Ini Satu Penipuan | Helah Digunakan Untuk Mengaburi Pengguna
24 04 2008Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Celoteh saya pada pagi ini mungkin agak keras sedikit dan ia menjurus kepada skim Gores dan Menang yang ditawarkan oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk menipu orang ramai.
Sebagaimana yang kita maklum, kerajaan telah mengharamkan skim Gores dan Menang ini kerana kebanyakkan syarikat-syarikat yang terlibat telah menipu beribu-ribu orang melibatkan kerugian beribu-ribu ringgit! Sehingga Jun 2007, sebanyak 3,528 kes saman telah difailkan dan 718 aduan telah diterima tanpa sebarang tindakan yang boleh diambil kerana pengguna tertipu sewaktu menandatangani kontrak sebagai “Pemenang Hadiah”.
AMARAN DAN AWAS!!
==================
Setelah kerajaan mengharamkan skim Gores dan Menang ini, beberapa syarikat yang terlibat telah menukar taktiknya. Jika dulu anda perlu mengores kupon untuk melihat apa hadiah yang bakal anda perolehi, tetapi kali ini anda hanya perlu membuat cabutan bertuah!
Kandungan kertas cabutan bertuah tidak menyatakan hadiah yang anda bakal perolehi, tetapi mempunyai label warna tertentu yang hanya boleh disemak di pejabat mereka. Anda akan dibawa ke pejabat untuk melihat hadiah tersebut. Sebelum anda boleh melihat hadiah yang bakal anda perolehi, anda dikehendaki mengisi beberapa borang termasuk anda di minta untuk memberikan kad bank atas alasan untuk melihat status baki yang anda miliki!
Sebenarnya anda ditipu! Tujuan mereka sebenarnya bukan melihat baki, tetapi memotong terus duit anda dengan jumlah tertentu dan anda tidak sedar duit di dalam bank anda telah pun dipotong secara automatik! Setelah itu, barulah mereka memaklumkan jenis bayaran yang dikenakan.
Bayaran tersebut adalah seperti cukai kerajaan, caj dan sebagainya sehingga berjumlah beribu-ribu ringgit! Kemudian barulah anda dibenarkan untuk melihat hadiah tersebut melalui satu “scanner” ke atas label warna yang anda perolehi. Apa yang menyedihkan, hadiah tersebut tidaklah seberapa!
Kepada anda dan pengunjung blog ini, berhati-hatilah dengan taktik yang digunakan. Syarikat Gores dan Menang ini mempunyai pelbagai cara untuk menipu orang ramai! Jangan sesekali anda di tipu oleh mereka!
Jika anda pernah ditawarkan hadiah atau cabutan bertuah, dan ragu-ragu dengan operasi mereka, sila hubungi terus Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melalui email : e-aduan@kpdnhep.gov.my atau talian bebas tol : 1-800-886-800 atau SMS terus ke 32255.
Semoga apa yang berlaku kepada mangsa-mangsa penipuan Gores dan Menang ini di beri pengajaran sepenuhnya oleh pihak yang berwajib!
Sekian,
Wassalam.
Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS
Menjejaki kebebasan kewangan,

Categories : Berita Terkini, Gores dan Menang, Pengurusan Risiko, Penipuan





























KOMEN SEMASA