Pada post yang lepas, saya telah membincangkan mengenai kebaikan dan keburukan pinjaman ASB ini. Jadi, pada hari ini, saya akan membincangkan pula cara-cara memanipulasikan pinjaman ASB yang sebenar seterusnya menguntungkan peminjam.

Sebelum saya jelaskan teknik memanipulasikan pinjaman ASB, ingin saya tekankan kepada anda bahawa :

Jika anda MAMPU untuk membuat simpanan secara tetap setiap bulan, adalah lebih baik anda elakkan daripada membuat pinjaman ASB kerana anda akan kehilangan ‘gain potential’ jika membuat pinjaman tersebut.

Baiklah! Bagaimana anda boleh memanipulasikan pinjaman ASB ini? Teknik yang saya tunjukkan ini TIDAK menggunakan OVERDRAFT BANK. Berikut terdapat 2 teknik iaitu :

Teknik di bawah merujuk kepada perkara-perkara berikut :

  1. Pinjaman ASB sebanyak RM30,000
  2. Tempoh pinjaman 10 tahun.
  3. Kadar faedah pinjaman 6% setahun.
  4. Kadar dividen+bonus ASB 9% setahun.
  • Langsaikan pinjaman ASB dengan cepat.

Ali membayar pinjaman ASB RM400 setiap bulan. Beliau menggunakan dividen yang diperolehinya setiap tahun untuk mengurangkan baki pinjaman ASB-nya. Hasilnya, beliau berjaya melangsaikan pinjaman ASB tersebut dalam tempoh 5 tahun sahaja! Kos beliau hanyalah sebanyak RM24,000 (tidak termasuk dividen yang digunakan untuk membayar pinjaman tersebut.)

  • Guna dividen untuk bayaran bulanan.

Sebagaimana diatas, Ali membayar pinjaman ASB RM400/sebulan. Untuk 1 tahun pertama, Ali telah membayar RM400×12=RM4,800. Pada setiap tahun bermula tahun ke-2, Ali mendapat dividen sebanyak RM2,700. Duit dividen tersebut ditambah dengan duit poket Ali sebanyak RM2,100 untuk membayar baki pinjaman ASB bermula dari tahun ke-2 hinggalah tahun ke-10. Hasilnya, Ali telah melangsaikan pinjaman ASB tersebut dengan kos sebanyak RM23,700 (tidak termasuk dividen).

Ya.. hanya dua (2) cara diatas yang dapat memanipulasikan pinjaman ASB. Jika anda mempunyai pandangan lain untuk memanipulasikan pinjaman ASB ini, saya amat mengalu-alukan perkongsian anda untuk rujukan kepada pengunjung blog ini.

p.s : Pada post yang akan datang, saya akan membincangkan serba sedikit mengenai ‘gain potential’ kerana ramai yang tidak faham apa yang saya maksudkan dengan ‘gain potencial’ tersebut.

Ikhlas,
Mohd Fazdlie a.k.a En Dlie
(Internet Entrepreneur)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay