Assalamualaikum dan Salam hormat,

Sebagaimana yang saya janjikan pada post yang lepas, hari ini saya akan berkongsi dengan anda mengenai perniagaan berasaskan Multi Level Marketing (MLM) dalam konteks MLM yang sebenar.

(Ingin saya tekankan disini, segala pendapat dan pandangan saya adalah bersifat peribadi dan sebahagiannya bersandarkan kepada pandangan Ustaz Zaharuddin)

Rata-rata pada hari ini telah wujud banyak syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan MLM dengan pelbagai jenis produk yang HEBAT-HEBAT belaka! Masing-masing menonjolkan kelebihan produk masing-masing yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan.

Imej MLM pada hari ini telah mendapat reputasi yang buruk disebabkan beberapa individu (leader) yang mempromosikan MLM dengan cara yang salah, tidak menerangkan secara jelas serta tidak jujur kepada downline atau bakal downlinenya. Malah, ada juga yang menggunakan ‘kekerasan’ dan ’saikologi’ dengan memujuk dan merayu agar menyertai MLM tersebut.

MLM yang sebenar, macam mana?

Anda jadi ahli dengan hanya bayar yuran keahlian. Kemudian beli produk syarikat pada jumlah minimum pada setiap bulan. Promosi produk kepada pelanggan anda dan jika mereka berminat untuk mendapatkan produk dengan harga diskaun, jemput mereka untuk menjadi ahli. Semudah itu sahaja!

Contoh terdekat dan terbaik ialah syarikat Avon. Kita sedia maklum bahawa produk-produk yang ditawarkan kebanyakkannya produk keperluan harian seperti keperluan mandian, alat solek dan sebagainya. Ramai yang menjadi ahli dengan tujuan untuk mendapat harga diskaun (harga ahli) disamping boleh menjual kepada rakan-rakan mereka.

Namun pada hari ini, telah menjadi trend ‘leader-leader’ MLM pada hari ini mengajak prospek menyertai perniagaan MLM dengan modal yang agak besar seperti RM20,000 atau RM10,000. Sebenarnya cara ini tidak salah pun, cuma ianya telah menyebabkan si prospek tadi terpaksa membuat pinjaman untuk menyertai perniagaan MLM tersebut. Walhal, untuk menyertai MLM tersebut, prospek hanya perlu membayar yuran ahli sahaja dan beli produk yang diperlukan dengan jumlah yang minimum seperti RM300 sebulan dan bukannya ‘dump’ terus RM20,000! – Perkara ini selalu di’silent’kan oleh leader.

(Saya minta maaf jika ada yang tersinggung, tetapi apa yang saya katakan ini adalah realiti yang terjadi)

Sekiranya anda berminat untuk menyertai mana-mana syarikat MLM, sebaik-baiknya anda perlu pertimbangkan beberapa perkara berikut :

  • Mesti mempunyai lesen AJL

Syarikat tersebut mestilah mempunyai lesen Akta Jualan Langsung 1993 yang sah daripada pihak KPDNHEP dan masih aktif (tidak dibatalkan).

  • Produk yang benar-benar anda perlukan.

Anda perlu pastikan bahawa produk yang anda perlu beli setiap bulan adalah produk yang benar-benar anda perlukan. Contoh syarikat MLM yang ada menawarkan produk keperluan harian adalah seperti CNI, HPA, Avon dan beberapa syarikat MLM lain lagi.

  • Komisyen berdasarkan penjualan produk dan bukannya penajaan semata-mata.

Mungkin perkara ini tidak ramai yang sedar. Rata-rata syarikat MLM di luar sana tidak menawarkan komisyen tajaan per orang. Komisyen yang diberikan ialah berdasarkan penjualan produk. Sebagai contoh, Rashid telah menyertai MLM Syarikat A di bawah Redwan dan Rashid telah membuat pembelian produk serta merta semasa menjadi ahli. Maka, Redwan mendapat % komisyen (diberikan oleh syarikat pada hujung bulan) hasil daripada pembelian yang dibuat oleh Rashid tadi. Redwan akan terus mendapat komisyen sekiranya Rashid membuat pembelian setiap bulan daripada syarikat/stokis.

  • Sistem yang telus dan jelas.

Sebaik-baiknya, anda perlu kaji bagaimana sistem MLM syarikat tersebut berfungsi. Ianya bertujuan agar anda lebih faham bagaimana syarikat memberikan komisyen kepada ahlinya dan bagaimana kenaikkan pangkat seseorang ahli dalam tempoh-tempoh tertentu.

  • Jalankan perniagaan MLM dengan cara yang sebenar.

Saya amat-amat syorkan, sekiranya anda telah menjadi ahli mana-mana syarikat MLM, jalankan perniagaan MLM ini dengan cara yang sebenar (seperti yang telah saya nyatakan diatas) dan elakkan daripada menjadi musuh kepada bakal prospek anda.

Diharapkan maklumat yang saya sampaikan ini dapat dijadikan sebagai panduan yang berguna kepada anda kelak. Anda juga digalakkan untuk sebarkan link artikel blog ini kepada rakan-rakan dengan tujuan untuk mendidik masyarakat kita dan memperbetulkan tanggapan sebenar terhadap syarikat MLM.

p.s : Saya tidak pandai mengulas mengenai perniagaan MLM berlandaskan syariah. Anda sendiri boleh rujuk kepada website Ustaz Zaharuddin bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai perniagaan MLM yang berlandaskan syariah.

Ikhlas,
Mohd Fazdlie a.k.a En Dlie
(Internet Entrepreneur)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay