Pinjaman Pelaburan Emas Untung Ke?
Salam sejahtera,
Ada yang bertanya kepada saya mengenai pinjaman untuk tujuan pelaburan emas sama ada menguntungkan atau pun tidak. Bagi saya, jawapan ini bergantung kepada sejauh mana disiplin anda dan keadaan pasaran emas itu sendiri.
Walaupun secara umumnya emas sentiasa naik setiap tahun, tetapi jangan terkejut jika saya katakan pasaran emas pernah jatuh teruk pada tahun 1980 iaitu dari lebih kurang USD$690/Ounce dan menjunam terus kepada paras terendah iaitu lebih kurang USD$280/Ounce pada tahun 2000. Ini adalah FAKTA BENAR yang ramai tidak tahu!
Berbalik kepada persolan utama iaitu pinjaman untuk pelaburan emas… adakah ianya menguntungkan atau sebaliknya.
Pengiraan saya ini adalah berdasarkan harga Kijang Emas Bank Negara pada Januari 2006 dan Disember 2010. Mari kita lihat :
Azura telah membuat pinjaman peribadi dari sebuah bank sebanyak RM15,000 dengan kadar faedahnya ialah 6% setahun secara tetap selama 5 tahun. Bayaran bulanannya ialah sebanyak RM325. Jumlah yang beliau perlu bayar kepada pihak bank termasuk faedah ialah RM19,500. Wang pinjaman yang diperolehinya ialah sebanyak RM13,000 bersih setelah ditolak deposit dan pelbagai caj lain.
Dengan wang RM13,000 tersebut beliau telah membeli Kijang Emas 1 Ounce pada 03/01/2006 sebanyak 6 keping yang setiap satunya berharga RM2,070. Jumlah keseluruhan nilai Kijang Emas tersebut ialah RM12,420 manakala bakinya sebanyak RM580 digunakan untuk tujuan peribadinya.
Pada 30/12/2010 beliau telah selesai membayar hutang pinjaman peribadinya dan dalam masa yang sama beliau masih memiliki Kijang Emas tersebut dengan nilai setiap satu keping ialah RM4,445 jika beliau menjualnya. Nilai keseluruhan Kijang Emas sebanyak 6 keping tersebut ialah RM26,670.
Secara kasarnya, beliau telah untung sebanyak :
RM26,670 – RM19,500 = RM7,170 (bersamaan dengan 36% setelah 5 tahun)
Berdasarkan kes diatas, jelas menunjukkan pinjaman untuk melabur di dalam emas memang menguntungkan. Lebih untung jika anda menggunakan wang simpanan sendiri tanpa perlu membuat pinjaman. Jika anda menggunakan wang sendiri, untung anda akan menjadi :
RM26,670 – RM12,420 = RM14,250 (bersamaan dengan 114% setelah 5 tahun atau 23% setahun secara puratanya). HEBAT kan!
Sekarang anda sudah pun tahu bahawa pinjaman untuk membuat pelaburan emas sememangnya memberikan keuntungan, apatah lagi jika anda menggunakan wang simpanan sendiri.
Hari ini, kita mempunyai alternatif di dalam pelaburan emas. Selain pelaburan emas dalam bentuk fizikal, anda juga boleh melabur di dalam Akaun Pelaburan Emas. Anda boleh membuat pinjaman untuk melabur di dalam Akaun Pelaburan Emas ini dan dalam masa yang sama boleh mengeluarkan emas dalam bentuk fizikal.
Bagaimana ‘teknik’ terbaik untuk melabur di dalam Akaun Pelaburan Emas ini? Saudara Khairulnahar a.k.a Thinkerich telah mendedahkan ‘teknik’ yang SANGAT BAGUS dan dapat membantu anda melabur di dalam Akaun Pelaburan Emas. Anda boleh dapatkan ebook terbaru beliau dengan klik pada banner di bawah.
Ikhlas,
Mohd Fazdlie a.k.a En Dlie
(Internet Entrepreneur)




March 1st, 2011 at 2:11 pm
Pelaburan emas sememangnya menguntungkan…
Saya mula melabur dalam emas ini sejak 2005…
Pada masa tu saya beli harga emas RM8x.xx …
Sekarang harga emas dah RM13x.xx …
Memang menguntungkan pelaburan emas ni…
Sesiapa yang masih belum buat pelaburan emas tu…
Saya cadangkan mulakanlah hari ini juga
March 1st, 2011 at 6:21 pm
pinjaman wang untuk membeli emas?
ada saya dengar utk beli emas mesti tunai dari simpanan sendiri..kalau beli emas HUTANG, hukumnya haram.
wallahualam.
March 2nd, 2011 at 1:15 am
mfadhlan..
Haram jika membeli emas secara hutang.. maksud sebenarnya adalah :
“Beli emas mestilah secara tunai dan bukan tertangguh lebih daripada 3 hari”
dalam erti kata lain, semasa transaksi membeli emas, mesti bayar cash dan bukannya hutang seperti dengan membeli menggunakan kad kredit.
Dalam artikel ini saya merujuk anda membuat pinjaman peribadi. Anda dapat duit cash dan anda beli emas pun secara cash, bukan hutang. Hutang anda adalah dengan bank bukan dengan kedai emas. Mungkin anda boleh rujuk kepada artikel daripada Ustaz Zaharuddin untuk maklumat yang lebih detail.
March 2nd, 2011 at 1:52 am
For me, first rule of investment, jangan ambil loan, sebab pelaburan melibatkan risiko dan lebih baik play safe even dalam apa-apa instrumen unless yang kita rasa 100% secure, bagi pelaburan emas kena tahu mengenai spread dan juga cost of funds even Emas KFH Naik 5.5% Feb 2011
March 13th, 2011 at 2:25 am
terima kasih di atas penjelasan tuan.
clear explaination.
March 17th, 2011 at 11:38 am
lepas ni,semua dok beli emas la jawabnya. hehe..
March 18th, 2011 at 4:01 am
Terima kasih atas perkongsain maklymat yang diberikan..
Selepas ini mari kita beramai-ramai melabur dalam pelaburan emas..
Saya nak tanya sedkit, antara pelaburan emas dengan pelaburan hartanah mana yang lagi baik?
Jurulatih jutawan Malaysia ada menyarankan supaya kita membeli emas untuk tujuan pelaburan pada tahun 2011..
Tapi pada tahun 2011 ini beliau banyak mengadakan seminar tentang pelaburan hartanah.. Dan nampak macam pelaburan hartanah lebih menguntungkan daripada pelaburan emas..
Mungkin ada sesiapa yang dapat bantu saya…
Ayah mertua saya pernah bersembang dengan seorang tokey emas berbangsa cina yang telah meniaga emas selama 30 tahun.. Berdasarkan pemerhatian beliau, harga emas akan jatuh dengan teruk selepas kenaikan emas mencecah RM200 segram.. Itupun saya kurang pasti adakah pandangan tokey emas yang telah berniaga emas selama 30 tahun boleh diguna pakai..
Saya pernah bertanyakan perkara ini kepada saudara Sunthara Segar.. Penulis artikel tentang pelaburan, insurans dan pengurusan kewangan dalam majalah mingguan wanita..
Komen yang beliau beri mudah sahaja.. Dalam pelaburan susah untuk kita menjangkakan apa bakal berlaku pada masa hadapan.. Kita bukan Waren Buffet, individu terkaya di dunia yang pakar dalam bidang pelaburan..;)..
Jadi kita perlu mempelbagaikan bidang pelaburan supaya, mana pelaburan yang tidak memberangsangkan dapat ditampung oleh keuntungan yang kita perolehi melalui pelaburan yang lain
April 27th, 2011 at 1:16 am
Yg penting kita faham apa yg kita buat dan sesuai dengan kedudukan kewangan masing2.Jangan main ikut org jer.Takut ni org lain melabur untung..kita melabur rugi sebab kita tak tau ape yg kita buat dan tak tau apa yg kita nak.