Ketahui Teknik Menghadapi Krisis Kewangan Dengan Panduan Percuma! Klik Disini Untuk Dapatkannya Sekarang!
Powered by MaxBlogPress  

Insurans Hayat | Perlu Atau Tidak

21 03 2008

Assalamualikum dan salam sejahtera,

Umumnya anda sudah pun tahu apa itu insurans hayat. Sebut sahaja insurans hayat (nyawa), sudah pasti tergambar di fikiran tentang “kematian”.  Oh! Saya bukan mahu menakut-nakutkan anda tetapi sekadar berkongsi pendapat mengenai keperluan insurans hayat ini di dalam kehidupan seharian. :-)

Insurans hayat bukanlah asing lagi kepada diri anda. Bezanya disini ialah apakah perlu kita mengambil insurans hayat? Insurans manakah yang lebih baik dan bagaimana insurans ini boleh menjamin masa depan anda. Antara jenis insurans yang wujud di Malaysia pada hari ini ialah :

  1. Insurans pendidikan
  2. Insurans perubatan
  3. Insurans persaraan
  4. Insurans kemalangan
  5. Insurans berkaitan pelaburan / simpanan

Jika anda perhatikan jenis insurans pada hari ini, kebanyakkan insurans tersebut telah di pakejkan bersama pelaburan / simpanan. Ini bermakna para pemegang polisi insurans akan mendapat dua kelebihan iaitu perlindungan diri dan juga simpanan untuk masa depan.

Namun begitu, adakah kesemua insurans berkaitan pelaburan / simpanan ini sesuai untuk anda? Nah, ini yang perlu kita belajar agar insurans yang diambil memberikan faedah yang besar kepada diri anda. Mungkin anda pernah mengalami peristiwa pahit yang mana anda tidak dibayar sesen pun oleh syarikat insurans atas tuntutan yang anda kemukakan kerana ia tiada di dalam polisi insurans tersebut. Sungguh menyedihkan! :-(

Jadi, atas kesedaran ini saya ingin berkongsi mengenai pemilihan pelan insurans, waktu insurans diambil dan bila untuk menamatkannya. InsyaAllah saya akan bercerita mengenai insurans hayat ini satu-persatu supaya saya dan juga anda tidak lagi ditipu oleh mana-mana ejen insurans yang hanya mahukan “pendapatan” semata-mata.

p/s : Jika anda mempunyai cadangan dan pendapat, sila postkan di ruangan komen agar kita dapat berkongsi bersama-sama dengan para pembaca.

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb