Kumpul Duit | Belanja Kahwin | Simpanan Tua
10 10 2008Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pejam celik pejam celik, tak sangka rupanya kita sudah berada di akhir tahun 2008. Selama hampir setahun ini, banyak juga rancangan dan aktiviti perniagaan yang saya lakukan. Ada yang berjaya dan ada juga yang tidak. Pasang surut perniagaan pasti ada.
Baiklah, biasanya pada hujung tahun ini ramai juga yang mengadakan kenduri kahwin. Saya sendiri menerima banyak jemputan kahwin daripada rakan-rakan, jiran dan sanak saudara. Bermula dengan minggu ini salah seorang dari rakan saya akan melangsungkan perkahwinannya. Kemudian minggu hadapan pula, sepupu saya juga akan berkahwin. Ia berterusan sehingga penghujung tahun 2008.
Bagaimana dengan anda? Sudah memiliki keluarga sendiri? Jika belum, mari kita berfikir sejenak. Sudah cukupkah belanja perkahwinan anda? Di saat ini, krisis ekonomi dunia telah memberikan kesan sedikit sebanyak terhadap negara kita Malaysia. Kenaikan harga petrol, barangan makanan dan keperluan asas sudah tentu akan meningkatkan kos perbelanjaan perkahwinan.
Jika dulu dengan hanya RM5 ribu cukup untuk melangsungkan majlis perkahwinan (tidak termasuk wang hantaran), kini anda memerlukan sekurang-kurangnya RM10 ribu (di bandar) bagi mengadakan majlis secara sederhana.
Mengumpul duit bagi mengadakan majlis perkahwinan itu amat perlu berbanding membuat pinjaman peribadi. Sudahlah dikenakan faedah yang perlu di bayar setiap bulan, malah anda terpaksa menanggung hutang tersebut selama 5 ke 10 tahun. Soalnya sekarang, sanggupkah anda “menghanguskan” pinjaman peribadi tersebut hanya semata-mata untuk mengadakan majlis perkahwinan?
Mengumpul duit juga bukan semata-mata untuk majlis perkahwinan tetapi ia perlu berterusan. Tujuan utama anda perlu mengumpul duit adalah kerana beberapa sebab berikut :
- Sebagai tabung kecemasan.
- Tabung pendidikan anak-anak
- Tabung perubatan
- Tabung saraan untuk hari tua.
Paling kritikal dan mesti anda lakukan ialah menyimpan untuk hari tua. Selepas anda bersara (katakan umur 56 tahun) anda mempunyai masa yang amat lapang selama lebih kurang 15 ke 20 tahun tanpa bekerja kerana kudrat anda yang sudah tidak mampu lagi.
Cuba anda buat sedikit pengiraan mudah, berapakah jumlah wang yang anda perlukan untuk menyara hidup anda selama 15 ke 20 tahun tersebut?
Bergantung semata-mata kepada gaji untuk mengumpul duit atau wang mungkin agak sukar. Anda boleh dapatkan panduan dan cara-cara mengumpul duit dengan teknik yang paling kreatif dan efektif disini.
Sekian
Wassalam.
Menjejaki kebebasan kewangan,

Pilihan Terbaik
Rahsia Teknik Mudah | Pakej Grafik | Rekabentuk Website






























Sekarang budak umur 14 tahun pun boleh buat duit kat internet.
Bukan 14 tahun jer.. sekolah rendah pun ada tapi kat oversea la..