Salam Faham Pemasaran Email
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya menulis artikel ini setelah ada beberapa kes yang merujuk kepada kesilapan dan salah anggap terhadap pemasaran email. Jadi, dengan penerangan yang saya jelaskan di bawah di harap dapat memberikan kesedaran mengubah persepsi mengenai pemasaran email.
Pada hari ini, teknik pemasaran email sudah diketahui umum bahawa ianya merupakan teknik pemasaran paling pantas dan berkesan dalam memasarkan produk-produk usahawan interenet.
Namun begitu, ramai yang salah faham mengenai pemasaran email ini sama ada tersilap dalam melakukan pemasaran email ataupun menganggap pemasaran email ini hanya menganggu privasi pemilik email tersebut semata-mata.
Namun, apa yang saya nak tekankan disini ialah pemasaran email secara SPAM. Email SPAM ini adalah penghantaran email secara pukal kepada senarai email yang diperolehi secara tidak sah TANPA KEBENARAN dari pemilik email tersebut iaitu dengan cara mengumpulnya dari laman sembang, laman web, newsgroup, forum dan sebagainya.
Rata-rata email SPAM ini dilakukan oleh penjenayah dan juga hacker seperti email phising daripada Maybank2u yang pada hari ini telah banyak menipu ramai pemilik email sehingga kerugian beratus-ratus ribu ringgit!
- Kesatuan Eropah telah mengeluarkan undang-undang melarang kepada rakyatnya daripada melakukan pemasaran email secara SPAM kepada sesiapa sahaja yang tidak mahu menerima email tersebut kecuali dengan kebenaran pemilik email tersebut.
- Kerajaan Kanada juga telah mengeluarkan Akta Anti Email SPAM dengan bertujuan untuk menghalang berleluasanya email SPAM ini.
- Di Australia, Akta SPAM telah dikuatkuasakan pada tahun 2003 dan sesiapa yang menghantar email SPAM akan dikenakan denda.
- Menurut kajian daripada Microsoft, sebanyak 97% email yang dihantar ke seluruh dunia adalah email SPAM yang sememangnya tidak mahu diterima oleh pemilik email. Asia merupakan benua yang paling aktif dalam aktiviti SPAM iaitu sebanyak 37.8% berbanding negara-negara lain.
Berdasarkan fakta-fakta yang saya nyatakan di atas, ternyata Email SPAM ini amat berleluasa di seluruh dunia sehinggakan beberapa buah negara terpaksa mengeluarkan akta dan undang-undang untuk menghentikan dan mengurangkan gejala email SPAM ini.
Buat masa ini, di Malaysia masih tiada lagi undang-undang berkaitan dengan email SPAM. Tidak mustahil satu hari nanti Malaysia juga akan menuruti jejak langkah negara-negara lain yang menguatkuasakan undang-undang email SPAM tersebut.
Nasihat saya kepada anda yang mahu membuat pemasaran melalui email, lakukanlah dengan cara yang beretika iaitu melalui sistem autoresponder. Maksud pemasaran email yang beretika ialah pemilik email bersetuju dan memberikan kebenaran kepada anda untuk anda menghantar email promosi atau iklan yang berkaitan dengan apa yang mereka persetujui.
Pemilik email juga pada bila-bila masa berhak untuk menghalang anda daripada menghantar email promosi kepada mereka dengan cara keluar daripada senarai email anda iaitu klik link khas (batalkan pendaftaran sebagai ahli) yang ada pada email.
Diharapkan informasi yang saya berikan ini akan membantu anda lebih memahami apa yang dimaksudkan dengan Email SPAM dan mengapa anda haru mengelakkan dari melakukan pemasaran email SPAM tersebut.
Ikhlas,
Mohd Fazdlie a.k.a En Dlie



June 1st, 2010 at 2:11 am
Dalam membuat pemasaran email, autoresponder adalah penting bagi kita mengumpul mailing list secara sah. Melakukan email SPAM tidak akan membawa kita ke mana-mana.
June 1st, 2010 at 4:50 am
Hebat! Tahniah kepada En Dlie kerana menghasilkan satu artikel yang sangat bagus dan penuh informasi. Cerita pasal SPAM ni, bukan sahaja di email, sekarang ni dah melarat ke handphone pulak..entah apa apa..
Salam.
June 2nd, 2010 at 6:36 am
Bro, pada saya email yang dihantar penuh maklumat & info, saya terima aje walau pun ianya spam. Tapi kalau yang tak berguna, saya buang aje dari senarai saya. Apa-apa pun maklumat yang bro bagi ni baik untuk dikongsi bersama. Tima kasih bro….
June 7th, 2010 at 11:52 pm
Terima kasih atas respon anda.. cerita pasal SPAM ini, ianya berkait rapat dengan imej dan kredibiliti penghantar email SPAM tersebut.
1st Tidak hormat dan tidak mempunyai sensitiviti terhadap pemilik email tersebut.
2nd Terlalu terburu-buru dan cuma tahu nak buat duit dengan cepat jer.
3rd Tidak profesional kerana jika dah berjaya buat duit, tak kan tak mampu nak sewa autoresponder yang boleh disewa serendah RM40 sebulan?
Sama-samalah kita fikirkan…
November 2nd, 2010 at 4:52 am
Blog yang bagus neh, bagus bgt thread, update terus ya, biar aku bisa baca2 terus…
December 10th, 2010 at 9:46 pm
SPAM memang isu serius yang dianggap paling remeh.
October 11th, 2011 at 8:54 am
saya adalah mangsa spam 1500 email spam daripada 1700 email..puncanya daripada google group