Rancang Kewangan Selepas Raya
7 10 2008Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pertama sekali, saya ucapkan selamat kembali ke rumah masing-masing setelah seminggu beraya di kampung. Juga selamat bertugas di tempat anda bekerja. Walaupun mood “bercuti” sempena hari raya ini masih ada, jangan sesekali mengabaikan tugas sebagai serorang pekerja mahupun pengurus.
Al-maklum sahajalah, sebagaimana kebiasaannya, sempena perayaan terbesar di negara Malaysia ini, banyak wang yang telah dihabiskan untuk membeli kelengkapan dan keperluan raya seperti kuih muih, baju raya, perabot baru, hiasan baru, servis kereta, duit raya pada ibu bapa, anak-anak dan tetamu serta banyak lagi…
Jadi, tibalah masanya kita merancang semula kedudukan kewangan selepas seminggu berhari raya. Takut-takut nanti, baru pertengahan bulan, duit di poket sudah pun kering…
Baik! Mari kita lihat beberapa perkara yang boleh dilakukan sekiranya wang yang berada di poket anda tidak cukup atau hanya cukup-cukup makan sahaja..
- Bawa bekal makanan ke pejabat dan sekolah.
- Kurangkan penggunaan petrol dengan menaiki motosikal.
- Berkongsi kenderaan untuk ke pejabat.
- Jika berniat mahu mengadakan “open house”, kira dahulu bajet sebelum membuat keputusan.
- Jika benar-benar tidak cukup, inilah masanya untuk menggunakan sebahagian daripada “tabung kecemasan”.
- Pastikan anda membayar segala bil-bil penting seperti air, elektrik, telefon, astro, kad kredit, pinjaman perumahan, peribadi dan sebagainya bagi mengelakkan anda dikenakan caj atau faedah.
- Anda boleh berpuasa sunat isnin dan khamis dan juga puasa enam bagi menjimatkan kos makanan anda.
Di atas adalah beberapa perancangan yang boleh anda ikut, namun segala-galanya bergantung kepada keadaan dan keperluan anda melaksanakannya.
Adalah lebih baik jika anda telah merancangnya sebelum tibanya hari raya bagi mengelakkan masalah kewangan menimpa kepada diri anda di kemudian hari. Oleh itu, pada tahun hadapan rancang kewangan anda dahulu sebelum menyambut hari raya.
p/s : Kurang dari 6 hari saya akan melancarkan produk baru pada hari Isnin minggu hadapan. Sekiranya anda mahu mendapatkan harga diskaun, sila sertai mailling list saya sebelum hari Jumaat!
Sekian,
Wassalam.
Menjejaki kebebasan kewangan,

Pilihan Terbaik
Rahsia Teknik Mudah | Panduan FTP | Pakej Grafik | Rekabentuk Website
Minyak Wangi One Drop Perfumes Egyptian Potion






























Harga minya dunia dah turun, pasti harga minyak kat malaysia pun akan turun.Tapi berjimat cermat tu amalan yang mulia.
bertz > walaupun harga minyak turun, sekarang ni berada di paras USD68 setong, tapi barang2 keperluan lain tak turun lagi.. kita masih lagi memerlukan rancangan kewangan yang berkesan untuk menyelamatkan diri dari situasi krisis kewangan.