Ramainya Yang Ambil Pinjaman ASB – Siri 1
Hari ini saya mengajak anda berbincang dan bersama-sama memberikan pendapat mengenai tajuk artikel kita pada hari ini. Mungkin sebelum ini anda telah membuat pinjaman ASB atau mungkin anda sedang berkira-kira untuk mengambil pinjaman tersebut.
Saya menulis artikel ini kerana permintaan daripada salah seorang subcribers saya. Jadi, adalah lebih elok kalau dapat dikongsi bersama.
Baik! Banyak pendapat-pendapat daripada Forum dan juga Blog mempunyai pendapat masing-masing mengenai pinjaman ASB ini. Ada yang memberikan pandangan yang positif dan tidak kurang juga dengan pandangan negatif. Pada pendapat anda, mana satu pendapat yang betul?
Sebelum saya mengulas mengenai perkara ini, anda perlu tahu apakah tujuan dan matlamat anda membuat pinjaman ASB tersebut. Berdasarkan pengalaman daripada rakan-rakan dan juga jawapan daripada ramai peminjam, tujuan mereka adalah untuk menyediakan simpanan pada masa depan.
Mari kita lihat kebaikan dan keburukannya :
KEBAIKAN
Peminjam akan mempunyai sejumlah wang (CASH) di dalam akaun ASB setelah mereka melangsaikan pinjaman ASB tersebut. Malah, dengan cara ini akan mendidik (memaksa) mereka membuat bayaran setiap bulan kepada pihak bank sekiranya sebelum ini mereka agak sukar untuk menyimpan. Selain itu, peminjam juga akan menikmati dividen setiap tahun yang akan dikreditkan ke dalam akaun ABS mereka.
KEBURUKAN
Walaupun peminjam membayar sejumlah potongan kepada pihak bank setiap bulan, peminjam tidak boleh mengeluarkan wang pinjaman tersebut selagi mana ia masih belum selesai dibayar. Peminjam juga akan kehilangan ‘gain potential’ yang sepatutnya kerana terpaksa membayar faedah pinjaman kepada pihak bank.
Pada pendapat saya, sekiranya anda MAMPU untuk menyimpan setiap bulan, adalah lebih baik anda membuat simpanan atau potongan gaji melalui majikan terus ke akaun ASB anda tanpa perlu membuat pinjaman ASB kerana anda akan kehilangan ‘gain potential’ sebagaimana yang saya katakan diatas.
Akan tetapi, jika anda benar-benar SUKAR untuk menyimpan setiap bulan dan sekiranya anda menyimpan sekalipun, anda pasti akan terguna wang simpanan tersebut, maka saya syorkan anda membuat pinjaman ASB ini agar anda mempunyai simpanan di masa depan.
Pada post yang akan datang, saya akan ceritakan bagaimana anda boleh memanipulasikan pinjaman ASB ini untuk faedah kepada diri anda!
Ikhlas,
Mohd Fazdlie a.k.a En Dlie
(Internet Entrepreneur)



February 18th, 2011 at 2:02 pm
Salam, saya sendiri membuat pinjaman untuk ASB. Berbaloi jika duit di dalam ASB tersebut tidak diusik langsung.
February 21st, 2011 at 5:51 am
ASB bagus. Saya pilih simpanan setiap bulan.dividen 100% kepunyaanku.
February 21st, 2011 at 11:31 am
gain potential tu apa dia?
February 21st, 2011 at 12:05 pm
Saya akan terangkan maksud ‘gain potential’ tu dalam post yang berikutnya…
February 22nd, 2011 at 1:07 am
saya juga berminat untuk buat loan ASB ni,tapi tunggu tip bagaimana manipulasi loan asb dari saudara..
March 1st, 2011 at 1:34 pm
Saya rasa lebih banyak untung jika ASB loan. berdasarkan kiraan boleh capai sehingga 24% setahun berbanding jika simpan bulan2 seperti biasa…
March 1st, 2011 at 2:44 pm
Hai goldwan… macam mana anda boleh dapat kiraan 24% setahun? Sedangkan pihak PNB sendiri mengumumkan kadar dividen + bonus hanya sekitar 8%-9% setahun. Boleh explain tak untuk dikongsi bersama dengan pengunjung blog ini.
March 1st, 2011 at 8:39 pm
salam..pada saya loan asb ni bagus utk org yg susah nak simpan duit mcm saya & yg bergaji kecik mcm saya jugak. Thn pertama mmg sakit sikit sbb terpaksa kuarkan duit sendiri utk bayar monthly payment. pastu thn² berikutnya dah x payah pening² nak usik duit gaji. sbb dividen asb mmg leh cover bayar bulan². kalau kena tambah pun dah tak byk mana. Tapi utk yg ada disiplin tinggi baik korang simpan sendiri ajer. ASB loan ni mmg leh dimanipulasikan dgn byk cara. salah satu yg saya tau, buat asb loan paling maksimum boleh pegi cth 100000 pastu ikat pinjaman yg paling maksimum jugak. maybank 25 thn. Bulan² kena bayar rm566. setahun rm6792. Katakan dividen sthn 8% = 8000. (ada balance rm1208 lagi..:)
so masuk thn ke2 & seterusnya. gunakan jela dividen asb tu utk bayar bulan² payment. ckp 25 thn. dpt rm100,000 lebih. (modal rm6792 jer tu dapat rm100,000. taknak ker?
Satu lagi, buat asb loan maksimum juga. cth rm100,000. ikat paling lama. 25 thn cth. byar rm566 selama 5 tahun. jgn keluarkan dividen asb yg ada. Cukup 5 thn terminate. dividen 8% setahun. secara kasarnya korang confirm dpt rm40000 + rm33960 = rm73960. & sebenarnya jumlah ni lebih sbb saya cuma kira rm100,000 x 8% utk tiap² tahun. (kalau x keluarkan dividen tu maknanya tiap² thn dividen lagi tinggi kan. kirala sendiri. dpt duit tu bolehlah melabur kat tempat yg lagi untung. beli emas ke rumah ke, bayar saman ke:D, kawen lagi ker.. haha.. gurau jer.. so, ikutlah matlamat masing².
Tapi bg yg boleh simpan sendiri dlm masa 5 thn boleh dpt jumlah yg mcm tu jgn la buat asb loan ni. sbb ni hanya utk org² yg mcm saya shj. Orang nak kata rugi ke untung ke saya tak tau, tapi utk saya daripada tak ada saving langsung, baik ada.
March 10th, 2011 at 3:23 pm
saya sendiri buat pinjaman ASB. so, sy memang stuju sangat2 yg pinjaman ASB ni hanya sesuai untuk orang yang susah nak simpan duit mcam sy ni. Kalau anda ada disiplin untuk simpan tiap2 bulan, tak payah la nak apply pinjman ASB ni. Katakan dividen ASB 8% dana kadar faedah 4.75%, anda untung 3.25% ja..kalau simpan sendiri untung 100%..plg bgus, tak payah kuar kan dividen ASB tu smpai 10 tahun ker..br la nampak keuntungan tu.
March 17th, 2011 at 11:11 pm
Assalamu’alaikum semua pembaca.
Saya pernah membuat pinjaman ASB 220k (50k atas nama isteri saya) pada 2004. Waktu itu interest untuk 2 tahun pertama 4.5%, ASB return kira2 8%. Pada tahun ketiga, BLR menjadi 6.25%. Bila saya kira2 semula, untung pelaburan semakin mengecil berbanding jika saya menyimpan sendiri cash ke ASB secara bulanan tanpa sebarang pinjaman bank. Jadi saya terminate loan ASB tersebut dan sekarang saya menyimpan ASB secara bulanan.
Kesimpulan & pelajaran yang diperolehi dari kejadian ini :
1) Anda akan lebih untung bila menyimpan terus ke ASB tanpa sebarang pinjaman bank.
2) Bank tidak boleh melabur terus dalam ASB. Kerana itu caj ke atas peminjam adalah satu cara bank untuk mendapatkan keuntungan yang pasti selain memberi pijaman rumah & kereta.
3) Bila anda mampu bayar loan ASB RM100 & ke atas maknanya anda mampu menyimpan terus ASB secara bulanan RM100 & ke atas. Hanya nafsu berbelanja sahaja yang mengekang disiplin dalam diri kita.
4) banyak lagi sumber2 lain untuk menyimpan cash ke ASB secara bulanan cuma kita tiada matlamat yang jelas & komitmen yang tinggi untuk diri kita. contoh :
a) terminate bil ASTRO RM80-100 sebulan
b) berhenti merokok (RM10 sekotak @ RM300 sebulan)
Dari sumber ini sahaja anda sudah ada RM380 sebulan untuk ASB anda. Jadi di mana perlunya loan ASB?
March 18th, 2011 at 5:49 am
salam,
hurmm..btul jgak.. tp kalo xbuat mcm tu pun kdang2 xblg nk mympan..al-maklumlah bla nafsu membeli melebihi nafsu mympan..tp tips ni agk berguna utk dikongsi bersama.. terima ksih kpada saudara krn publish artikel ni..
wslam..
March 18th, 2011 at 7:50 am
Mana perlunyer ASB loan?
Bergantung pada kite punyer matlamat…
My goals..
Loan RM 200 K – 15 years
Monthly Rm 1500
Yearly divident RM 15 K – gune bayar loan, tpi withdraw bulan2 dari ASB account.
In 10 years, maximum limit ASB jadi lebih kurang RM 350 K.
Bila mse kuar duit EPF nanti, kite mash ade room nak save dlm ASB…kalau x mner nak cari simpanan bgi average 7% year..
March 21st, 2011 at 3:37 pm
assala mua laikum,
Banyak yang dibicarakan oleh sedara2 sekalian..
Semuanya amat bernas dan boleh diterima oleh akal..
Bagi pendapat saya, ASB loan adalah satu option yag diberikan oleh pihak bank bg menyediakan kita terutamya kaum bumiutera bg tempoh kurang produktif(pencen). Memang tidak dinafikan pihak bank juga mengambil sebahagian daripada keuntungan ini tp sekiranya kita pikirkan sistem ini juga memberikan perlindungan insuran terhadap tabungan kita. Contohnya sekiranya kita menabung secara manual keuntungan memang jelas. Namun demikian apa yang perlu difikirkan di sini adalah tanggungan kita. Terdapat risiko kecelakaaan kepada kedua orang tua(parent)yang menyebabkan terhentinya tabungan sebelum kita mencapai target yang di hajati. Bagi hemat saya sistem tabunagan ASB loan menyediakan satu tabungan berserta perlindungan kepada peminjam dan keluarga secara tidak langsung bagi menyediakan kita untuk bersedia menghadapi situasi kecemasan( kematian/ hilang upaya). Bagi saya pilihan untuk mengambil maksimum loan 200k dan menggunakan didviden tahun pertama utk installment seterusnya satu pihan yang baik yang memberikan dua manfaat dalam satu sistem pengurusan kewangan( tabungan & insuran/perlindungan)
May 27th, 2011 at 1:40 am
salam.
.
Terlebih dahulu saya memohom maaf kepada sesiapa yg membaca tulisan saya. Memang bagus untuk diri kita ini, membuat perancangan masa hadapan, dan ianya memang tak dinafikan lagi. Cuma saya berharap kita semua perlu tahu juga dimana kita tahu adakah cara, bagaimana proses dan juga hasil dlm pelaburan itu mendatang keberkatan atau tidak dari sisi agama kita yang syumul ini iaitu ISLAM. Saya cuma berikan pandangan, agar kita semua setiap diri masing2, utk mengkaji ianya lebih mendalam kerna ianya menjadi suatu keWAJIBan pada diri kita yg ISLAM utk tahu statusnya. Setakat ini, dlm pelaburan ASB kini berstatus HARUS dan HARAM. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk TAHU kenapa ada pendapat mengatakan ianya HARAM dan HARUS. Sama2 kita mencari Keredhaan Allah di Akhir Zaman kini.
Salam
October 18th, 2011 at 9:49 pm
Saya setuju dengan apa yang anda jelaskan…..