Perbankkan Internet Masih Selamatkah?

Salam hormat dan salam sejahtera,

Perbankkan internet di Malaysia bukan lagi satu perkara baru. Namun masih ramai yang meragui keselamatannya dan masih ramai yang belum menjadi pengguna perbankkan Internet. Saya telah menggunakan perbankkan internet sejak tahun 2006 lagi dan sehingga ke hari ini saya mempunyai 4 perbankkan internet yang saya gunakan secara aktif iaitu Maybank2u, CimbClicks, BankIslam.biz dan IRakyat.com.my.

Rata-rata ramai yang takut menggunakan perbankkan Internet adalah disebabkan :

  1. Takut kehilangan wang atau takut wang dicuri
  2. Tidak tahu tahap keselamatan perbankkan internet sama ada boleh dipercayai atau tidak
  3. Terlalu rumit dan susah untuk difahami terutama yang buta IT

Kewujudan perbankkan internet ini sebenarnya amat memudahkan urusan seharian kita. Banyak yang boleh kita lakukan dengan perbankkan internet ini seperti :

  • Membayar bil-bil bulanan seperti elektrik, air, ASTRO, telefon dan sebagainya.
  • Membeli Topup telefon bimbit.
  • Membuat pindahan wang kepada akaun Ibu, Bapa, isteri dan anak-anak.
  • Di Maybank2u, anda boleh membuat simpanan ASB secara ‘pindahan wang’.
  • Boleh melabur dalam saham amanah (Unit Trust).
  • Boleh membeli saham-saham Syarikat tertentu.
  • Membeli insurans sama ada takaful atau konvensional.
  • dan melalui perbankkan internet jugalah anda boleh membeli apa-apa jua barang yang dijual di internet secara online.

Bagi saya, perbankkan internet masih lagi selamat kerana sebarang transaksi pengeluaran secara online memerlukan ‘PIN KHAS’ yang dikenali sebagai TAC (Transaction Authorisation Code) bagi Maybank2u, CIMB dan IRakyat. Manakala Bank Islam memerlukan i-Access Code.

Kebanyakkan kehilangan duit daripada akaun adalah berpunca daripada kelalaian mereka sendiri. Contohnya, ada yang menerima SMS memenangi wang tunai kerana ’sim card’ mereka terpilih. Ada juga yang menerima email supaya akaun perbankkan internet mereka perlu diupdate segera. Ternyata kedua-duanya merupakan satu bentuk penipuan yang bertujuan untuk mengambil kesempatan ke atas mereka.

Jika anda ada menerima SMS dan email sebagaimana di bawah, sila abaikan!

SMS : Tahniah! Simcard anda berjaya Menangi peraduan dari “COCA COLA” RM30,000, Pin Kod:012547 Sila call office : 012-8067875 Hj-Mhd-Aslan.

atau…

EMAIL : Dear valued customer, Maybank security systems detected a serious (PR2) security problem in your account. Your account has been restricted due to several invalid login attempts from an unauthorized third-party. Your immediate attention is required to reactivate your account. Please be informed that your account will be temporarily closed if not activated now.. Active Below :
http://www.verification-system.com/

Click on url or just copy and paste the url address. Thank you for Your Undersatanding and support.

Jika anda mendapat kedua-dua SMS dan EMAIL seperti diatas, sila abaikan kerana ianya sah satu penipuan. Untuk makluman anda, sekiranya terdapat mana-mana pihak syarikat terkenal mengadakan pertandingan, segala hadiah wang tunai akan diberikan melalui CEK dan bukannya terus ke akaun bank anda. Malah, pihak mereka juga akan menghubungi anda terus melalui panggilan dan bukan melalui SMS.

Manakala sebarang kemaskini akaun bank bukan secara online, tetapi terus ke kaunter Bank tersebut di cawangan berdekatan kerana sebarang kemaskini memerlukan tandatangan anda (sebahagiannya) dan terdapat borang yang perlu di isi.

Jadi, dengan maklumat dan informasi yang saya sampaikan pada hari ini akan membuka mata dan memberikan kesedaran mengenai perbankkan internet!

Ikhlas
Mohd Fazdlie a.k.a En Dlie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Perbankkan Internet Masih Selamatkah?”

  1. Fiz Rahman says:

    nak buat macam mana, bukan mudah nak kaya. Tu belum lg email yg org nigeria buat.. lagi teruk..

  2. mieja says:

    btul tu ckp fiz rahman..dlu sy slalu dpt email luar negara.konon laa nk transfer duit,mintak bantuan n suruh kita bg detail kita termasuk no akaun bank.Sgt2 laa tak logik nak mintak tolong tp minta no akaun bank.Tp tu la disebabkan gelap mata dengan wang,masih ramai lagi tertipu.
    Jd artikel ni sgt membantu bg sesiapa yang kadang2 tergugat bila tengok tawaran wang yang lumayan..”Wang x kan dtg bergolek tanpa usaha”
    =)

  3. shawari says:

    Kealpaan sendiri yang menyebabkan kita selalu tertipu dan mudah terpengaruh.Pernah suatu ketikasaya terima smsyang mengatakan saya memenangi suatu cabutan bertuah dari sebuah pasaraya terkenal sebanyak RM 30K,apalagi pulun biji sekejap,dibalas sms berkenaan dengan memberikan nombor akaun CIMB.

    Tak sampai 10 minit kemudian saya dihubungi oleh salah seorang ejen berkenaan untuk mengesahkannya,sambil bertanya beberapa data peribadi dan nombor akaun CIMB.Beliau menyuruh saya segera pergi ke mesin auto teller untuk melakukan transaksi.

    Kebetulan pula ketika itu saya berada dibandar,bolehlah melakukan tugasan berkenaan.Segalanya dilakukan dengan begitu teratur,seperti arahan dari ejen berkenaan.

    Setengah jam kemudian saya dihubungi lagi oleh ejen berkenaan,tapi dengan nada yang berbeza-MARAH.

    Kenapa beliau Marah kepada saya,dipendekkan cerita beliau berkata traksaksi itu tak berjaya disebabkan akaun saya bermasalah…

    Hehe…saya sengaja keluarkan dulu wang saya sebanyak RM 2000 dan tinggalkan baki sebanyak RM 50 supaya tak kena sedut oleh mereka.

    Bukankah pelik kenapa harus kita beri wang kita dahulu padahal mereka yang nak beri kita wang.

    Kes Tipah Tertipu kalau tak bijak mengatasi penipuan sebegini.

    Salam dari saya pastikan berhati2 setiap masa.

Leave a Reply

Powered by WordPress | For Free Cell Phones visit iFreeCellPhones.com | Thanks to Palm Pre Blog, MMORPG Reviews and Fat burning furnace review
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.