Review Produk

Di bawah ini merupakan review-post yang telah saya buat mengenai beberapa buah ebook yang diterbitkan oleh usahawan internet tempatan. Review tersebut ialah :

  1. Rahsia Nuffnang – Buat Duit Dengan Blog (23.02.2011)
  2. Pakej Kuasa Innity – Innity vs Nuffnang : Mana Lagi Hebat? (04.05.2011)

Ebook Kod Adsense

Saya baru sahaja selesai membaca ebook ‘Kod Adsense’ yang ditulis oleh saudari Wana Ozie. Selain ebook, ianya disertakan dengan video tutorial agar pembaca lebih faham dan mudah untuk mengikuti setiap langkah-langkah yang ditunjukkan.

Apa yang menariknya mengenai ebook ‘Kod Adsense’ ini ialah, beliau telah menerima tip dan nasihat daripada Google sendiri tentang bagaimana untuk meningkatkan pendapatan Adsense beliau! Teknik promosi yang digunakan juga cukup simple (ada 5 teknik promosi) dan saya yakin semua orang boleh membuat teknik promosi ini.

Jika ebook berkenaan adsense lain ada menyatakan anda perlu membuat beberapa buah blog, tetapi ebook ini lebih menekankan kepada ‘content’ dan juga ‘traffik’ ke blog tersebut. Tidak perlu buat banyak blog, sebaliknya dengan hanya satu (1) blog yang mempunyai ‘traffic’ yang tinggi, tidak mustahil anda boleh menjana $USD500 sebulan dengan mudah!

Sebelum ini, saya tidak pernah cuba untuk membuat duit melalui adsense kerana atas 1 faktor : “tidak pandai menulis dalam bahasa Inggeris”.

Tetapi selepas saya membaca ebook ‘Kod Adsense’ ini, saya telah cuba untuk memulakan blog adsense pertama saya. Pada 15hb Feb 2011, saya telah memohon akaun Adsense walaupun pada ketika itu blog saya hanya mempunyai 2 ‘post’ sahaja. Akhirnya saya  berjaya mendapat kelulusan daripada Google pada 17hb Feb 2011. Ianya dalam tempoh 48 jam sahaja! Sungguh PANTAS!

Pada ketika ini, saya sedang berusaha untuk menarik traffik ke blog adsense saya. InsyaAllah, saya akan tunjukkan hasilnya kepada anda kelak.Jika anda berminat untuk menjana pendapatan melalui adsense, saya amat mengesyorkan agar anda memiliki ebook ‘Kod Adsense’ ini. Dijamin sungguh berbaloi!

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay
Powered by WordPress | For Free Cell Phones visit iFreeCellPhones.com | Thanks to Palm Pre Blog, MMORPG Reviews and Fat burning furnace review
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.