PERHATIAN : Pendapat atau komen yang terbaik bagi artikel ini akan diberikan hadiah wang tunai sebanyak RM15 (1st), RM10 (2nd) dan RM5 (3rd).

Salam hormat dan salam sejahtera,

Masih lagi mengenai email tetapi pada artikel kali ini saya lebih menjurus kepada subscribers. Saya yakin anda pasti ada melanggan newsletter atau informasi percuma daripada usahawan-usahawan internet sama ada dalam atau luar negara bukan? Ini bermaksud anda merupakan subscriber kepada mereka.

Pada masa kini, terlalu banyak informasi yang diberikan secara PERCUMA boleh diperolehi dengan mengisi borang Opt-In yang ditawarkan oleh usahawan internet. Memandangkan terlalu banyak informasi percuma ini, secara tidak sengaja INBOX anda pasti akan dipenuhi dengan email-email daripada mereka sehinggakan anda tidak sempat untuk membacanya langsung!

Apa yang perlu anda buat? Apa langkah terbaik? Ada 2 cara yang boleh anda lakukan…

  1. Buat email khas. Benar! Buat satu email khas untuk menerima segala informasi percuma yang anda minta. Setiap kali anda mahu mengisi borang Opt-In untuk mendapatkan informasi percuma, pastikan anda masukkan email khas ini. Kaedah ini amat berkesan kerana dengan melalui cara ini, ada tahu bahawa setiap email yang anda terima merupakan email yang anda telah persetujui awal-awal lagi sewaktu mengisi borang Opt-In.
  2. Unsubscribe jer. Saya pasti anda tahu bahawa setiap email yang anda daftarkan, anda boleh batalkan pendaftaran tersebut pada bila-bila masa sahaja dengan klik pada link khas yang dipanggil Opt-Out. Jika anda tidak suka pada email tersebut, klik jer link khas yang berada di bawah sekali pada email yang anda terima.

Jadi, anda tidak perlu lagi merungut tentang email anda yang penuh dengan email yang tidak ‘dibaca’. Hanya lakukan 2 perkara di atas, masalah akan selesai.

Sebenarnya, melalui cara ini juga ia dapat mengelakkan berlakunya SPAM ke atas email anda oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jadi, anda akan menerima email dari orang tertentu sahaja iaitu usahawan internet dan bukan dari SPAMMERS atau setidak-tidaknya anda dapat membezakan yang mana satukah SPAMMER dan yang mana satukah email yang betul-betul anda minta. Kalau SPAMMER, “delete” terus email tersebut (jika mahu).

Saya pernah menerima email yang marah-marah, perli atau mengutuk seperti :

dah la.. tak larat nak tengok email ni. Buat semak jer..“;

Kau tak payah lah hantar email yang bukan-bukan ni kat aku lagi…“,;

Salam… please remove from your mailing list..“;

dan “f**k you la…“.

Sepatutnya mereka tidak perlu “berkata” sebagaimana di atas kerana mereka sendiri yang melanggan newsletter atau informasi percuma daripada penghantar email iaitu saya atau usahawan internet yang  lain.

Sebelum saya akhiri artikel ini, dapatkah anda membezakan apa yang dikatakan email SPAM dan apa yang dikatakan email BUKAN SPAM? Apakah para subcribers faham bahawa pada bila-bila masa mereka boleh membatalkan pendaftaran sebagai subcriber atau yang sebenarnya mereka sendiri pun tidak tahu? Mari kita bincangkan..

p.s : Maaf jika artikel ini agak kasar. Semua kata-kata diatas adalah “benar” berdasarkan pengalaman saya sepanjang menceburi perniagaan internet ini. Terima kasih kepada yang terus menyokong dan setia bersama saya.

Ikhlas,
Mohd Fazdlie a.k.a En Dlie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay