Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, setelah sekian lama saya menyepi daripada dunia blogging, hari saya kembali dengan wajah baru!  Kemunculan blog ini sebenarnya telah lama saya rancangkan tetapi tertangguh akibat kesibukan yang amat sangat.

Hari ini secara rasminya blog PetuaJimatDuit telah berwajah baru dan InsyaAllah akan menjadi sumber rujukan kepada rakan-rakan terutama subcribers saya yang amat saya sanjungi kerana kekal setia bersama saya sejak tahun 2007 sehinggalah 2010!

Blog ini akan saya jadikan sebagai tempat berkongsi ilmu, tips-tips, nasihat, motivasi dan review mengenai produk-produk baru berkaitan perniagaan internet dan pengurusan kewangan. Saya amat mengalu-alukan segala cadangan dan pendapat daripada anda untuk sama-sama saya kongsikan di dalam blog ini. Saya juga mengalukan-alukan sekiranya anda mempunyai blog, bolehlah bertukar-tukar link dengan saya.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada anda yang sentiasa menyokong saya dalam menceburi bidang perniagaan internet ini.

Ikhlas,
Mohd Fazdlie a.k.a En Dlie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay