik
Rahsia Teknik Mudah | Panduan FTP | Pakej Grafik | Rekabentuk Website
Minyak Wangi One Drop Perfumes Egyptian Potion



Selamat Berpuasa | Langkah Berjimat Cermat

2 09 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama sekali, saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam dan pengunjung blog PetuaJimatDuit.com. Hari ini telah masuk hari ke-2 umat Islam di seluruh dunia berpuasa.

Saya ingin berkongsi bersama-sama anda tips-tips berjimat cermat pada bulan Ramadhan ini. Mungkin ramai yang akan berkata, bab-bab makan ni memang dah jimat dah.. maklumlah, siang tak makan apa pun.. Tetapi tanggapan ini silap!

Ya! Ini tidak mustahil. Jika bukan bulan puasa, sehari anda berbelanja untuk sarapan dan makan tengah hari lebih kurang RM10. Apabila tiba bulan puasa pula, anda berbelanja RM20 malah tidak mustahil lebih daripada itu kerana mahu berbuka di hotel-hotel dan restoran yang menawarkan pakej berbuka puasa.

Bukan setakat makanan sahaja, perbelanjaan lain seperti baju raya, kuih raya, langsir baru, perabot baru dan sebagainya semuanya di beli pada bulan Ramadhan. Ini menyebabkan ‘bajet lari’ yang akhirnya merana diri.

Maka dengan sebab itulah, anda perlu merancang perbelanjaan anda. Oleh kerana anda sudah pun tahu akan kedatangan bulan Ramadhan dan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, maka persediaan hendaklah di lakukan dengan lebih awal kerana umum mengetahui kebanyakkan harga barangan akan naik pada bulan Ramadhan.

Berikut beberapa tips mudah (walaupun mungkin di antaranya agak terlambat) :

  1. Tempahlah baju raya awal dan siap sebelum bulan puasa. (Harga kain lebih murah dan upah jahit pun lebih rendah).
  2. Jika mahu menukar perabot atau perhiasan dalaman, rancanglah terlebih dahulu mengikut keutamaan dan kepentingan. (Beli sikit-sikit pada tiap-tiap bulan sebelum tiba bulan Ramadhan)
  3. Ajak keluarga berbuka di masjid atau surau. (Kan free jer..)
  4. Masak sendiri juadah berbuka di rumah berbanding beli diluar.
  5. Kuih raya memang mahal! Kalau buat sendiri, kosnya lebih murah.
  6. Bertukar-tukar kuih raya dengan saudara-mara dan jiran tetangga. Daripada 1 kuih, kini anda mempunyai pelbagai jenis kuih yang lain. :-)
  7. Berilah duit raya setakat yang anda mampu. Jangan memaksa diri kerana pemberian duit raya adalah satu sedekah dan ia perlu ikhlas.
  8. Bertukar-tukar juadah berbuka dengan jiran tetangga. InsyaAllah jiran tetangga juga akan membalas juadah berbuka yang lain. (Jadi tak payah lah beli kat bazar..)

Tips-tips di atas adalah sebahagian sahaja. Anda boleh cari banyak lagi tips-tips lain di internet atau buku-buku mengenai pengurusan kewangan.

Satu perkara yang menarik mengenai bulan Ramadhan ini ialah, bulan ini adalah waktu yang paling sesuai untuk menambahkan pendapatan. Tidak kiralah apa yang anda jual, jika kena dengan permintaan dan harga yang berpatutan, anda boleh mendapat keuntungan berlipat kali ganda.

p/s : “Siakap gelama ikan duri, berbuka puasa bukan kenduri…”

Sekian,
Wassalam.

Menjejaki kebebasan kewangan,

Pilihan Terbaik
Rahsia Teknik Mudah | Panduan FTP | Pakej Grafik | Rekabentuk Website
Minyak Wangi One Drop Perfumes Egyptian Potion