Ebook Anda Dicuri? Selamatkan dengan Sistem e-Protetc!! - Diyakini Fully Protector!
Powered by MaxBlogPress  

Baik Buruk Kad Kredit!!

27 03 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Topik hari ini agak “simple dan santai” sedikit kerana saya tidak akan bercerita secara panjang lebar. Umumnya ramai di antara kita termasuk anda dan juga saya menggunakan kad kredit untuk kegunaan harian.

Pernahkan anda terfikir, apakah manfaat dan kebaikan yang diberikan oleh kad kredit semasa kita memohon daripada pihak bank?? Jawapan yang pasti ialah mudah untuk membeli belah tanpa membawa sebarang wang tunai. Slogan yang sama diwar-warkan oleh pihak bank.

Oleh itu, dibawah ini saya telah senaraikan beberapa kebaikan dan keburukan memiliki kad kredit ini. Jom kita tengok :-

Kebaikan kad kredit :

  1. Membayar barangan dan perkhidmatan
  2. Mengambil kesempatan di atas diskaun jualan/belian secara pukal
  3. Mengatasi masalah kewangan bersifat sementara
  4. Berupaya mencuba barangan tanpa membayar secara tunai
  5. Sebagai satu teknik untuk menggabungkan hutang kecil kepada satu hutang sahaja.
  6. Meransang ekonomi negara. < sudah tentu :-)

Keburukan kad kredit :

  1. Kontrak/perjanjian kad kredit yang sukar difahami
  2. Tidak sedar nilai faedah dikenakan beserta dengan yuran
  3. Barang yang dibeli terpaksa di tarik balik kerana tidak membayar ansuran bulanan
  4. Menggalakkan berbelanja secara berlebihan
  5. Harga barang boleh meningkat 2 kali ganda - harga barang + faedah
  6. Pendapatan bulanan berkurangan kerana terpaksa membayar ansuran
  7. Nilai faedah sentiasa meningkat jika tidak membayar ansuran
  8. Berhutang melebihi kemampuan

Jika anda belum memiliki kad kredit, renung-renungkanlah apa yang telah saya senaraikan di atas. Sedikit sebanyak ia memberikan panduan kepada anda sama ada mahu memiliki kad kredit atau pun sebaliknya.

Di kesempatan ini juga saya ingin memaklumkan bahawa kini Maybank telah mengeluarkan kad debit Visa Electron yang baru yang fungsinya sama dengan kad atm yang anda gunakan sekarang. Cuba lihat gambar kad debit tersebut dibawah. Menarik bukan??

visa electron

Saya bercadang untuk memohon kad debit tersebut dalam masa terdekat untuk kegunaan dan kemudahan menguruskan perniagaan internet saya. InsyaAllah, bila saya dah menggunakannya dan melihat sama ada ia boleh digunakan untuk pembelian urusan di internet termasuk Paypal, saya akan maklumkan perkembangannya kelak. :-)

p/s : Saya kini sedang sibuk menguruskan projek baru JV bersama adik saya. Projek ini adalah untuk pasaran luar negara (international).

Sekian.
Wassalam.

Betul ke boleh dapat RM10 Sehari..??
Cun Sangat Ke Grafik Nih..
Buat Duit Dengan Sistem EMS

 

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb


Peluang Buat Duit USD0.25 Dengan Report Percuma!

5 12 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya ada satu berita baik untuk anda. Peluang untuk buat duit dengan edarkan Report Percuma kembali lagi.

report lagi

Ebook yang diberi tajuk “The Death of Network Marketing” di tulis oleh Mike Filsaime ini baru sahaja dilancarkan. Anda akan dibayar USD0.25 bagi setiap report yang di download oleh rakan, subcriber atau pengunjung melalui link anda.

Bayangkan jika anda mempunyai 200 subcriber atau rakan yang download melalui melalui link anda, anda akan memperolehi 200 x USD0.25 = USD50 (~RM167). Jika lebih daripada itu….. Wow! Inilah peluang untuk anda….!

Wang anda akan dimasukkan ke dalam akaun Paypal. Jika anda tidak mempunyai akaun Paypal, sila daftar dengan PERCUMA di http://www.paypal.com/.

*Peringatan : Ini bukan skim cepat kaya atau penipuan di internet! Ini adalah salah satu teknik internet marketing terkini yang paling mendapat sambutan di seluruh dunia! Lihat apa kata Mike Filsaime :

report 

Telah ramai usahawan internet yang memperolehi pendapatan melalui edaran Report Percuma seperti ini. Contohnya usahawan internet ialah En Sukeri. Bulan lepas sahaja beliau telah memperolehi RM800 hasil dari report percuma Rusell Bronson iaitu “IM-Myth“.

Peluang ini hanya dibuka untuk tempoh masa yang terhad! Caranya mudah iaitu :

1. Anda daftar di sini.

2. Download eBook “The Death of Network Marketing” dan kemudian sebarkan kepada rakan-rakan anda. Sungguh mudah!.

Jadi, tunggu apa lagi. Sila DAFTAR dan dapatkan sekarang juga!

p/s : Jika anda download melalui link di atas, saya akan berikan kepada anda HADIAH iaitu eBook “7 Fast Way to Get Great Link to Your Website“.

Anda perlu emailkan kepada saya maklumat pengesahan (sila padam “kod activate” sebelum email kepada saya) yang diberikan oleh Mike Filsaime agar saya boleh berikan eBook ini kepada anda.

Sekian.
Wassalam.

Menjejaki kebebasan kewangan,

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Reddit
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb